Wednesday, March 5, 2008

Bila KEKASIHKU sakit.......

Malam Isnin kekasihku masih sihat, tiada tanda-tanda akan demam pun. Kekasih ku masuk tidur dalam pukul 11.30 malam . Setelah penat kekasihku meneliti segala berita onlinenya yang juga padat dengan kisah semasa PRU12 dalam keadaan yang amat letih kekasihku terlena dalam ruang tamu dingin sedingin embun malam.

Pagi setelah aku selesai solat subuh aku dapati kekasihku tidak mampu membuka matanya , berkali-kali aku kejutkannya namun tetap ia membisu seribu bahasa, tidak dapat bergerak .Aku panik dan kurasa urat nadinya , masih berdenyut namun begitu perlahan kadar denyutannya. Kucuba gerakkan tangan dan tubuhnya, masih tiada respon.

Semalam cuti umum di Terengganu ( panik sampai terlupa cuti sebab apa !! ) dan kekasihku pulak sakit . Selepas sarapan aku berikan ubat demam kepada kekasihku, nampak macam okay sikit, sudah boleh melihat gambar namun matanya seperti tidak mahu celik sepenuhnya.

Tengah hari semalam kekasihku dibawa ke klinik pakar dan diberitahu bahawa kekasihku terkena demam virus yang telah juga menjangkiti satu lagi pesakit pagi semalam. Namun untuk mempastikan virus apa yang telah menjangkiti kekasihku, doktor mencadangkan agar kekasihku ditempatkan di dalam wad buat satu malam. Aku sedih kerana tidak dapat menemani kekasihku kerana Izzat dan Mimi bersekolah hari ini dan perlu bersiap seawal 7 pagi untuk ke sekolah. Tinggallah kekasihku di wad malam tadi.

Tengah hari tadi doktor dapat merawat kekasihku namun aku tidak ingat apa virus yang telah menyerangnya dan kekasihku sudah boleh pulang ke rumah. Memang pakar betul doktor pakar tersebut kerana tak sampai sehari kekasihku telah sihat sepenuhnya. Apa yang pasti kekasihku kini sihat dan dapat bergerak dengan lancar dan tidak perlu makan ubat lagi.

Sehari semalam kekasihku tiada di samping ku telah cukup membuatkan hidupku sunyi dan sepi, sedih dan hiba, wajahku tidak lagi ceria di samping rakan-rakan....


Semakin hari semakin dalam kasihku terhadap KEKASIHKU.......


]







]








]








]








]







KOMPUTER PERIBADIKU !!!!

29 comments:

Ummi said...

Buat suspen je kak rina ni...kita punyalah rasa tragic rupa2 nya pc dia..kah kah kah...

nurazzah8 said...

hehehe...dah dpt agak dari awal lagi..bila u mention "virus" terus I boleh teka siapa kekasih u ...

macam tu juga hidup I ni...tiap2 hari mesti mengadap komputer..haaa...jgn salah anggap ye.. buka berblogging aje...tapi sudah sememangnya tugas hakiki mesti mengadap komputer ni...

OndeOnde said...

itulah kan kak rina, kita zaman cyber ni kalau tak dapat access internet resah gelisah! kekasih yang satu ni kalau sakit memang susah hati kan? hehehehe...

sekarang macam2 sumber dapat thru that kekasih hati!

Kak Elle said...

saya dah tau asal u komen di my daily happemings ....hahaha...mmg sungguh ketageh kan kalau takde pc/lappie?

Neeza Shahril said...

kahkahkahhh!!! mati mati neeza ingat kan.. errr.. si dia.. rupanya computer ye.. heheheh.. patut lah kak Rina tak update blog.. banyak kali check.. masih tajuk UNFAIR.. heheheee...

banyak info tu kekasih bagi kak Rina.. yang terbaru, dakwat dibatalkan.. pergi masuk gaung je lah SPR tali barut.. hidup susah kan orang aje..

mama ranggie said...

ingatkan buah ati td rupanya com akak...

SoFie NuR said...

mmg x tentu arah hidup cik ina if xde kekasih ati...mesti blur xtau nk watpe..hihi

silversarina said...

ummi,

kalau darling I sakit, teruk dari ni lagi... tak blogging dah I..hehehe.



nurazzah,

ha ah ye , kalau 'kekasih' you sakit mesti jam satu kampus, sifu pc takleh buat apa dah :)


ondeonde,

rasa serba tak kena, macam tunggu buah tak gugur nak tunggu dia baik :P

silversarina said...

kak elle,

alahai silap teknik lah, bagitau akak dalam blog ekkkk ..lain kali kekasih sakit nak hantar kat klinik elit akak lah... akak bayar ..hehehe.



neeza,


tulah orang sume dah ngamuk pasal dakwat , akak pulak sibuk kekasih sakit... apa nak jadi entah lah kat sini macam nak 'perang' je .


mama ranggie,

kekasih no 2=pc ,
kekasih no1 =darling



sofie,

cik ina terkulat-kulat depan pc yang sakit, nasib baik tak berkulat..hehehe.

cikMilah said...

