Friday, October 30, 2009

Adakah tindakan saya betul ??????

Ada sesuatu berlaku semalam (sebenarnya minggu lepas tapi semalam baru perasan) berlakunya . Apa yang telah berlaku, biarlah rahsia. Saya cuma tak nak ianya diperpanjangkan dan saya terima pengakuan tidak bersalah dari yang disyaki kerana tiada bukti kukuh untuk dia didapati bersalah .

Malam tadi saya bertanya pada diri , adakah tindakan saya betul , melepaskan saja yang disyaki sebab tidak mahu bermusuh dan tidak mahu serabutkan otak saya . Adakah tindakan saya akan menyebabkan yang disyaki berubah laku atau akan terus melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan.

Saya cuma harapkan yang terbaik dan setiap kita memang ada melakukan kan kesalahan dan pada saya melepaskan yang disyaki kerana saya mahu beli peluang kepadanya untuk insaf dan berubah. Itulah doa saya kini ( sebelum ni sempat juga saya sumpah-seranah dia dalam hati sebab geram !! ) .

10 comments:

Kak Elle said...

oh dear whatever rina semoga dapat di nasihati untuk depa ni supaya bolih berubah...sama2 kita doakan yg terbaik ye.

silversarina said...

kak elle,

Susah jugak kak, hati geram tapi malas nak panjangkan kisah .

FaAtip said...

well, kadang2 kita rasa instinct kita betul, tapi nak buat macam mana, tiada bukti. Dan bukan senang orang nak mengaku. Kerat jari pun tak tentu.

Next time, just becareful. Take more precaution. And mendoakan dia is the best. Geram memang la geram. Tak puashati pun ya sebab kita rasa kali ni dia terlepas macam tu je....adoiiii....

silversarina said...

asw,

Memang nak sangat dengar pengakuan dia tapi nak buat camne dia dan Allah tau apa yang dia lakukan... terpulang pada dia.

Tabib Haji Norjae said...

Bertegas dan melepaskan kemarahan dengan beradab

Abang Long said...

Yang buat tu orang tua ke muda ?

aNIe said...

Rina...rasanya tindakan rina tu betul...sebab niat rina baik untuk memberi peluang sekali lagi padanya...seandainya dia bersalah tapi mengaku tidak bersalah...biarlah dia merasa bersalah pada diri sendiri kerana tidak bercakap benar...

Kita doakan ajelah dia akan insaf...bab sumpah seranah dalam hati tu tindakan orang yang sedang dalam keadaan marah...ianya spontan dan sukar untuk kita elakkan...hehehe

silversarina said...

Tabib,

Bukan senang nak mengawal perasaan , nak2 ketika tengah geram :(



Abang long,

Budak muda, tu yang saya bagi chance , kalau orang tua memang kena dah .




kak anie,

Saya terfikir jugak , bukan mudah untuk menjadi dewasa tanpa melakukan kesalahan berulang kali , tu yang cool balik dan bagi dia peluang untuk berubah, harap2nyalah ,di luar bidang dan kawalan saya dan harap dapat kerjasama dari family dia InsyaAllah.

tulipurple said...

mmg sukar kalu di persimpangan mcm nie kan sis...moga Dia bagi petunjuk kepada hamba Allah tu dan kepada kita semua...
....agak2 merah x muka sis masa dok lepaskan geram dlm hati tu..hehe.

silversarina said...

tulipurple,

Supaya dia insaf dan sedar kesilapan dia , tu yang akak doakan .

Tak nampak muka marah ke tak sebab cakap dalam hati :)