Saturday, March 22, 2008

Birthday & Kalut Etihad...........

HAPPY 22ND BIRTHDAY TO MY DEAREST DAUGHTER-IN-LAW... AZRA...


zwani.com myspace graphic comments


(Baru diedit part birthday ni jam 7pm...mak mertua pelupa, nak buat camne..menantu pertama lah katakan...sorry ye azra dear !! )

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Kisah perjalanan pulang dari Jordan ke tanahair September lalu adalah satu perjalanan yang penuh kekalutan yang menampakkan ketidakprofesionalnya syarikat penerbangan antarabangsa Etihad Airways , satu syarikat dari United Arab Emirates . Saya sempat menaiki pesawat sulung ini ke Malaysia pada bulan Januari 2007 semasa pulang di musim sejuk tahun lalu. Waltu itu semuanya nampak teratur walaupun saya terpaksa berkongsi kapalaterbang dengan sekumpulan remaja emirates yang 'jakun' yang menjadi tetamu kehormat tahun melawat malaysia 2007 . Sungguh meluat dengan kebisingan mereka di dalam pesawat sehingga pramugari terpaksa beberapa kali menyuruh mereka agar jangan membuat bising ... itu januari tahun lepas.





September 2007.... Pesawat kami delayed dari Amman ke Abu Dhabi dari jam 4 petang ke 11.30 malam dan saya hanya diberitahu tentang kelewatan pesawat ini setelah saya tiba di Alia international Airport. Nak tak nak saya terpaksa menunggu sahaja di airport dan ini juga bermakna saya terlepas kapalterbang dari abu dhabi ke klia yang berlepas jam 2.40am waktu uae. Kakitangan di alia airport telah memberi jaminan yang saya akan ditempatkan di hotel malam itu kerana pesawat saya adalah 2.40 pagi esok hari pula( lusa ). OKlah nak buat macamana. Saya terus menalipon suami yang sepatutnya akan menanti saya di abu dhabi dan kami akan sama-sama menaiki pesawat itu malam nanti ke klia. Alhamdulillah suami sempat menukar pesawatnya ke malam esok juga ( lusa). Ramai yang bersama yang terpaksa menaiki pesawat lain dari abu dhabi kerana terlepas malam itu.





Setiba di abu dhabi kekecohan berlaku kerana ground staff di sana tidak membuat sebarang persiapan untuk menempatkan kami di mana=mana hotel . Lebih parah bukan pesawat kami sahaja yang delayed, beberapa pesawat lain juga delayed , boleh kata hampir kesemua pesawat Etihad delayed. Dahlah dekat jam 2 pagi waktu , kebetulan semua hotel di bandar abu dhabi dikatakan fully booked.





Tiba-tiba ada this one Jordanian menjerkah petugas Etihad sebab marah dengan apa yang berlaku....





" Hey look !! Because of this f**king etihad, I lost 4000 US dollars... now you don't even get me into my hotel . "





" Please don't shout sir, " jawab ground hostess etihad yang bebangsa India dan hampir kesemua staffnya Indian dan seorang filipino.





" Who are you telling me not to shout , F*c* you , " balas this guy..I tau namanya sebab dia ada bagi business kad dia pada I masa kami berborak di Alia airport dan dia jugak akan ke KLIA esoknya.





" Look, if you don't stop shouting and yelling I'll call the security to get you out of here , " ugut staff etihad lagi.





" I don't care. You can call your f*cking president or king , I'm not scared. I will never fly with this airline anymore, " balas that pakcik again. Saya yang berdiri sebelah pakcik ni naik kecut dibuatnya.





"Mind your words please!! I'm trying my best to get you into one of these hotels !! " jawab staff itu kembali dan that jordanian senyap seketika.Tak lama leaps tu dia dapat bilik di hotel.





" Madam, can you fly with Emirates from Dubai and it will be this morning, you don't have to stay overnight here in Abu dhabi. We'll take you to Dubai ( lebih kurang 150km from Abu Dhabi ) ," staff etihad menawarkan itu kepada saya.





" NO, I don't want. My husband is waiting for me here and we'll take etihad from here to malaysia. I promise to meet him here and my baggages are all in etihad airways , not emirates ." balas saya dan saya dapat bayangkan betapa kalutnya nanti nak cari beg saya 9 buah semuanya dan tak logik dia sempat membawa beg saya dari amman ke abu dhabi ke dubai dalam masa singkat..tak logik.





" Please, I just need a room for me and my 2 kids, that's all. You know that we're delayed , you should've ready with the room, " saya dah mula nak panas tapi taklah sampai nak guna that F word.





Dulu saya ditempatkan di Golden Tulip Hotel di tengah-tengah bandar abu dhabi , sekejap saja urusannya, kali ni kalut sekali, orangramai dah mula panas.





