Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidur Rasul....

Salam Maulidur Rasul .........

Sebelum kelahiran Baginda saw lagi sudah terdapat tanda-tanda kenabiannya. Semasa ibunya Aminah binti Wahab mengandungkannya, beliau bermimpi melihat cahaya keluar daripada dirinya lalu menerangi jarak antara timur dan barat. Sehinggakan beliau dapat melihat mahligai-mahligai di negeri Syam begitu terangnya cahaya itu.

Pada saat semasa kelahiran baginda saw yakni semasa kelahiran baginda , di negeri parsi, api sembahan orang majusi yang telah menyala tanpa padam selama seribu tahun telah padam dengan tiba-tiba.

Kelahiran nabi Muhammad saw telah membawa kebenaran ke seluruh alam . Al Quran dan sunnah nabi merupakan ajaran yang ditinggalkan buat umatnya agar segala urusan kehidupan tersusun atur mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah Rabbul Alamin.

Sama-samalah kita berusaha ke arah mendapat keberkatan dalam kehidupan dengan berpandukan kepada sirah rasulullah saw dan mengamalkannya hanya kerana Allah taala.

19 comments:

cikgu jawe said...

banyakkan selawat. moga kita dpt syafaat Rasul.. :)

silversarina said...

cikgu jawe,

selawat mendamaikan jiwa.. tq.

Kaklong Syikin said...

salam,

teringat saya lahirkan husna (anak sulung) pada tarikh kalendar hijrah maulud nabi ni :).

Neeza Shahril said...

terima kasih kerana berkongsi Kak Rina. Memang neeza tak pernah tau cerita api yang menyala tu terpadam bila Rasulullah dilahirkan...

Kak Elle said...

TQ TQ berkongsi bersama ye:)

zino said...

salam maulidul rasul..

MULAN said...

salam kak rinaaaaa..!!! sori yek, lama tak komen. jenguk2 je hari tu. ni baru lega hati, jiwa raga.. Alhamdulillah..

hahri tu pi kemaman, ingat nak terjah tapi kena pulak balik awal. next time ya. camna preparation wedding? ada nak tolong ke? bagitau ya..

anaiz said...

salam maulidur rasul kepada semua. sesama kita perbanyakkan selawat ke atas nabi :)

suealeen said...

kisah api padam ketika Nabi s.a.w. dilahirkan terzahir dalam lagu Raihan..

Nabi Anak Yatim
Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com



Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung


Sama-samalah kita berselawat ke atas Nabi s.a.w. kerana Allah & para malaikat juga berselawat ke atas Baginda

silversarina said...

kak long syikin,

seronok ada anak yang lahir 12 rabiul awal... sejuk hati kak long, InsyaAllah.


neeza,

api majusi terpadam adalah salah satu mukjizat rasulullah saw...menandakan lahirnya seorang hamba Allah yang membawa cahaya kebenaran.



kak elle,

sama-sama kembali kita renungi sirah rasulullah insan terulung di dunia.

silversarina said...

zino,

semoga hari mulia ini menjernihkan suasana semasa negara kita tercinta, InsyaAllah.



mulan ,

salam kembali berblogging....

tak ada apa sangat nak dobuat buat masa ni.... dah dekat esok barulah sibuk sikit kot, majlis pun buat biasa saja... nak tetapkan tarikh pun kena tengok kalendar hubby dulu sebab dia baru je pergi balik, tengok rotation dia camne... anyhow, selamat bercuti hujung minggu.

silversarina said...

anaiz,

InsyaAllah kita sama-sama semoga ajaran baginda saw dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


suealeen,


ha ahhh ..lama tak dengar lagu ni.... semua kisahnya mukjizat nabi saw.. thanks.

Mak Teh said...

Sarina, salam maulidur rasul, Mak teh pun baru nak mula biasakan diri berselawat selalu. Buat juga bukan tak buat tapi berkala.

Eh, sarinapun dok buat persediaan majlis kahwin ke? Ingatkan mak teh saje yang dok prepare ni. Bulan berapa? Kami dah dapat tarkh 12.12.08 hari nikah.

manje said...

same2 kite berselawat kak...

> salam maulidur rasul <

ADIEJIN said...

Jin suka ini posting..Jin tertunduk keinsafan..hehe..

Kalau buat kenduri jgn lupa jemput kami..

silversarina said...

makteh,

sama-sama kita serikan kehidupan kita dengan selawat ke atas junjungan besar nabi muhamad saw.

majlis sambut menantu , nak raikan bersama rakan-rakan, dulu dah kenduri dengan rakan-rakan di jordan ... tarikh nya dah tak tentu hala sebab masing-masing tak duduk sini, bulan ni taulah the exact date InsyaAllah.

silversarina said...

manje,


salam buat manje serta family juga.



adiejin,

baguslah kalau insaf..hihiihi... kalau ada kenduri memang akan jemput semua semua ,InsyaAllah.

kc said...

wah, sesekali si rina bagi tazkirah, ada gaya lah jadi ustazah nih. slmt menyambut maulidur rasul

silversarina said...

kc,

I ni bekas ustazah tau...hehehe. salam maulud juga buat you.