Thursday, January 10, 2008

Baru ku tahu LEMBU itu apa....

Salam Tahun Baru Hijrah 1429 kepada semua bloggers and sahabat di serata dunia. Semoga Allah memberi kita semua kehidupan yang lebih bermakna dan menjadikan kita semua hambaNYA yang cemerlang InsyaAllah.



Sebenarnya bila melihat kepada senario terkini dalam dan luar negara saya berasa sedikit gusar terhadap keselesaan dan keharmonian dalam hidup ini kerana ianya nampak begitu rapuh dan kurang stabil.



Pelbagai isu dan skandal yang berlaku dalam masa tiga bulan saya berada di tanahair membuatkan diri ini meronta-ronta untuk kembali berada di luar negara yang kurang sikit isu yang 'pelik-pelik' dan jika ada isu panas pun agak kurang impak kepada diri seorang perantau.



Cakap pasal benda pelik-pelik ni, beberapa perkara lucu dan pelik yang ingin saya kongsikan bersama perihal anak bongsu saya Mimi yang mendapati banyak benda pelik yang sebelum ini tidak dijumpai semasa berada di Jordan dan sudah tidak diingati lagi keran dia masih kecil semasa kami terbang ke JOrdan. Jadi padanya banyak benda baru dan pelik di malaysia.





Antaranya :





* Hari pertama kami tiba di KLIA hujan agak lebat dan semasa berada di dalam kenderaan menuju ke Kemaman, Mimi kata hujan lebatnya dan saya suruh Mimi sentuh hujan dan spontan kata-kata ini keluar dari mulutnya... : "Oh, hujan ni air... "



* Tak lama selepas itu dia berkata lagi.." Tu bendera Malaysia ke ?? Kenapa banyak sangat ?? "...dia pelik sebab di Jordan taklah sebanyak itu...( kami pulang awal september, so masih dalam sambutan merdeka.



* Hari ke 2.. dia kata pulak..." Bila nak balik Amman ? " ... dia tak faham yang kami balik untuk menetap bukan bercuti...kesian dia.



* Dia terlalu excited bila ternampak ayam berlari-lari dan dia kata..." Itu ayam hidup ke ? " . dia pernah lihat ayam hidup warna putih yang di dalam reban/kandang untuk disembelih di kedai sekitar Mutah .Jordan tapi tak pernah lihat ayam hidup berkeliaran happy ke sana ke mari.



* Suatu hari semasa dia nak pergi ikut Izzat bermain di padang saya ingatkan dia agar berhati-hati langkah longkang.. katanya..." Longkang tu apa ???" Jordan tak de longkang...



* Semasa menanti Izzat keluar dari kelas tuition tiba-tiba ada biawak lalu dan dia tanya apa itu , saya jawab biawak...katanya.." macam dinosaur ." tak lama lepas tu dia kata lagi.." Apa binatang yang kat belakang kereta kita ni ?? " saya jawab biawak tadilah ( saya tengah baca paper )... " Mama apa binatang yang kat belakang kereta kita ni...??" lebih cemas dari tadi... saya tak hiraukan sebab masih ingat biawak tadi... bila tengok kat cermin belakang...." Ohhh ni binatang LEMBU ..mimi tak kenal lembu ? "... katanya " Mana mimi kenal lembu, unta dan donkey mimi taulah... ". Masa raya korban dia langsung tak nak melihat lembu yang tersedia untuk dikorbankan.....



* Hari yang lain katanya.. " Ni binatang apa ?"... "Ini goat, kambing ..takkan mimi tak ingat kat jordan kat banyak. " kata saya. Dia jawab kembali..." Mana mimi kenal goat , mimi kenal sheep."



Selain dari itu mimi juga tidak makan pelbagai makanan , buah-buahan dan kuih-muih di sini yang padanya begitu asing tapi sejak akhir ini dia mahu mencuba sedikit sebanyak makanan yang saya makan kecuali durian (busuk ), rambutan ( geli bulunya ) , ABC ( rasa pelik katanya )... dan macam-macam makanan lagi yang begitu tidak menyelerakan pada nya.



Oklah... saya kena bersiap-siap kerana mahu bercuti di hujung minggu yang panjang ini ke Bandaraya Pesisir Pantai Kuala Terengganu ( 2 1/2 jam dari kemaman ) .. nak lihat masjid kristal kesayangan ganu kite, nak jengok pasar payang dan sebagainya yang dikatakan bertambah maju ...sejauh mana majunya ??????



Sabtu ada temujanji makan malam dengan rakan blogger di Kerteh... saya dah bertemu dua kali tapi belum pernah ke rumahnya..... I'll be there maklang ku sayang.... ( terbayang makanan yang super duper yummyyyyyyyyyy.... I selalu kata pada my darling , maklang ni seorang yang rajin dan pandai masak....)