Akhirnya saya dapat juga hotel dan kami menaiki coaster bersama sekumpulam pelancong kaya dari Indonesia dan juga pakcik jordan tu. Di pertengahan jalan baru saya sedar hotel yang diberikan kepada kami bukanlah dekat bandar abu dhabi tapi di Grand Continental Resort ( tengah padang pasir ) di Al Ain, dekat 2 jam lebih perjalanan dari airport. Dalam hati saya habislah plan saya nak jumpa suami yang tinggal di hotel di abu dhabi. Tak kira badan dah letih, kami solat, sarapan dan tidur sehingga jam 10 pagi dan saya ke lobi hotel untuk meminta limo etihad airways hantar saya dan anak-anak ke abu dhabi sebab saya tak nak duduk di hotel ni sampai tengah malam baru dibawa ke airport. Saya bagitau ini semua bukan salah saya, flight etihad yang lewat dan segalanya adalah berpunca dari etihad. Alasan saya diterima. Kami bertiga dihantar dengan limo mercedes ke hotel suami di abu dhabi dan di sebelah malam sekali lagi dihantar ke airport didalam limo merz free of charge kerana hubby fly business class. Kalau saya tau dari awal lagi saya dah mintak etihad hantar saya ke hotel suami di abu dhabi sebab saya ingatkan hotel saya juga di abdu dhabi..kalutnya.





Jadinya kami tiba di KLIA lewat sehari dari plan asalnya......





Pelik sebab dengan IT terkini digunapakai urusan transit yang mudah pun tak dapat diselesaikan , padahal tau dah flights banyak yang delay dan pastinya ramai penumpang yang terpaksa bermalam..... kami pulak yang kena lalui itu semua.... kebaikannya ... dapat kami berjalan pusing-pusing bandar abu dhabi walaupun dalam kepanasan yang melampau....

20 comments:

Ummi said...

Kalau boleh next time don't fly etihad. i had a bad experienced too..
Infact one of the Etihad stewardess, a malaysian told me, crew yang dari morocco kebanyakkannya yang paling kasar.

Tapi that's the only direct flight to abu dhabi dan senang untuk hubby pickup terpaksalah ambik. Nak kedubai susah pulak dia na ulang alik auh dbx kan.

silversarina said...

ummi,

tulah etihad je direct flight, hubby I pun kata senang naik etihad, konon dia bagi club membership, kami naik ramai sampai sekarang membership points tak masuk pun... heran betul...

Mak Teh said...

Sarina, mak teh tak berani naik airline yang tak establish kalau bolehlah. In your case terpaksakan? So kira itu sebagai pengalamanlah. Hehehe, yang tak dapat dilupakan!

silversarina said...

makteh,

Etihad ni asalnya macam tambang murah tapi sekarang ni dah mahal dari airline lain lagi, memang banyak routes dia sampai ke eropah dan musim panas memang fully booked sebab orang arab ramai datang ke malaysia.Yang paling teruk orang kata gulf air taktau kenapa tapi ramai yang elak dari naik flight ni.

Kak Elle said...

rina nasib baik dpt juga hotel bermlm:)

1998 saya balik dr states my flight was delayed at San Francisco so connecting at Narita hancur so end up staying 1 night in Japan...ok 5*hotel Nikko Narita and free dinner and buffet...tak leh complain well taken care by United.

cikgu jawe said...

aku takde le pengalaman byk kt oversea. tapi berdasarkan layanan dn sikap profesional, kakitangan, crew dr malaysia juga yg cekap, mesra dn berhemah. walau kdg2 ada juga silap sikit.

ke org2 arab sana dh biasa hidup kasar lalu perkhidmatan jadi kasar juga?

teringat pengalaman masa kt medan dn saudi dulu.. :)

nurazzah8 said...

Ina, ingat tak hari ni? 22 Mac 2007 setahun yg lalu? first time kita jumpa...jejak kasih yg indah... I dah upload balik link ke n3 tersebut... masih ku terbayang-bayang

silversarina said...

kak elle,

wah, kalau delay dapat overnight di japan sudah cukup bagus ni... United airlines dah lama establish lagipun dari sg senang flites banyak ke mana saja.. I paling happy naik sg airlines.. layanan memang 1st class esp kalau travel dengan kanak-kanak.


cikgu jawe,

MAS memang terkenal dengan layanan onboard crew nya ,malangnya MAS dah tak banyak terbang ke timur tengah, dulu ada MAS kongsi dengan Royal Jordanian, sekarang dah tak de, RJ hanya da dari Bangkok, dulu MAS ada ke Cairo sekarang dah tak de , so tak de peluang nak naik MAS kalau ke Jordan .

silversarina said...

nurazzah,

Ya Allah baru je rasa kita jalan2 dan menjerit di Rom teater ( I lah tu ...heheh ) , syok sangat masa tu... shopping kat store pakcik arab, sampai balik I tak beli pun lampu arab tu, hubby tak minat lah pulak.INgat gang budak Irbid and asma tu datang gas masak habis and I masak bihun guna oven dan akhirnya gas datang juga dan sumi yang gagah tu tolong pasangkan gas... payahnya gas arab ni.. dan sumi makan sampai 5 pinggan.. kelakar pulak ingat...albakry baru ni kirim kat gimin beli perfume , that hensem guy tanya zaid lama tak nampak I ..regular customer dia, masa balik tu dia tak de kat kedai sebab ada kelas MA dia. Macam-macam lagi nak diceritakan semuanya tinggal kenangan kita... I miss our sweet time together there !!

