Tuesday, October 7, 2008

Kisah cucu dan 'besan' .......

Kepada semua sahabat yang meninggalkan komen di entry lalu, terimakasih diucapkan.


KIsah cucu...



Tak sangka sayangnya saya kepada cucu boleh dikatakan sayang macam anak-anak juga . Pagi tadi semasa keluar sebentar mencari bahan2 makanan untuk masakan ibu dalam pantang tiba-tiba teringat kat wajah cucu dan rindu sangat dan nak cepat-cepat balik rumah tengok cucu. Petang semalam cucu dan menantu dibenarkan pulang ke rumah , Alhamdulilah kedua-duanya sihat.




Pagi tadi saya mandikan cucu dan rasa sedikit kekok kerana dah lebih 6 tahun tidak mandikan anak kecil. Pandai pulak si cucu tatap wajah Wanmommy sambil merengek-rengek . Rasanya saya akan menitiskan airmata bila cucu pulang ke Jordan kelak .



Kisah 'besan '.

Pagi tadi juga semasa saya ke rumah Makcik Nah tukang urut untuk buat temujanji urut lepas bersalin saya bertemu dengan 'besan ' saya iaitu 'mak mertua' Izzat yang telah 8 tahun tidak bersua muka . Last bertemu semasa majlis 'perkahwinan' Izzat dengan Syiqah di majlis Ihtifal PASTI Kemaman 8 tahun lalu. Macamanalah agaknya 'menantu' saya yang comel secomel 'besan' saya ..... tak sangka 'besan ' saya tengah sarat mengandung anak ke 6 ...

Semoga selamat bersalin ( nama 'besan' saya tak ingat... ,nak tanya malu....hehehe ) .

15 comments:

Kak Elle said...

orang paling gembira jatuh pada wan mommy...yeah!

mmg suka kalau ada baby dlm rumah it makes a lot of different kan?

Sya said...

Alhamdullilah.. semuanya sihat ibu dan anak. Itulah orang kata sayang cucu tu lain rasanya..

Unknown said...

Sarina :-)

CONGRATS!!! naik pangkat dah tu...WANMOMMY...nice title.

dari gambar - baby cucu tu sungguh comel nye MASYAALLAH....!!!

Errrrr, harus tanya tu nama besan...hehehe.

betul kan 'maksu' tu dan 'bongsu?' hehehe.

Queen Of The House said...

Congratulation Wanmommy and family atas kehadiran orang baru. Tentu gembira sekali Wanmommy ni. Orang kata sayang cucu lain dari sayang anak. Grandmothers get a second chance to correct what they did not do right with their own children. Rasa i lah, habislah cucu ni nanti di'spoil' oleh Wanmommy dia.

I doakan yang terbaik untuk cucu yang comel ni. Eh, dah ada nama ke belum? Takkan nak panggil "Cucu" aje?

mad redo1 said...

Congratulations for getting the title WanMommy... may there be more to follow...

cikliah said...

Tahniah di atas kelahiran ahli baru dalam keluarga! Biasanya sayang kepada cucu berlebihan sikit tak daripada sayang kepada anak-anak? Ye ke gitu ? hehehehe...

cikMilah said...

Sebijik pipi cucu macam wanmommy...ya la.. apa namanya cuc cyber ni....
Tak lama lagi timang anak besan pulak la ye...alahai Izzat!!!

maklang said...

TAHNIAH...comei cucu tu...maklang sekarang lepas geram kat anak sedara baru siap kasi pinjam 'susu' sampai hakim merajuk...he..he..

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..mendapat penambat hati..semoga bertambah erat WanMommy dan Tok Wan, ya/

Masih belum terlambat mahu mengucapkan Eid Mubarak bagi Puan sekeluarga...

Wasalam...

Nur said...

Salam..Tahniah Kak Sarina dapat cucu boys yang comel tu...Nama apa?

zlaa said...

Tahniah..tahniah. comelnya. Besan nak dpt anak lagi. Jgn wan mommy berjangkit pula..

silversarina said...

kak elle,

Rasa happy sangat dapat letak baby kat dada macam biasa I buat pada anak2 .Memasing asyik nak tengok si kenit tu aje :)



sya,

Alhamdulillah azra cepat sihat, orang muda memang kejap je sembuh , tengok dia in labour lama kesian betul ,keluar baby tembam lupa sakit .


pp,



Thanks, tulah pangkat naik secara semulajadi .

'maksu' tu InsyaAlah confirm Maksu , biarlah 'besan' je yang beranak lagi...hahaha.

silversarina said...

qoth,

Terimakasih, nama tak diberi lagi, baba nya nak tunggu 7 hari baru nak letak nama , sekarang kami panggil 'noname' je :)



madredo1,

Thanks . Tak sangka airmata akak mengalir masa dapat tau dah dapat cucu, perasaan yang sukar diterjemah.

Kalau ke kemaman, jemputlah singgah rumah akak di bukit mentok.



cikliah,

taktaulah nak kata sayang lebih dari anak tapi memang sayang sangat :)

silversarina said...

cikmilah,

Pipi tu memang gang Wanmommy lah ..hehe.Nama tak de lagi, baba nya nak tunggu 7 hari baru letak nama.

semalam bagitau Izzat kisah pertemuan dengan mak mertua dia, dia pun dah tak ingat yang dia pernah kawin ..hehe.



maklang,


Hakim merajuk, kelakarlah si paksu tu jeles , memang kalau dah lama tak de baby makin geram dibuatnya tengok baby comel.

silversarina said...

umi kalthum ngah,

Waalaikumusalam,

Bila dah bercucu ni kena selalu ingat yang kami ni dah semakin tua . Kalau boleh macam2 nak bagi pada cucu sebab dia yang kecil sekali dalam rumah .

Selamat hari lebaran juga buat umi sekeluarga.




nur,

Thanks, nama tak de lagi, tunggu hari baru letak nama.



zlaa,

mak ooiii.... ampun ye,biarlah saya ziarah 'besan ' bersalin aje.. wanmommy dah tua..hehehe.