Saturday, October 24, 2009

Pertemuan Mesra 3 jam

Melalui komen di FB Chef Hanieliza pertemuan dirancang . Bertempat di rumah Maklang , 6 orang ibu bertemu jam 3 petang tadi ... Maklang, Kakliza, Saz, As, Fa dan saya.



Rasa happy sangat. Bukan setakat pertemuan biasa tapi ada 'kelas' buat topping carrot cake didemonstrasikan oleh kakliza ( maklang yang sediakan kek ) . Maklang jugak sediakan bihun goreng, laksa Johor (dah bertahun saya tak makan ) , tapai pulut dan dadih coklat .



Seronok bila dapat makan-makan sambil sembang-sembang . Bukan sembang kosong, topik kami berkisar dari tips memasak , kisah haji (Saz akan ke tanah suci Nov nanti ) , kisah barang kemas/berlian ( hampir semua bukan pemakai barang kemas tegar ! ) ,.. yang best tu kejap2 snap gambar , kakliza kata macam celebriti pulak dia .



Mula2 ingat jam 5 nak minta diri tapi tak menjadi sebab topik perbincangan masih hangat dan akhirnya awan dah bertukar hitam , jam 6 baru kami bertolak pulang . Singgah MM ambik Izzat dan hantar kawan Izzat pulang ( di kerteh ) dan tiba rumah waktu maghrib .



Terimakasih daun keladi buat Maklang. Juga terimakasih buat Kakliza, Saz, As dan Fa kerana dapat bertemu dan bermesra selama 3 jam .

Makanan = A+

Sembang = A+


Till we meet again....InsyaAllah .

9 comments:

FaAtip said...

amboi, efficient betul wartawan ni. Report tak sampai 24 jam. heheheh

maklang said...

samalah kita..sama2 kaseh...

kalau tak buat malam ni, besok belum tentu dapat updet...projek besar tu kalau on, memang tak menang tangan lah tu...doakan kami ye :)

seronok, nanti kita buat demo masak lagi eh...nak masak apa pulak lepas ni?

tulipurple said...

wahhh...cikgu siap bg gred tu,A+ lg gitu..hehe.

SoFie NuR said...

bestnye..macam2 makanan...

NBK466 said...

Pertemuan pertama dgn rakan2 MAYA nie ke kak?

zino said...

meriah tu...

Zaitun said...

Bestnya sembang2 sambil makan2 tapi yang lebih bestnya ada demonstrationcake, kalau kat Kl mahal oooi.

silversarina said...

asw,

teman tengah rajin ni ..hihi.



maklang,

Good luck with your new project ... nanti belanja kami ye :)




tulipurple,

kalau dah cikgu...hehehe.

silversarina said...

sofie,

makan2 , pantang2 jugak, cili tak makan ...hihi.




nbk466,

Ada yang pernah jumpa ada yang baru first time jumpa , meriah babe !




zino,

Kalau dah jumpa, bak kata kakliza semua ramah :)



kak zaitun,

memang diaorang tu terer masak dan pemurah, free je demo :)