Saturday, March 29, 2008

NGAIL...best ke ????????


Setelah puas mimi bermain di padang permainan dan lepas breakfast roti canai juga di tempat yang sama saya bawa mimi ke pantai teluk mak nik yang agak lama tidak dikunjungi. Izzat pula ke stadium mini untuk melihat adik-adik sekolah rendah al amin bersukan hari ini.


Setiba di teluk mak nik ( ingat lagi Monica Bay ??? ), banyak kereta di tepi pantai . Rupanya hari ini berlangsung "Cabaran Ngail Zuln 2008 ", saya taktau apa/siapa itu Zuln , namun peminat /kaki pancing nampaknya tak melepaskan peluang bertanding di pagi ini.Berderet pemancing dan joran masing-masing terpacak di atas pasir. Saya dan mimi mengambil tempat di tebing pasir sebab memang tujuan kami nak lepak di tepi pantai.


Saya mula mengamati tabiat/kelakuan kaki pancing... sebab pantai ni memanjang dan peserta rasanya taklah sampai seribu pun, setiap pemancing punya ' petak pasir' tersendiri, agak jauh dari petak orang lain.


Saya rasa pemancing adalah bersifat selfish kerana dahlah duduk jauh-jauh , dah tu tak bercakap pun, asyik merenung laut dan ada yang mengunyah kuaci, goreng kepok tanpa berinteraksi sesama sendiri. Saya pernah dengar bila memancing tak digalakkan bercakap takut ikan takkan dekat , namun bila di pantai pada saya deruan ombak memukul pantai adalah lebih kuat dari suara/bisikan manusia...tak gitu... ??? saya siap minta mimi yang kuat bercakap agar jangan cakap kuat-kuat takut pemancing marah. Selfishnya pemancing ni adalah kerana saya lihat pemancing yang berhampiran saya tak de sorang pun yang membawa anak dan isteri bersama. Dia duduk mengadap laut sorang-sorang di hujung minggu...


Selama setengah jam saya duduk dia sana tak de sorang pemancing pun yang dekat dengan saya yang mendapat ikan, hanya yang ada telah beberapa kali memasang umpan baru dan dengan penuh gaya melemparkan joran kembali ke dalam air.


Saya mungkin memandang serong kepada golongan kaki pancing, mungkin si suami memerlukan 'time out' di hujung minggu atau mungkin mereka suka 'melarikan ' diri dari anak-anak dan isteri di hujung minggu yang terlalu banyak aktiviti bersama keluarga dapat dilakukan... entahlah...suami saya bukan kaki pancing......

17 comments:

Kak Elle said...

Baik memancing ikan rina dr memancing cewek...haha

mmg sukan nyg membosan duduk pandang laut....tapi kalau dapat ikan seronok juga kan?

silversarina said...

Boring je nampak kaki pancing ni..memang duduk melangut tengok langit dan ombak berjam-jam pulak tu... dari merayau tak tentu hala baiklah pulak pancing ikan.

Ummi said...

Betul kata kak elle..kalau dapat laki pancing ikan patut bersyukur dari pancing benda lain

macam2 kan.. tapi ummi suka duduk mengadap laut berjam2 pun tak pe..rasa fresh mind tu.

Neeza Shahril said...

kalau dapat ikan, neeza suka. Tapi, kalau kena duduk berjam jam, tak nak la neeza kak Rina...

Dulu2 ayah neeza rajin bawak kami pergi mancing (kalau dia mancing dekat2 la..). Sambil memancing, neeza adik-adik berlari lari kat jeti.

Yang bestnya, bila dia memancing kat laut, dia selalu bawak balik ikan banyak... udang kadang2 tu.

Husband pulak, dulu rajin memancing. Bila dia dapat hobi memancing atas darat (golf), dia dah tak memancing kat laut dah. Sekarang ni, dua dua tu tak dah... dia memancing atas katil je (tido) kalau cuti hehehe...

idham said...

u know.....they used to say to me sebab saya pun kaki pancing..
"org mancing just like one jerk on one end of the line waiting for another jerk to happen at the other end!" hahahaha

pernah ku tunggu satu malam tanpa se ekur pun ikan. bila pulang risau juga jika isteri tak percaya yang sebenarnya telah ku tunggu pancing dan bukan tunggu sesiapa yg lain. adesshhhhh!!!

idham

Mak Teh said...

Tak suka memancing kerana saya jenis kurang sabar. Beli je ikan kat pasar, apa jenis nak semua ada. Hehehe. Tapi suka tengok laut dan suka adventure naik boat tapi takut bahaya-bahaya yang boleh berlaku.

Kalau tengok laut ingatkan kekuasaan Allah SWT then kata Subhanallah terus dapat pahala! Mudah kan?

Queen Of The House said...
This comment has been removed by the author.
Queen Of The House said...

My husband kaki pancing tapi cuma memancing di laut dalam, atas bot berbatu-batu/berkilometer jauh dari pantai. Alasan dia ..... tenang bila pandang laut, hilang segala kusut-masai di fikiran. Dapat relax and unwind, buang segala stress dan tension di tempat kerja. I can't understand ... why spend hours in the hot sun and a rocking boat. Worse if there's a storm! It must be a male thing!

