Sunday, August 23, 2009

Cereal dan susu

Pagi semalam selepas hantar Darling ke Kuantan Airport saya dah rasa tak sedap badan. tengahari dah rasa lembik dah, petang cek suhu 37.9 C dan malam tadi tido awal selepas ambil ubat demam. Sahur rasa ok sikit tapi saya tetap makan ubat demam . 9 pagi cepat2 bergegas ke Tunas Manja beli barang keperluan untuk sahur ( susu, yogurt, cereal. nutrigen, biskut lexus yang mimi teringin ) . Masa kat kaunter bayaran saya dah rasa macam nak tumbang. Balik rumah terus masuk rumah dan minta anak2 ambik barang dalam kereta. Terus baring dan jam 11 pagi cek suhu dah 38.4 C , sejam lepas tu masih sama suhu , letak air asam jawa dan mula berpeluh tapi suhu masih sama . Ni rasa dah ok sikit sebab berpeluh banyak.

Saya risau takut ulcer menyerang kembali sebab sakit pinggang dan gastrik kuat sangat si samping naik suhu badan. Memang kena pantang semula, kena makan cereal dan susu balik ni.

Doakan saya sihat ye.

11 comments:

hanieliza said...

Assalamualaikum..
kakliza doakan semoga Sarina cepat sembuh..
tapi pergilah jumpa doktor dan amik anti-biotik segera...
kakliza pun baru baik dari demam yang agak kronik..saspen tawww....
sebb demam sampaikan x mau bercakap apa2 lansung..hanya Zzzzz saja..

Kak Elle said...

Take care Rina kawal makan untuk sementara ni ye?
semoga cepat sembuh:)

FaAtip said...

Jaga kesihatan tu baik2. Kalau boleh janganlah pergi sangat tempat2 yang ramai orang. And kali ni kena jaga makan betul2. Banyak2 minum air masak....

Since dah pernah kena ulcer tu, baik la pergi check apa2 yang patut. And always check suhu badan walaupun dah rasa sihat.

(haaaa...kan banyak `arahan' tu, dari doktor yang rasmi! hehehe)

Selamat berdiet. Bukan diet untuk kurus, tapi untuk sihat!

Zaitun said...

Kalau boleh pergilah jumpa doktor lepas tu jaga pemakanan.Akak doakan Rina cepat sembuh.

JHaZKiTaRo said...

minum air banyak2 tau.. get well soon..

zura aini said...

take care kak, tinggi suhu tu.

Zareda Norman said...

kak rina

zar pun ada gastrik.. sahur memang zar amik susu dan makan lebih spirulina..

Masa Ika demam tu hari pun zar bagi xtra spirulina supaya antibodi dia increase dan ada energy.

Semoga kak rina cepat sembuh

moon said...

Semoga cepat sembuh kak rina.

cikMilah said...

Salam, get well soon kakRina. I doakan you sihat cepat-cepat.
Tak risau sangat sbb ada doktor dalam rumah tu, kan...ikut "arahan" doktor ya.

To sweetie Mimi, selamat berpuasa...sama menu dengan sini, cereal, susu, vitagen...

silversarina said...

Terimakasih buat semua bloggers yang meninggalkan komen dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih. Setakat ini masih demam tapi rasa ok sikit dari semalam. Terimakasih sekali lagi.

Ummi365 said...

kak rina, take care.. semoga cepat sembuh.. kalau demam lagi cepat2 pergi jumpa doc ya.. cik abang jauh tu.