Friday, February 29, 2008

Adakah anda berwajah Malaysia ????

Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia.





Walaupun begitu tidak semua manusia di dunia ini mengenali Malaysia dan wajah rumpun Melayu .



India





Indonesia




Pernah semasa di Jordan drebar taxi dengan yakin mengatakan Malaysia adalah di benua Afrika apabila ditanya di mana letaknya Malaysia. Pernah juga di Amerika Syarikat, mat saleh di sana masih tidak tahu Malaysia di mana namun bila dikatakan Malayisa jiran Singapura secepat kilat terus dia tahu lokasi tersebut.

Korea Selatan





China







Saya berkulit sawo matang dan telah disalah ertikan oleh ramai manusia terutama bangsa arab yang kurang pengetahuan amnya , bagaimana rupa dan wajah orang Malaysia.






Jepun





Saya pernah di katakan berasal dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Bangladesh, India, Jamaica , Jepun, Korea dan China.... hanya segelintir yang meneka saya dari Malaysia. Pelik kerana dari Jamaica ( kulit gelap) hinggalah China ( kulit putih) ditekanya asal saya.




Jamaica









Bangladesh




Anda pula bagaimana ??? Adakah anda berwajah Malaysia ???

Thursday, February 28, 2008

Kasihku tetap MEMBARA......

September 2005 tarikh bermula,
Foto wajah mu mama tatapi;
Perasaan gusar bercampur gembira,
Apakah ini benar bukannya mimpi ?

Azra itulah nama yang diberitahu,
Buah hati Zaid idaman kalbu;
Terkesima Mama bila dapat tahu,
Negeri Sembilan asal usul mu ( ??? ) .

Januari 2006 kita bersua sudah,
Bersalaman sambil bertentang mata;
Redup ayu wajahmu terserlah,
Tak sangka bijak Zaid dalam bab CINTA.

Berbulan sudah kita berkenalan,
Namun kata putus belum mama berikan;
Bukan tak setuju tapi sedikit kegusaran,
Usia muda masih jadi halangan.

Jun 2006 kita musafir bersama,
Bumi Turki kita jelajahi;
12 hari jalan , makan , tidur bersama,
Dirimu cukup untuk mama kenali.

Sebelum dirimu kembali ke Mu'tah,
Di bilik tidur atas kita bertemu;
Masih ingatkah Raja telah bertitah,
Yes, mama telah beri restu.

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Hugs Comments



Bermula sudah episod baru,
Mama mula mengenali dirimu;
Seluruh keluarga telah diberitahu,
Tentang bakal menantu berwajah ayu.

Lemah lembut gerak gerimu,
Ladylike, tak banyak bicara;
Mama pula terasa malu,
Mama ligat kalah orang muda.

April 2007 kami bertandang ke Mazar,
Cincin disarung tanda pertunangan;
Legalah mama tanda cinta benar,
Bukan hanya sekadar berkawan.

Julai 2007 pernikahan termaktub di bumi anbiya,
Sah lah sudah Azra menantu mama,
Airmata menitis tanda gembira,
Gusar jugak takut jadi monster mama.

Mama di sini kalian berdua di sana,
Rindu di hati kadagkala menjelma;
Namun mama tahu kalian bahagia,
Kalau Zaid buli cepat-cepat bagitau mama.

Anak atau menantu sama sahaja,
Kasih dan sayang tetap membara;
Semoga Azra dilimpahi RahmatNYA,
Menjadi insan solehah hendaknya.

Wednesday, February 27, 2008

Usia Bukan Ukuran............

Mampukah dia dengan usia dan kudratnya ?????

Klik di sini untuk mengetahui kisahnya....

Setelah membacanya , apa pandangan anda ???????

Tuesday, February 26, 2008

Sarapan Atau Tidak???

