Monday, March 31, 2008

Akibat Tamak.....

Petikan berita dari Utusan malaysia online .



Polis rampas dadah RM48j

Oleh HAMDAN TAWADI

JOHOR BAHRU 30 Mac – Polis menahan 12 suspek dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM48 juta dipercayai milik satu sindiket antarabangsa dalam tiga serbuan berasingan di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk ZulHasnan Najib Baharudin berkata, kejayaan itu hasil serbuan di tiga premis di Taman Tampoi Jaya, Permas Jaya dan Taman Pelangi daripada pukul 3 pagi hingga 5.30 pagi.

Polis juga ujarnya, turut berjaya membongkar operasi makmal memproses dan rampasan heroin terbesar di negara ini yang beroperasi di sebuah premis di Permas Jaya.

Katanya, dadah yang dirampas adalah jenis heroin no. 4 seberat 17.38 kilogram (kg), heroin no. 3 (29.835kg), heroin base (55 ketul), syabu (20.9kg), ketamine (5.54kg), pil eramin 5 (102,980 biji) dan ekstasi (22,316 biji)

Turut ditemui cecair pelbagai warna dan peralatan memproses dadah di makmal tersebut.
Tambahnya, wang tunai bernilai RM1.1 juta bersama enam buah kenderaan iaitu tiga Toyota Wish dan masing-masing satu Toyota Harier, Toyota Altis serta Honda Accord turut dirampas dalam serbuan itu.


“Serbuan ketiga-tiga lokasi itu dijalankan secara bersepadu antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Zul Hasnan berkata, pada 4 Mac lalu, polis berjaya merampas 45.8kg dadah jenis ketamin dan 215kg syabu bernilai RM44 juta pada pukul 3.10 petang di Taman Pelangi di sini.
Katanya, ia menjadikan jumlah rampasan besar-besaran yang berjaya dilakukan di bandar raya ini hanya dalam dua bulan bermula Mac lalu adalah sebanyak RM92 juta.


Bagaimanapun beliau berkata, kedua-dua kes itu tidak berkaitan kerana kes pada 4 Mac lebih kepada dadah jenis syabu manakala rampasan terbaru ini lebih kepada dadah jenis heroin.

Menurutnya, 12 suspek yang berusia antara 20 hingga 70-an itu dipercayai merupakan ahli satu sindiket dadah antarabangsa yang memasarkan dadah itu untuk kegunaan tempatan dan luar negara.

Katanya, suspek warga tempatan adalah seramai lapan orang iaitu lima perempuan dan tiga lelaki.

“Rakyat asing pula ialah dua lelaki dan perempuan rakyat Singapura serta seorang wanita Thailand,“ jelasnya.

Beliau berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB
) 1952 dan Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985.



***************************************

Sampai begitu banyak dadah yang dirampas... penjenayah tidak pernah rasa takut dalam perbuatannya walaupun tahu akibat yang bakal ditanggung sekiranya tertangkap. kalau dah sebanyak itu dadah yang dirampas, pada saya memang amat wajar dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Dengan jumlah dadah sebanyak itu, beratus ribu penagih boleh berkenduri dadah, anak bangsa bertambah rosak .....

Saya pernah diceritakan oleh mertua saya yang suatu masa dulu ada seorang lelaki yang tinggal tidak jauh dari rumah mertua saya ditangkap atas pengedaran dadah dan dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Isteri serta 5 anak yang masih menjadi mangsa kepada kerakusan dan ketamakan suami dan bapa yang sanggup melakukan jenayah berat ini. Anak-anak yang tidak mengerti apa terpaksa berdepan dengan masa depan yang gelap, hilang tempat bergantung dan yang lebih parah kerana terpaksa menerima cemuhan dan penghinaan dari rakan-rakan di sekolah . Mereka akhirnya berpindah ke tempat lain dan terpaksa memulakan penghidupan baru dalam serba kekurangan.



Semasa baru pulang dari Jordan Ramadan tahun lalu saya dikejutkan dengan penangkapan sepasang suami isteri di kemaman atas dakwaan mengedar dadah. Si isteri adalah kenalan saya yang tinggal tak jauh dari kawasan perumahan saya, cuma saya tidak begitu rapat tapi kenal akan sifatnya yang peramah dan baik. Rupanya si suami adalah pengedar dadah walaupun mempunyai jawatan tetap di sebuah syarikat swasta yang mantap dari segi pendapatan dan careernya. Polis menjumpai dadah di bawah katil di dalam bilik tidur mereka dan si suami mulanya mensabitkan isterinya juga terlibat. Sahabat-sahabat yang rapat dengan si isteri melakukan solat hajat agar dia terlepas dari dakwaan tersebut. Entah macamana semasa hari bicara pembukaan kes, si suami menukar pengakuan dan menyatakan yang iserinya tidak terlibat, hanya dia seorang yang terbabit dalam jenayah itu... si isteri terlepas tapi suaminya masih lagi menanti untuk dibicarakan dan jika sabit kesalahan dia akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati...


begitu banyak laluan dan kaedah menambah pendapatan ( jika amat memerlukan lebihan wang !!! ), namun megedar dadah bukanlah caranya... mungkin habuan yang teramat lumayan menjadikan manusia 'buta' dalam tindakan mereka...

14 comments:

maklang said...

mintak dijauhkan Allah dari kita semua dan keluarga2 kitakan...

Kalau nak dapat pendapatan lebih, and tak tau nak buat apa, kan ke boleh jahit RE..maklang boleh ajar secara percuma, InsyaAllah...tapi takleh lah dapat berjuta2 RM, juta rupiah, bolehlaa...

mama said...

hai kak ina..
betul tu kata maklang, semoga keluarga kita semua sentiasa dilindungi Allah....