29 comments:

maklang said...

Itu Mimi yang lama tak tinggal ni Malaysia..

Hakim pulak, ingat kambing tu anjing! Masa tu dia 4 tahun! Padahal duduk kat kampung aje!

InsyaAllah kita bertemu ye..Tak sabar nak jumpa. Tapi harap2 makanannya taklah indah kabar dari rupa!

You and your family are most welcome to our humble teratak!

cikMilah said...

Salam Rina
tunggu posting Rina tentang cuti-cuti Malaysia pulak!

Mohon izin nak link SilverSarina ke blog saya. Thanks on advance.

cikMilah said...

Semuga Hj Z di ringankan kesakitannya. Semuga si isteri tabah. Kesian bila tengok mata bundar Hajar dan Khaulah...Lets's do something, untuk esok yang lebih bersinar untuk anak-anak ini. Thanks for the info, Rina.

cikMilah said...

Typo error,should read

Thanks in advance!

Alamak..banyaknya komen! Maaf ye!

Cat Cat said...

Kak Rina,
Have a happy holiday... My anak pun sama, bila balik ke Malaya.. Seronok tengok ayam sini sana kat kampung mak Cath... Maklum lah x pernah tengok ayam hidup2... Yang geli hati - dia tanya bunyi apa tu (bila ayam berkokok)

Kak Elle said...

Rina enjoy your weekend kat KT bila shopping sakan tu jgn lupa beli 1-2 untuk kakak yg tinggal di sg....haha

jeles nya nak gi makan2 kat teratak maklang yg terrer memasak tu....bila makan tu suap kan saya punya ration juga ye...hehehe

mimi dah jumpa kerbau belom?agak apa pulak dia fikir ye..:)

zino said...

banyak benda yg mimi kena belajar ni hehe..

mommy said...

haha lawak je mimi nie
macam alice in wonderland plak..sumenye strange bagi die
p/s : cantiknye bakul mimi warna pink tu.sumenye pink.. nie jeles nie..:)

Pi Bani said...

Hah, macam anak sedara I masa baru balik dari US dulu... tengah malam dengar ayam berkokok terus lari peluk maknya, "Mak, what's that?!"

Ada satu hari tu dia lari ke dapur menjerit kat arwah abah I, "Atok! Alligator... small one!" Pergi depan ingatkan kot ada biawak ke apa ke (memang normal lah jumpa biawak kat kampung I). Rupa-rupanya CICAK!

Sekarang ni anak sedara yang sama tu dah jadi engineer dah pun... alahai... dah besar dah...

Aiyah Nonya said...

Hi !
Your Mimi is cute. I am sure she will still find lots of things that are strange to her.
But in time to come she to will adapt. Don't worry.

My boys (being city boys ) are alwyas facinated by the animals roaming in the Malaysia. They always wonder how the cows knows the way home when no ones seems to be watching them. ????

SoFie NuR said...

hahahaa...ade2 je mimi tu...jakun tul die..

Kiah Kardashian said...

Kakk Rina

Welcome back!!!

Rayyan masa balik sini pun nampak ujan bukan main heran!

Anonymous said...

ooo.akak ker tetamu kehormat mak lang tu.....mesti dia dah sediakan special special yummy food utk akak...

alahai mimi... it iwll tak time i suppose nak adapt balik me malaysia..iyea la kalau dia pergi jordan masa dia kecik lagi... pada dia bumi jordan tu dah bumi dia...

take care akak!! wahhh... akak ni memang blogger friends visiting betul! :0)..enjoy mak lang's food!

Anonymous said...

hahahaha.. kelakar aaa mimi.. byk lagi benda dia kene belajar pasal bumi malaysia ni.. anyway, selamat bercuti di KT.. tangkap gambar masjid kristal tu byk2 n letak kat blog nanti eh.. heheh

Makcik Runner said...

huh! chek ingatkan kut biawak tu ada dlm keta...warghahaha!

Makcik Runner said...

huh! chek ingatkan kut biawak tu ada dlm keta...warghahaha!

Ummi said...

Kejap je tukan.. in a while she will get use to it also.

Anonymous said...

oh dah balik ye? moga sejahtera di Msia juga

-atn

NBK466 said...

Wah...nie kalau bawak gi zoo negara lagi meriah kot... he..he.he.he..

NorAiniJ said...

Cute lah Mimi ni.. Kena bawak pegi zoo cepat2 ni kak

aNIe said...

Wah rina...banyak sungguh bende2 baru yang mimi & izzat belajar...

hakim dirani said...

