Thursday, March 13, 2008

Projek Cuti....

(Tak nak cakap pasal MB Perak dah... kejap ini kejap itu...... kejap approve kejqp tak.... lantik jelah sapa-sapa pun ,takkanlah MB nak khianat rakyat...... MB Terengganu langsung tak tahu bila nak lantik, nama-nama yang diberi kena reject je katanya.... pelik , pelik )




Cuti ni macam saya bagitau kami tak ke mana kecuali ke Kuantan sahaja semalam , ronda-ronda dan makan-makan serta shopping sikit .


Balik dari Kuantan dengan semangat apron baru saya memasak kuih kasuwi dan acar buah ( gambar yang diambil blur pulak, dekat sangat snap! ).







apron baru yang colourful, yang lama hitam plain...



Mimi pulak balik je terus buat projek topeng devil yang dibantu oleh ayahnya hingga tidur malam tadi dia pakai topeng.





maskgirl........ tido pun pakai topeng..... nak yang custom made, taknak yang ready made.




Izzat bersama rakan-rakan bolanya pulak projek besi buruk untuk kumpul dana membeli bolasepak baru. Penuh besi buruk di belakang rumah. Ada ibu rakan Izzat yang dermakan 6 buah basikal lama dan yang lainnya dikutip dari sekitar perumahan kami. Nasib baik kereta ptoton buruk di sebelah rumah yang ditinggalkan oleh penyewa yang pindah awal Mac baru ni tidak diangkut oleh gang Izzat.Macam-macam projek budak-budak lelaki ni....


gang besi buruk cuti sekolah.... jangan cabut pagar rumah orang dah lah...



Petang tadi cucu saya yang terbaru datang rumah.... sayang opah.... anak kepada anak murid saya yang singgah di rumah yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu baru berusia 24 hari Mohd Mabrur namanya... Kalau nak kira memang ramai dah cucu saya... cucu sendiri pun kalau ada rezeki akan muncul sebelum hujung tahun ini, InsyaAllah.




cucu terbaru..mohd mabrur...semoga mabrur hidup dan hajinya, InsyaAllah.






buku baru beli semalam..baru start baca...




buku yang dibeli darling untuk dibaca dalam flight esok.... balik kampung arab..







Salam cuti lagi buat semua.................. nak sambung baca dari beirut ke jerusalem....

19 comments:

Kak Elle said...

Rina nak menimang cucu hujung tahun ni ye? tahniah opah:)

salam pada Anwar ye?

silversarina said...

kak elle,

kalau ada rezeki dapat jadi opah oktober nanti , takut nak heboh takut keguguran lagi.... anuar kirim salam kembali :)

Ummi said...

Kak Rina,

Wah muda2 dah bercucu, bagus tu. Nenek nanti masih sihat untuk menjaga cucu.

Lama ya kekasih kak rina cuti kali ini. Dia balik naik etihad juga ke?

silversarina said...

ummi,

jaga cucu???? taknak, nenek nak JJCM payah..hihihi.

ha ah naik etihad esok, your darling dah balik today ke balik esok???

zino said...

apa apa pun tahniah dulu hehe

Ajzie said...

Kak Rina
Nak resipi kasui.. last week azi buat kenapa keras eik????? Adusssss

cikMilah said...

Oh. Anwar darling kakRina, ya. Ingatkan Anwar Ibrahim yg kakElle kirim salam tadi...he he he,sorry dok mamun lagi terbawak2 N3 psal MB tadi.
Lawa apron! Kita pun nak sambung Dalam Mihrab Cinta ni....

Mak Teh said...

Sarina, hidup ini memang penuh cabaran dan dugaan. Nak dapat sesuatu tidak semudah yang diimpikan. Sabarlah mengenai MB Perak baru tu. The outcome akan menunjukkan tembelang orang lain itu. Hati orang dan hati kita tidak sama. Semoga orang melayu mula berwaspada. Baik kita setulus hati, baik orang ada maknanya!

silversarina said...

zino,

terimakasih bagi semua pihak yang menerima ucapan tahniah :)



ajzie,

resipi ni memang senang and sedap.akak dapat dari pengetua sekolah izzat..

kuih kasui

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
4 1/2 cawan air
gula pasir+ gula merah ikut suka
secubit garam
1/2 sudi teh kapur sireh
kelapa putih untuk di salut

blend semua dan kukus

akak buat setengah adunan je sebab banyak jugak satu adunan ni... cubalah, akak yang tak berapa suka kuih jadi suka sebab sedap .

silversarina said...

cikmilah,

anuar tu darling akaklah...hehe.

teruskan baca, lapang sikit fikiran dari serabut post-PRU12 .



makteh,

payah kalau tidak se fikrah ..apapun doakan agar pilihan itu akan jadi yang terbaik. Amin.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Apron bung-bunga tu cantik lah... Beli kat mana..?? Apron Cath putih plain.... Boring!

silversarina said...

cat cat,

apron tu beli kat the store kuantan ...Rm9.90 je... tulah akak pun apron lama hitam plain, boring sangat...dah tukar ni nampak ceria sikit kat dapur...:P

kc said...

bukan nak buruk sangka, kenkadang sultan2 ni (yaa..ampun tuanku!) pun ada hidden agenda memasing. depa nak MB yg boleh maintain their lavish lifestyle. dapat yg strict susah lah sket depa nak mintak itu ini kan kan kan....

Pondok Al Imran said...

Sedapnya kuih kasui,tahniahlah bakal dapat cucu nanti, opah masih muda lagi....

silversarina said...

kc,

entahlah , nak kata pun tak kena, pada akak mungkin kali ni sultan pun nak berubah dalam soal pelantikan MB...


ibusara,

kalau you datang akak buat lagi kuih kasui tu... nenek muda pun nenek jugak , perasaan tua tu ada dah...hihi.

SoFie NuR said...

lawanye apron..pasni kene masak je a keje yer...hehehe...

ade2 je la bebdk dua org kat umah tu..sorg ngan topeng n syok seniri,n yg sorg lg x bis2 ngan projek besi buruk....huhu

silversarina said...

sofienur,

diaorang tu takleh duk diam, ada je keje.... hari ni masak rajin oooiiii .........

Neeza Shahril said...

cantik and colorful apron kak Rina. Sure lebih rajin ke dapur ni.. hehehee..

Tahniah ye Kak Rina. Insyaallah.. akan selamat kedua-dua ibu dan anak. tak nak jaga cucu ye.. heheheh.. tak yah la kan.. dulu dah penat jaga anak.. bagi la mak dia yang jaga pulak.. hehehee.. tapi main sekali sekala okay la kan..

silversarina said...

neeza,


apron cantik dah, memang kena rajin masak sikit.. sikit aje tau.

main dengan bayi memang best, nak jaga 24/7 taklah, opah udah kurang tenaga :P