U.Lee said...

Hi Sarina, my bahasa is 1955, so I hope what I read and try to understand, I enjoy it actually, your this posting is about your husband going fishing? Betul tidak?
I can understand about 30% of what you articulated as most of the words are new to me, ha ha, tetapi tidak apa la, saya sekerang hendak reply, ha ha.
Saya ni orang gila menmanching ikan. Bila muda kan, gila budak budak perumpuan, ha ha. Dahulu bila ada tinggal ke Malaysia, saya selalu pergi ke Trengganu, Pulau Kapas, atau Pulau Perhentian, Redang deep sea fishing.
Here in Toronto, I go to the lakes as Canada has millions of lakes, some still undiscovered. But I don't eat the fish I catch, as don't appreciate fresh water fish. But love udang gala though.
Sarina, I love your this blog scene, tengok the orange buat saya pun nak buka fridge minum ayer orange. Ha ha.
By the way, your writing, 'y', 'g' ada loops besar? *wink*, ha ha.
Sarina, how's my Bahasa disini? Boleh jalan?...hope its not mistaken for a marriage proposal, arhaaa ha ha. You stay cool, and have a nice weekend, best regards, Lee.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Suami Cath pun bukan kaki pancing... He's kaki Golf... He is Tiger's number one fan..

maklang said...
This comment has been removed by the author.
maklang said...

lama maklang tak singgah..tak sempat...nak jadik macam pengail ikan...senyap2 aje...he..he..

tapi kalau rina datang teratak maklang, insyaAllah maklang tegur!

silversarina said...

ummi,

emm betul jugak tu, kaki pancing ikan ok jugak , kalau pancing benda lain yang bahaya tu...hihi.

I pun hobi tengok laut tapi bila tengok pemancing ni duduk berjam-jam renung laut , nampak macam odd pulak ... baiklah duk rumah main dengan anak-anak atau berkelah bersama keluarga di pantai.



neeza,

Orang terengganu rasanya memang ramai yang hobinya memancing, akak memang tak pernah rasa macamana memancing atau rasa nikmatnya memancing..

samalah darling akak , kalau cuti je, atas katil jelah tempat dia, yelah kerja sebulan non-stop, bila cuti lepas gian tido :)

silversarina said...

idham,

ooohh you pun kaki pancing ....

kesian kalau tak dapat ikan setelah semalaman memancing... ikan pun berkata.. " we , fish are not jerks like the fishermen ."... hehehe.




makteh,

senang beli aje kat pasar kan..macam2 jenis ikan ada, I pun macam tu jugak.

pantai dan laut memang enak diamati dan difikirkan kebesaran PENCIPTANYA.




qoth,


laut dalam, naik bot ..bunyi macam best je..mesti your hubby jenis tahan angin dan ombak laut, tu yang dia boleh nikmati dan hayati kenikmatan berada di laut dalam.... macam kita shopping terasa nikmatnya, pada men , memancing juga merupakan nikmatnya tak terhingga.



uncle lee,

First of all my 'y' and 'g' are just normal loops, no fancy, simple plain loop.... hahaha.

So, you are also a 'selfish' fisherman who would leave your honey and the kids just to be by yourself, fishing all day long( nights too )..

wowww .... I know it's so thrill to see thousands of islands before your eyes.. kalau tak pancing , rugi.... catch and let it go... I don't understand how man can do that after fishing for hours...


out of 100 marks, I can only give you 55 since you are using your 1955 bahasa melayu level... hehe.

anyhow, thanks for dropping by :)

silversarina said...

cat cat,

Ha akak tak tulis lagi pasal Tiger's gang ni... GOLF... my lecturer pernah translate GOLF.. Golongan Orang Lemah Fikiran... sebab dia tak tau main golf... hehehe.



maklang,

hahahha, datang macam kaki pancing, senyap-senyap je... tak pe, I faham maklang sibuk.. I pun hari2 jengok senyap menanti ada 'fresh fish' tak kat teratak tu...

take care and salam pada anak-anak.

suealeen said...

kak rina,
abang ipar saya yang ke3 (asal orang ganu) memang suka memancing. kebetulan rumah kami di kampung tu dekat dengan laut. one good thing about him is dia selalu bawak bini & anak2 bersama kalo memancing.. bab jangan bercakap banyak tu macam tak betul je.. dia pegi mancing dgn kami tak pernah pulak dia suruh diam...

saya pernah ikut serta memancing waktu tengah malam di pulau aman, pulau pinang. suasana best je.. masa tu bulan mengambang. jam dalam pukul 1 pagi.. ada sejenis ikan ni bleh nampak bercahaya dalam air. ngail tak dapat ikan pun tak pe.. tapi so far tak pernah mengecewakan

silversarina said...

suealeen,

wah...sporting betul abang ipar you, jarang orang bawak family masa memancing sebab susah nak kawal anak-anak....

Nikmat orang memancing ni, bukan setakat dapat ikan tapi nikmat bertarung dengan ikan, yelah waktu nak tarik ikan agar tak terlepas kena ada skill jugak .