Monday, January 28, 2008

RIVER PLACE ... ..

Semasa belek-belek gambar lama semalam teringat suatu kisah di suatu tempat yang memberi kehidupan baru dalam diri ini.Walaupun tempat ini telah ditinggalkan lebih 20 tahun lampau namun kisah nya takkan padam dari sanubari dan lubuk hati ini...


Nostalgia River Place......


River Place adalah nama sebuah penempatan di sebuah bandar kecil Rosslyn,Virginia yang terletak di pinggir Sungai Potomac yang memisahkan ibu negara Amerika Syarikat , Washington DC ( District of Columbia) dengan Virginia. Rosslyn pada sekitar 80an merupakan penempatan yang paling popular kepada pelajar Malaysia yang menuntut di DC terutama di American University (AU ), George Washington University (GWU), Catholic University of America (CUA) dan Georgetown University (GU). Kami hanya perlu menaiki subway train yang stesennya hanya 5o meter dari River Place dan hanya 10 minit untuk ke GWU.






River Place ( bangunan oren ) , Rosslyn di tebing Sungai Potomac....



River Place sebuah penempatan yang bertaraf hotel ( 4 */ 5* )lengkap dengan kawalan keselamatan 24 jam, gimnasium, cinemaplex, swimming pool, kedai runcit 24jam, disco dan bar yang sememangnya tidak layak diduduki oleh pelajar Malaysia yang waktu itu bolehlah dianggap miskin dan berada di bawah paras kemiskinan pada sukatan Amerika Syarikat. Bayangkan sebuah studio (dipanggil efficiency) hanya sebuah ruang yang digunakan sebagai ruang tamu, ruang makam, tempat tidur, tempat study sewanya USD400 sebulan dan hanya 2 orang boleh mendudukinya dan biasiswa yang diperolehi hanyalah USD450 sebulan ( luar bandar hanya terima USD405). Kami di DC memang terpaksa ikat perut dan kadangkala tinggal lebih ramai dari yang dibenarkan untuk penjimatan. Kami yang baru tiba di sana tidak punya pilihan kerana pegawai MSD yang mencari rumah untuk kami semua.





Walaupun kurang berduit kami bersyukur kerana berpeluang tinggal di penempatan yang elit dan selamat . Di sini jugalah kami sering bertemu dan gembira menyambut sahabat-sahabat yang sering berkunjung ke DC semasa musim cuti (gab) tentu kenal sangat River Place ni.

( paragraph berikut ditambah selepas komen dari Nurazzah diterima )

Di River Place jugalah pertemuan saya dan Nurazzah bermula bila dia datang bercuti dan semasa dia di sini kami sempat menziarahi 'kak miza' ( zuraidah musib , bekas S/U Wanita UMNO ) yang pernah berlakon dalam drama radio No 5 Persiaran 1 yang juga tinggal di River Place semasa beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana di GU.




River Place telah menemukan saya dengan rakan -rakan yang sama-sama susah dan senang mengharungi hidup yang sungguh mencabar. Kami pernah bersama bersukaria apabila hampir saban hujung minggu kami berjalan kaki menyeberangi Key Bridge untuk Georgetown yang terdapat pelbagai tempat hiburan dan kawasan membeli belah bagi golongan elit ( kami hanya window shopping ). Ada rakan-rakan yang lebih 'moden' yang pulang selepas puas menari di the LIbrary ( disco namanya library)terhoyong hayang mabuk sehingga terpaksa dipapah sahabat lain . Pada golongan moden ini itulah kebebasan yang dicari selama ini.





River Place juga merupakan pertemuan saya dan my darling buat kali pertama . Di sinilah kami mula bertemu dan renungan matanya yang hitam dan bulat serta bulu mata yang lebat dan lentik bertentang mata buat pertama kalinya di dalam cermin sisi kereta yang kami sewa bersama 3 sahabat lagi ( saya tak pernah keluar dating ye...ampun ) semasa outing ke ladang epal di musim petik epal di West Virginia. Secara kebetulan mata saya terpandang cermin sisi dan bertembung dengan mata my darling...kelakarlah bila ingat semua ini....





River Place juga membuat saya sering berjaga dan menyandar di sisi tingkap dari apartment saya di tingkat 9 untuk mengamati matahari terbit yang begitu jelas dilihat terutama di musim panas. Seawal 4.30 pagi matahari telah mula terbit dan selalunya my darling sering menalipon saya waktu itu(tak pasti dia melihat matahari terbit atau 'angau' mengingati buah hatinya ...hehehe) .





River Place juga merupakan penempatan mewah terakhir saya kerana selepas berkahwin saya tidak lagi tinggal di situ dan berpindah ke kawasan yang jauh lebih murah . Penempatan kami selepas itu bermula di GWU (kawasan orang putih ), Lee Garden di Court House (kawasan Spanish ) dan akhir sekali di South East of DC ( kawasan black yang baik budi dan sopan ). Ini semua kerana kami telah punya anak-anak(2 orang ) dan untuk mencari rumah yang ada bilik sekurang-kurangnya dua (mengikut undang-undang di sana ada anak tak boleh tinggal rumah satu bilik ), jadi kami hanya mampu menyewa rumah 2 bilik di penempatan yang murah (black area).




2001 saya sempat mengikut darling yang bermesyuarat di sana dan kami sempat singgah semula di River Place dan saya sebak dan terharu apabila mendongak ke tingkat 9 di mana apartment yang saya pernah duduki masih lagi terjaga dan selamat seperti dahulu.