asma said...

troknye delay smpai effect flite blk kul...ish2/....mmg rituh pon kan saye kne rushing cek-in sbb tuka flite kcik..tp sebaek x delay,,,etthihad sbb filte baru kot...tapi dlm byk2 flite sye dah naik..ettihad plg spacious kerusi,tv sorg satu yg bes..byk lgu n muvie..n mknn plg sdap...!!huhu...yg saye tau kuat delay emirates(Delay lame giler)..tp delay2 nih mmg ikot naseb kot...sye naek kuwait airways bru nih punctual giler(sharp giler!xdelay walau seminit!haha) tp kwn sye tyme die kuwait naek ade gak delay..

Sastri said...

yang negatifnya tu stranded kat situ... yang positifnya, dapat jalan2 di Abu Dhabi... tapi dengan pengalaman buruk macam ni, saya pun akan fikir banyak kali nak naik etihad ni...

Neeza Shahril said...

Happy 22nd Birthday Azra!!! Semoga menjadi isteri solehah, menantu yang disayangi dan ibu yang menjadi teladan untuk anak anak Azra nanti... (pssss... Kak Rina, takpe... lewat sikit.. heheheee)


Husband neeza naik Emirates balik ke Malaysia last year (first time balik utk ambik kami). Kawan dia naik Etihad. Disebabkan kekalutan dan flight delay, dia lambat sampai KLIA. Lepas tu, dia yang sepatutnya ambik connecting flight ke Kuala Terengganu terpaksa ambil ke Kuantan sebab flight ke KT dah takde that night.

Rezeki dia kot sebab kami ada di Kuantan. Dan husband neeza yang transit lama kat KLIA (dia buka puasa dgn mak mertua neeza di Banting dulu baru balik Kuantan) sampai lebih kurang masa dgn dia di Kuantan. Husband bagi pinjam kereta utk balik DUngun. Wife dia tunggu di Airport KT balik semula ke Dungun.

Memang banyak problem Etihad ni.. tapi ramai orang ambik sebab murah sikit..

Cat Cat said...

Memang leceh kan, Kak Rina... Flight delay ni yang tak best... Wasting time.. Tu lama pulak tu... Ish, mau mengamuk Cath kat airport if my flight delay that long.

zino said...

kalau macam tu lain kali jangan guna flight tu lagi menyusahkan orang je..

Aiyah Nonya said...

Wah... Ethihad advertisment is on air most of the time here( a few months back that is ).
I guess it is only certain flights that is not up to standard.
My H took that flight last year and he had no problems with it.

silversarina said...

asma,

actually nasib tak baik je hari tu ssebab banayk sangat flight etihad yang delay... kuwait airline pun ada masa tu anak kawan makcik ke amman stranded di kuwait 3 hari, bayangkan delay sampai 3 hari, dah nak nasib tak baik.etihad memang inflight entertainment memang bagus.



sastri,

etihad sekarang ni dag naik taraf dah tapi sebab kerap jugak delay buat orang fikir dua kali nak naik airline ni ke tak , kalau ke abu dhabi inilah saja direct flite dari KLIA , 6 jam straight dah sampai abu dhabi.

silversarina said...

neeza,

thank you... tulah mak mertua busy blogging , bday sampai tak ingat :P


Kalau ada flite lain baiklah naik yang lain tu, emirates memang dari dulu good reputation , etihad ni dah tak murah dah sekarang tapi memang kena cek selalu samada delay ke tak, selalu dari malaysia tak delay ....kalau ke saudi memang banyak flites dari klia , senang pilih yang lain.



cath,

kalau yang ada anak kecil tu lagi teruk, dahlah waktu tido jadi tak menentu.. geram tu pasal macam taktau buat kerja , macam baru hari pertama beroperasi padahal dah bertahun .

silversarina said...

zino,

kalau ke abu dhabi nak cepat dan tak payah transit tempat lain memang etihad jugaklah jadi pilihan...kalau naik flite lain lagi lama nak sampai kalau etihad tak delay memang etihad masih pilihan terbaik... ikut nasib hari tak baik,.


aiyah nonya,

It's my unlucky day, my hubby never experienced any delay of this etihad airline.

Hazia said...

Kak Rina & Ummi,
I kenal boss dia kat KL, British guy. Kalau tak puas hati apa2, jangan lupa complain. He will take it seriously. Airline yg lagi satu tu pun dulu my client, panjang cerita...

silversarina said...

hazia,

etihad ni selesa kalau fly dengannya, mungkin akak bernasib tak baik masa tu... hubby memang naik etihad tapi biasalah business class memang tak de masalah.. anyhow, terima ksih sebab bagi info ni, kalau ada apa senang nak komplen. TQ.