Sunday, March 30, 2008

Kenali Rakan Bloggers........

Pagi Ahad selepas siap kerja-kerja rumah ( taklah habis semuanya.. mana ada istilah habis kerja di rumah !! ) , saya tiba-tiba terfikir pasal rakan dan taulan .... lebih tepat lagi rakan alam maya....

Saya menyoal diri dan mencari jawapannya..( semua jawapan tidak termasuk anak-anak sendiri )


1. Berapa ramai blogger yang saya pernah bercakap secara berdepan dan berjumpa muka ?
11 orang .


2. Berapa ramai blogger yang saya ada telefon nombor nya ?
12 orang.


3. Berapa ramai blogger yang saya pernah berhubung melalui talipon..call/ sms ?
12 orang .


4. Berapa ramai yang berhubung melalui chatting /YM ?
9 orang.


5. Berapa ramai blogger yang berhubung melalui emel ?
7 orang.


Pendek kata majoriti rakan blogger saya adalah rakan alam maya yang sebenarnya.... masih ramai yang tidak saya kenali atau saling berhubung kecuali di alam blogging ....


walau tak sampai 15 orang yang saya kenali secara 'live'....Itulah nikmatnya blogging... bermula dari kenal di alam maya.


21 comments:

Kak Elle said...

Rina saya setuju dgn entry kali ni mmg kawan alam maya ni dah macam adik beradik kita walaupun tak pernah bersua muka yg ada.

Bolih saya katakan berblogging kita dapat belajar mana yg baik dan mana yg tak patut di bawa contoh.

So pada adik2 saya di alam maya thank you for being my friends.

maklang said...

saya pun salah sorang dari kawan alam maya ke????:)

Neeza Shahril said...

kawan alam maya boleh bertukar menjadi kawan alam nyata dan begitulah sebaliknya.. neeza pun suka bila dapat ramai kawan bila start blogging. Masa 'tak bekerja' neeza ni tak terasa sangat kebosanannya.

Kalau boleh nak je jumpa dengan kawan2 blogger. Mungkin masa belum mengizinkan. Insyaallah, balik nanti dapat lah kot jumpa sorang dua.. termasuk lah Kak Rina... hehehe..

Ummi said...

Eh eh ummi pun termasuk ke? category mana ek?

Memang best tau berkawan kat alam maya ni. Kalau tak nampak entri tu rindu .. kalau sampai office mesti check blog kengkawan dulu baru start keje, bukannya buka newspaper.

silversarina said...

kak elle,

Tak sangka kan dari tak kenal sapa, start komen, chatting, bertukar no telefon, emel dan jumpa ... macam dalam mimpi je... mimpi indah .



maklang,

sekarang fren di alam nyata.... kira rakan terdekat lah tu, tak jumpa lagi blogger yang sama-sama duduk cukai ni.... I started baca blog maklang bila cari pasal pasar malam yang dirindui dan nampak gambar rumah maklang macam pernah nampak... tup-tup terus berkenalan... semuanya sebab blogging.

silversarina said...

neeza,

Kira akak kenal neeza baru tahun ni, namun macam dah lama kenal, pulak tu kira kita ni sekampung, nanti balik INsyaAllah kita jumpa, buat potluck... maklang yang bawak banyak makanan ..hehehe.. dia masak sedap :)



ummi,

rasanya ummi di kategori YM /emel... you light up my days lah :)

dari mula cari berkenaan abu dhabi, tak sangka macam kenal sangat dah, but I tak dapat bayangan wajah ummi lagi setakat ni.. hihi.

cikgu jawe said...

hmm.. hebat le kak silver kita. aku untuk semua soalan yg dlm n3 tu semua jawapannya TIADA SEORANGPUN.

dia org taknak kawan dgn saya kak.. sob! pinjam lengan baju akak sat.. huhu

zino said...

zino masuk ketegori mana ? hehe

Neeza Shahril said...

potluck best gak tu.. neeza bawak potluck yang neeza tapau dari kedai.. hehehe.. aci tak?? Mak Lang memang the biggest portion tu.. tengok food kat blog dia pun dah terliur.. :))

azlanlin said...

Yang jauh dirapatkan, yang rapat dimesra-mesrakan... x gitu Sarina?