Menjadilah gimik kakRina, betul-betul ingatkan si dia tu sakit sbb letih pergi ngempen!hi hi hi
Pasal pembatalan dakwat....eeeee geramnya!!!

cikMilah said...

Menjadilah gimik kakRina, betul-betul ingatkan si dia tu sakit sbb letih pergi ngempen!hi hi hi
Pasal pembatalan dakwat....eeeee geramnya!!!

MAMAMIA said...

Sungguh dalam cinta Kak Rina....

Anyway, saya punya internet connection buat saya sesak nafas. Dah more than 3 weeks... Macamana pun demi blogging, lautan api sanggup ku renangi.....

Kak Lady said...

Rina---awal2 akak dah agak dah...mesti komputer ni...sebab kak lady pun terasa komputer ni macam kekasih kak lady...kalau dia demam...rasa nak meraung...tak tentu arah dibuatnya...

kc said...

kirim salam kat kekasih gelapmu yek rina. hehehe

Kak Teh said...

kesian, inilah yang dinamakan cinta sejati...hopefully virus tu tak jangkit manusia. Take care.

kakliza said...

ingatkan kakliza jer sorang kalau tak adap pc/tenet sehari..sure tanat dibuatnya..
bayangkan kalau sakit/kena virus..sure mati kutu laa...
apapun mmg saspeng baca tadi..ingatkan betul-betul kekasih hati...

Cat Cat said...

Cis, ingatkan darling mana yang sakit.... Oh, rupa2nya puter... Hehehe!

silversarina said...

cikmilah,

pc akak tu kekasih akaklah, kekasih yang paling terbuka dan bebas dari segala tekanan dan kekasih yang serba boleh.



mamamia,

kesianlah . Tanpa internet rasa ada pc pun macam tak bererti.harap penyakit internet tu cepat sembuh !



kak lady,

bila dah share kekasih yang sama memang cepat tangkap maksud entry ni :P

silversarina said...

kc,

dah sihat dah kekasih I tu, punyalah manja , demam pun sehari semalam je, kuat semangat betul kekasih I tu :P



kak teh,

Harap kak teh sentiasa ceria dan kekasih akak tak sakit virus kat sana...hehe :)

silversarina said...

kakliza,

kekasih kak liza lagilah cun nya, kalau dia sakit bukan kak liza je nangis, I pun nangis sama tau ...
terkejut jugk ekkk ....gotcha :P



cat cat,


sedih betul bila kekasih hati demam , yelah nak merayau ke Richmond pun tak dapat :)

Mak Teh said...

Mak teh tak tau ape benda! masih dok pening-pening lalat nampak banyak bendera berkibar di KB. Bunyi bebdera-bendera yang ditiup angin itu berkelepop-kelepap. Bila buka blog you tak baca betul-betul, sekali lalu ingat betul-betul kekasih you sakit! He,he,he!

silversarina said...

mak teh,

tak pe makteh, kena berehat dulu biar lega sakit kepala dan sihatkan badan dulu..

take care !!

ROFI said...

ehehehe suspen betul la kak Rina ni... :)

faizabelle79 said...

Pandai akak bg kami suspen kat kami yek!!!

Boleh buat buku dah ni..
BTW..kekasih akak dah ok x?

simah said...

kasih seorang isteri...alahai....sejuknya hati saya baca entry ni...

Alhamdulillah suami akak dah sihat...nasib baik akak pun tak dapat virus tu...bayangkan kalau dua dua dapat virus yg sama pada waktu sama...
ni kira akak dah happy yek si buah hati dah ok...

take care akak!

silversarina said...

rofi,


nasib baik tak menitis airmata kalau tak rugi je..:)



faizabelle,

buku pasal kekasih hatiku... sihat dah tapi macam tk 100% je, takleh nak masuk gambar... biarlah dulu..



simah,

kalau dua-dua sakit masuk ward sama-samalah...teruklah pulak orng kena ziarah kat sana pulak... selamat berhujung minggu;)

D said...

ingatkan punyala romantis kak rina ni.. Ish, computer pun naik-taraf jadi kekasih ke??

maklang said...

kalau maklang, kekasih yang itu boleh dipinjam2 kat rumah ni...tapi kekasih yang satu lagi tu tidak ada galang gantinya...he..he.he...

silversarina said...

d,

rasanya lagi senang nak luahkan cinta pada kekasihku ini sebab ia tiada perasaan... hehehe.



maklang,

kat rumah I ada satu je kekasih ni , kekasih yang lain dah kena pulangkan semula ke company ...

selamat bercuti..waduh, enak ya!!!!