Sesungguhnya River Place akan tetap kekal dalam ingatan sebagai sebuah penempatan yang menyimpan 1001 rahsia dan pengalaman hidup sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

16 comments:

Ummi said...

Aduhai kak Rina, jiwang lah sekejap.. lagi pulak di iringi oleh lagu you are my everything.. nak jugaklah letak lagu ni kat blog..he he he..

Kak Elle said...

hehe...teringat masa lampau ye?its all the memory now kan Rina?

Mama Rock said...

wah...nostalgic gitu. i had only been to gwu once, during my first summer in the us. masa tu i lepak in hartfor - coz my college was closed during summer. and a friend from gwu came over and we sent her back. so tu lah kisah sampai ke sana :)

Anonymous said...

Amboi romantiknya pertemuan empat mata.! Tempat jatuh lagikan di kenang..inikan pulak tempat bercinta...KakRina kat GWU ke,pernah sampai situ 20 tahun dulu. Travel dari NC ke DC.
Aduh, nostalgia gak ni....

NURAZZAH8 said...

Ina....I pun ingat lagi masa gi sana tu...

silversarina said...

ummi,

Sekali-sekala jiwang , baca ur entry yang cik siti jiwang bertemu encik ali, I pun tergerak nak tulis bab jiwang ni... hehehe.

Bubuhlah lagu ni, I tak puas2 dengar, I syok sendiri..:)


kak elle,

Nak tergelak jugak bila teringat kisah lampau ... sweet memory gitu.


mama rock,

OOO dah sampai DC, tahun berapa ye???? Time I girls tak ramai kat DC, mungkin kenal kawan you tu.


cikmilah,


You pun pernah sampai DC, entah -entah pernah jumpa..I di AU hubby di GWU tapi I selalu lepak di GWU coz my frens ramai di GWU.I di DC from 83 - 87 .


nurazzah,

ha ah memang I nak letak nama you , dah siap terlupa pulak, memang you pernah datang ke RIver Place ni ..I nak edit lah entry ni...

Neeza Shahril said...

salam kak Rina. blog hop ni.. baca cerita pasal US memang mengimbau masa lampau. neeza kat Indiana Uni Bloomington tahun 94-97. Allowance 550. we all kerja lagi kow2 sebab nak shopping. heheee.. ada gak pergi DC, ada kawan study kat situ. jalan2 ke White House. tapi tak masuk pun. bergambo kat pagar luar tu je.. :)

baca post pasal kemaman, teringat pulak kat parents neeza di bkt kuang. rindu la otok2 and satar tu.. especially kt depan tepat teknik.. hehee

KAMATO said...

macam tu setiap kali anivesari kene la ke situ

silversarina said...

neeza,

OOoo dah pernah sampai DC ,apa tak masuk White House, dapat lihat pelbagai rooms yang ada samapilah dapur Mr President . I miss DC !!

Bkt Kuang tak jauh sangat dari Bkt Mentok, bila balik datanglah jengok kami...tepat teknik... dah tak pasti kat mana, banyak jugak benda terlupa lepas balik dari Jordan.

Thanks for dropping by.



kamato,

Kalaulah berpeluang kembali ke sana alangkah bestnya :)

FaRuHa said...

Salam K.Rina,

Indahnya zaman bujang dulu-dulukan.
Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermulanya putik percintaan...hihihi, iiiisshh jiwang pulak. Jgn marah saya gurau saje.
Kami pun bercinta di negara org...so nostalgic bila ingat semua tu.

NBK466 said...

Cite2 nostalgia cam nie yg buatkan den rindu kek kampung halamanku kek Sheffield..hu..hu..hu..

silversarina said...

faruha,

Nanti bila dah tua macam akak you pun akan jiwang jugak teringat kisah muda-muda...hehehe.


nbk466,

Laaaa tak balik-balik kampung lagi.... raya tahun ni raya lah kat kampung Sheffield tu :)

Ummi said...

Kak Rina, Wah.. mama bloggers ni kan semuanya product of usa lah .. he he he..mamarock, cikmilah, kak nurazzah8 and kak rina too.. wei dah tua dah kita ni.. first time menjejak kaki ke sana was 20+ years ago..

silversarina said...

ummi ,

ha ah agaknya ramai lagi bloggers yang dah 'matang' macam kita ...tak nak ngaku tua hehehe.boleh satu hari kita jumpa dan imbau kenangan lema masa muda belia dulu..kalau ke kamaman singgah lah rumah.

Neeza Shahril said...

Kak Rina, reason tak masuk sebab masuk tu tak buka lagi. since neeza and friends pergi DC tak lama, so we all kena rush. pergi State Tower lagi.. and other places. tapi tak ingat nama dah.. tapi memang banyak ambik gambar.. dengan patung bear besar kat toys store pun ambik gak... heheee

Tepat teknik dekat dengan Taman Perwaja tapi dia the other side. Gerai tu kalau dari Chukai memang right before Taman Perwaja.

INsyaallah.. kalau balik malaysia, neeza singgah Bukit Mentok... :)

silversarina said...

neeza,

DC esp di Smithsonian memang tempat tarikan pelancong dan Washington Monument tu nak naik berpusing-pusing kena berbaris...alahai rindunya pulak..

anti nak cari tepat teknik dan kedai satar tu, akak ni kalau dah suka satar che wan memang tak pernah cuba yang lain ... take care !!