Biasanya, rakan blogger yang kerap dan saling berhubungan atau sebaliknya lebih mudah didekati atau ditinggalkan...betul ke tu?

manje said...

salam akak rina...

btl tu... manje pon same...dunia realiti manje tak byk kwn... tapi bile manje di 'alam maya'... manje dpt jmpe ramai kengkawan... dunia tanpa sempadan...

suealeen said...

kak rina,
meh kita berYM.. boleh naik rating ke 10 orang.. :P

suealeen40@yahoo.com

nurazzah8 said...

salam Ina,
kita pulak terbalik kot... mula2 jumpa di alam reality, lepas tu baru berblogging, sms. tapi asalnya you adalah rakan maya Asma' ....

so far I tak ramai yg berjumpa atau bersms..sbb tak berkesempatan nak berjumpa dgn ramai orang, kecuali yg duduk berdekatan...

Namun blogging juga dpt release tension esp org yg kerja tak sudah2 mcm I nih...tak kisah lah orang nak panggil orang yang tulis blog ni apa... Dulu ada orang panggil org2 yg berblogging nih sbg "MONYET" !!!
dan semalam (atau hari nih) dlm newspaper, I ada terbaca tajuk satu article tu "PENULIS BLOG ADALAH ORANG-ORANG YG GAGAL MENULIS" !!!

Apa komen rakan2 sekelian?

sya said...

Hu hu.. kita tak termasuk dlm mana2 kategori pun....

silversarina said...

cikgu jawe,


alaaa siannya tak de sapa nak kawan... orang takut susah nak faham bahasa jawe kot.... nah akak bagi tisu.. lap airmata dengan lengan baju.. klasiknya...hihihi.



zino,

masuk dalam gang 12 tu , jumpa belum , nampak wajah kat blog maklang dan tv.



neeza,

maklang jugak jadi 'mangsa' ... no problem nanti neeza masuk dalam kategori soalan #1 .

silversarina said...

azlanlin,

saya terima je jika ada bloggers yang ingin menjadi rakan di alam nyata.. yang penting melalui blog ikatan persahabatan dapat terjalin dalam suasana penuh kemesraan... kalau rasa tak sesuai untuk berkawan selalunya saya back off .. we must know our limit because some bloggers would want to be cyber friends only.



manje,

tak sangkakan daripada tak pernah kenal , kita boleh bercakap dan berkata-kata ..dalam komen pun kira dah bersahabat.. rasa seronok bila ada sahabat yang ambil berat untuk menegur dan berkongsi pandangan.

silversarina said...

suealeen,

okay . nanti akak add ur YM.. nanti kita chat bila lapang :)



nurazzah,

Terimakasih pada blog kerana ina jumpa asma memalui blog, pastu terus jumpa maknya yang telah dikenali lama dulu.. nostalgik betul kan... maknya pulak start blogging... how sweet...

Haaa... blogging sebab tak pandai menulis ???

memanglah, sebab bloggers tak menulis, menaip... hihihi.. sapa yang cakap tu taklain tak bukan sebab dia tak tau nak blogging.. jeles orang lain blogging.. ada je benda nak kutuk bloggers...



sya,


kita berhubung di komen box... kira sahabat cyberlah tu... Satu hari jika bepeluang nak jugak berkenalan di alam nyata , InsyaAllah .

barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

D said...

kak Rina,
maaf lama menyepi dari alam blogging... Eh, kebetulan, tadi saya nak delete mesej-mesej dalam phone saya, tengok ada lagi last mesej dari akak. So, saya termasuk 12 orang tu ke?? HEHE.. Saya ada tulis entri ala topik ni dulu tapi tak habis, dah tak publish pun. Rasa nak habiskan pulak la. Very interesting entry! TQ!!

hanieliza/kakliza said...

hehehhe..adakah akak juga termasuk dalam senari 12 orang tu..
sejak akak terlibat dalam alam maya ni mmg ramai kenalan..tak terkira..
pastu mulai jumpa one by one..termasuklah Rina sendiri..seronok tauuu...
mesranya..hebuh..kecuhnya macam dah jumpa/kenal lama...

silversarina said...

d,

sorry lambat baru akak balas komen ni... akak pun dah baca tentang bloggers di blog d... tulah kan dari tak kenal jadi kenal dan terasa dekat di hati... semoga kita berjmpa di alam realiti, InsyaAllah.


kakliza,

I yang excited dapat jumpa kakliza, malumlah iron chef dari kerteh... rasa macam dah lama kenal sebab sokmo I godek blog kakliza... best betul dapat jumpa di alam realiti..