Selamat tahun baru.

OOO begini reaksi orang yang tak biasa keadaan malaysia. kawan saya pon ramai yang anak mereka lahir di sini, nanti begitulah juga agaknya.

Mulan said...

insyaAllah kita jumpa kat rumah maklang ya kak rina.. harap2 takde apa2 hal lagi..

silversarina said...

maklang,

Agaknya dia nampak saiz kambing dan anjing lebih kurang sama kot...hehehe.

See you tonight, InsyaAllah .... TQ so much.... nanti datang rumah I pulak tau...


++++++++++++++


cikmilah,


akak pun akan link kan your blog jugak.

Keadaan Hj. Z masih sama sperti minggu lalu, moga dipermudahkan segala urusan.

Kanak-kanak tu akan kembali ke malaysia hujung bulan ni INsyaAllah untuk pembedahan .


+++++++++++++++


cat cat,


Funny kan tengok gelagat anak-anak kecil yang tak pernah kenal binatang-binatang yang pada kita dah biasa... hug for them :)



+++++++++++++++


kak elle,


best shopping je kat KT , penuh kereta dibuatnya...akak punya mesti ada disimpan hehe.

tak sabar nak berjumpa dan bersembang dengan maklang dan mulan... tengok gambar jelah sambil tersenyum lebar ye akak... hehehe.



+++++++++++++++


zino,


memang banyak sangat benda yang mesti dia kenal dan tahu, tapi lama-lama biasalah tu...

silversarina said...

princess,


baru ni jumpa lembu dia tanya pulak, macamana bunyi lembu....aduhhhhh ...mooo moooo pun tak tau lagi...


haaa kalah lah pink princess sebab mimi ada pink basket hadiah dari kak elle....hehehe.



+++++++++++++



pi bani,


lawaklah cicak disangka alligator... macam-macam lah kanak-kanak ni.



+++++++++++++


aiyah nonya,


Of course there's no animals roaming around in singapore... the cows keep track of their own grass chewed to find their way home...hehehe.

have a nice weekend !!



++++++++++++


sofie nur,


dia tu tengok binatang apa pun semuanya takut....entahlah...susah susah.



+++++++++++++


zakiah,


thank you.... boleh bayangkan cutenya si rayyan tu yang jarang sangat nampak hujan kat dubai... kiss untuk rayyan.



++++++++++++


simah,


Akak malu sebanarnya nak ke mahligai maklang dan susahkan dia nak sediakan makanan yang lazat tapi bila lihat food kat blog dia kena jugak terima pelawaan dia ... meleleh air liur tau kalau tak pergi... hahahah.

nanti hatice dan baddin balik malaysia mesti banyak benda yang dia akan kaget dan heran... cutenya budak-budak tu...geram.

silversarina said...

jhaz,


memang banayk yang nak kena belajar, ada je yang kelakar bila dia bersuara nak tau itu apa, ini apa....


masjid tu tak siap lagi... adalah sikit gambar yang sempat dirakam... next entry.



+++++++++++++


kc,


biawak masih di luar tapi kepala lembu tu betul-betul kat cermin belakang kereta tu yang mimi panik. Lembu tu diikat untuk korban raya ...hehe.



++++++++++++


ummi,


sekarang ni pun dah mula biasa dengan persekitaran dan sudah mahu mencuba makana yang kami makan...



+++++++++++++++


anonymous,

akak dah balik nak masuk 4 bulan... masih relax lagi...


++++++++++++++


nbk466,


akak cuba bawak dia ke mini zoo kat sini ( rupanya tak siap lagi !! ) tapi mimi kata dia takut binatang. masa pergi KL sekali lagi ajak dia ke zoo negara dia masih tak nak sebab dia kata dia takut binatang.. :)



+++++++++++++++


nj,


baru ni dia kata umur 7 tahun baru dia tak takut binatang dan nak ke zoo...macam-macam dia ni :)

silversarina said...

kak lady,

mimi dalam proses mengenal dan ok jugak kami tinggal di kemaman yang masih kampung, kalau tinggal di shah alam ke teruk jugak ...anak saudara I yang tinggal di shah alam datang sini nampak kerbau terus spontan dia kata..." wah banyaknya gajah.." hahaha...



+++++++++++++


hakim dirani ,

memang akan alami perkara yang sama sebab suasana kat sana berbeza..mimi semut dan nyamuk pun tak kenal...

selamat belajar...


+++++++++++++++


mulan,


wah ... best best.. INsyaAllah kita jumpa di kerteh...

Anonymous said...

Kelakar la mimi nih

silversarina said...

ajzie,

memang dialah penghibur kami..ada je yang kelakar bila dia bersuara.. :)