Ummi said...

betul kata maklang dan mama, semoga keluarga kita dijauhkan dari perkara2 macam ni..

Neeza Shahril said...

Rasanya la kan Kak Rina, orang yang mengedar dadah ni start kecil-kecilan. Salah 1 punca, desakan hidup. Nak kerja susah, takde kelulusan (yang ni punca parents jugak sikit2 - tak beratkan pelajaran anak2). Lepas tu, bila tengok orang lain hidup senang, mula la gelabah... Then start jadi pusher (tak ingat dah bahasa melayu - tapi edar kecil2an la). Bila rasa selamat, mula la complacent. Dapat duit cara senang and dapat hidup mewah. Tambah lagi and lagi.. sampai jadi pengedar besar-besaran.. dia fikir daripada jadi pusher, baik deal direct dengan pembuat dadah tu sendiri. Hukumannya sama aje tapi duit berlipat ganda. Bila buat kerja tak kena tangkap, dia teruskan dan jadikan career tetap. Kiranya, halal haram dah tak ingat dah... sebab syaitan dah memang jadi raja.. bukan raja.. jadi Agung dalam diri.

Neeza pun ada kenal 2 adik beradik yang berkelulusan luar negara, di jatuhkan hukuman mati sebab mengedar dadah jugak la. Dah ada isteri (sorang tu ada 2 isteri kalau tak silap) dan anak2 kecil. Kesian sangat. tapi kisah ni dah lama dah... tak tahu lah dah jatuh hukum ke belum...

Pendek cerita (pendapat neeza), kalau nak banteras, dari awal. Jangan ada pusher.. jangan ada yang hisap dadah sekali pun.. macam mana nak buat? Yang tu neeza rasa semua orang pasti setuju dengan didikan agama yang kuat di dalam jiwa... dan kasih sayang ibu bapa.. Insyaallah...

mama said...

dunia sudah tua la kak ina.
macam2 boleh jd sekarang ni...
sepupu saya pun sampai jd janda muda dibuatnya dek suami yang kaya raya jd pengedar dadah

MULAN said...

astaghfirullah.. rezeki atas bumi ni tersergam di mana2.. usaha je lah sedaya upaya..

moga dijauhkan dari segala godaan syaitan & fitnah manusia..

silversarina said...

maklang, mama dam ummi,

Saya juga mohon agar tiada antara kita yang gila harta benda hingga lupa dosa pahala. Amin.

silversarina said...

neeza,

Ini semua hanya untuk mendapatkan harta yang tak berkat. Bila adah bermulasukar berpatah balik kerana kitaran bermula dari penagih, pusher, distributor sampailah pada supplier yang merangkumi pasaran antarabangsa.

Dalam kes di kemaman ni, beliau seorang yang dah agak kaya , kes ni siap masuk paper dan tv sebab jumlah yang dirampas banyak juga, tapi bukan heroin, suaminya executive di T**X*D* dengan pendapatan tak kurang dari 8K / month dan isteri aktif direct selling.. sifat tak pernah cukup yang buatkan rasa sungguh selesa mengedar dadah dan ada orang bawah yang bocorkan rahsia.. sekarang anak2 jadi mangsa.

Bab asas agama memang penyelesaiannya. Katanya si suami ni memang jenis happy go lucky dan bebas .... segalaya dah terjadi , bukan boleh berpatah balik.

silversarina said...

mama,

sayangkan masa muda dipersiakan hanya kerana dadah perosak.Walau telah pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras dadah ini, namun masih ramai lagi manusia yang berani menjadikan dadah sebagai alat menimba harta.



mulan,

Mencuci tandas adalah jauh lebih mulia dari mengedar dadah , yang penting sumbernya halal.

MAMAMIA said...

Dah selalu baca, sindiket dadah terbesar dilumpuhkan. Yang malangnya, banyak sindiket baru tumbuh... Menakutkan...

manje said...

salam kak rina...

skrg ni, terlalu ramai yg nak dptkan duit ngan cara mudah... sume da jd mate duitan... dan terlalu materialistik... iman pun terlampau nipis... tu la sng tol tergoda ngan keje2 terkutuk mcm nih...

> moga kite sume dipelihara Allah dari benda2 camnih... <

zino said...

walau pun hukuman nya mati tapi masih ramai yg menjalankan business terkutuk ini..

seolah2 wang lebih berharga dari nyawa..

Kak Elle said...

menurut yg terjebak easy $$ kalau dah kena tangkap???

mmg semoga di jauhkan dr anak2 buah jgn sesekali terikut resmi ni.

silversarina said...

mamamia,

agaknya habuan lumayan yang sebabkan diaorang ni tak rasa takut pun, bila dakh kena tangkap baru buat muka sedih dan baik..



manje,

dunia semakin maju dengan penagih dadah bertambah lebih laju jauh meninggalkan pertambahn nilai agama dalam diri, jadilah manusia yang tidak kenal pahala dosa bebas melakukan apa saja demi kepuasan hawa nafsu dan tamak haloba... sayang semua itu banyak yang melibatkan bangsa sendiri.



zino,

Bila dah nampak $$$$$ depan mata, tak kira dah nyawa ... sungguh mudah terperangkap dengan nafsu jahat .



kak elle,

memang easy money kot, sikit je dah dapat ribuan ringgit, manusia ni tak pernah takut dan serik, bila dah tertangkap, barulah mintak mahkamah kurangkan hukuman sebab ada anak bini nak ditanggung.