Dalam keluarga saya yang benar-benar bersarapan pagi cuma saya dan Maya, yang lain tak kisah samada bersarapan atau tidak dan kalau tidak 'dipaksa' mereka akan hanya makan pagi sekitar 10.30 - 11.00 pagi atau lain perkataan mereka akan 'brunch'.....

Saya hairan macamana kanak-kanak sekecil Mimi pun kalau tak dipaksa memang takkan bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Setiap hari saya akan pastikan dia akan makan walaupun sedikit dan menunya sentiasa saya ubah bagi memastikan dia akan makan . Makanan yang paling digemari adalah cereal dan susu dan cereal akan berubah-ubah dari corn flakes, cocoa crunch dan honey star.

Minggu ini dia tidak lagi mahu makan cereal dan nak tahu apa kegemarannya ????

Mungkin ada ramai yang tak kenal 'biskut lutut' ...... saya sekeluarga memanggilnya biskut lutut kerana bentuknya yang panjang macam lutut bayi . Biskut ini sedap dicicah dengan milo /kopi/ teh .Mimi memilih untuk mencicah biskut lutut ini dengan milo. Pelik pulak kami kerana 'budak arab' ( panggilan kami pada mimi ) pandai dan gemar pulak makan biskut lutut cicah milo.




Izzat kadang-kadang bersarapan dan kini bila dah pandai nak jaga body dia akan makan telur separuh masak dan akan bawa bekal yogurt dan cheese ( sekolah menyediakan breakfast dan lunch).




Pagi tadi saya bersarapan roti canai Geliga dan kuih lompang...janji saya bersarapan tak lewat dari 8 pagi kerana jika terlewat mulalah sakit gastrik menjelma......

Monday, February 25, 2008

Bacalah..........

Sejak mengenali internet saya amat jarang ke perpustakaan untuk melunaskan kegemaran membaca saya. Jika dahulu saya khaskan hari Rabu sebagai hari saya luangkan masa di perpustakaan awam daerah kini tidak lagi. Saya lebih selesa gunakan internet di rumah untuk membaca dan mencari bahan sebagai menambah ilmu pengetahuan serta melengkapkan hobi membaca saya.

Kini jika anak-anak bertanya satu perkara yang saya juga kurang pasti saya sarankan agar mereka merujuk kepada internet.

Walaupun begitu saya juga tidak terlepas dari 'terliur' apabila melihat buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku, kalau boleh mahu dibeli kesemuanya dan dibaca hari itu juga.


Setiap bulan saya cuba membeli dan membaca beberapa buah buku dari media cetak.
Bulan Februari ini saya telah sempat membaca tiga buah buku yang pada saya punya kesan tersendiri pada diri saya.






Growing Up in Terengganu oleh Awang Goneng yang puas saya mencari dari Kuala Terengganu (tersalah kedai ) hinggalah ke Kuantan masih tiada , saya ke MPH Shah Alam yang tinggal hanya sebuah yang ada di dalam simpanan cashier yang diminta simpankan oleh pelanggan yang akan datang petang nanti untuk membelinya..... saya ke MPH Alamanda, barulah terjumpa buku ini dengan kuantiti yang masih banyak... amat menghiburkan apabila membaca istilah bahasa tempatan/terengganu yang membuatkan saya seolah-olah hadir bersama pengalaman penulis yang kebanyakan scene nya adalah di Kuala Terengganu . Keturunan Al Yunani yang pernah saya dengar sebelum ini rupanya wujud sejak sekian lama.Selama ini saya ingatkan saya telah mengenali negeri serta warga Terengganu kerana telah mendiami negeri ini selama 19 tahun, namun apabila membaca GuiT baru dapat saya rasakan hakikat sebenar budaya serta kehidupan rakyat negeri ini yang unik yang amat jarang orang luar mengetahuinya.






Travelog HAJI..Mengubah Sempadan Iman oleh Prof.Dr Haji Muhd Kamil Ibrahim benar-benar telah menyedarkan saya betapa saya merindui untuk menjadi tetamu Allah yang selama ini saya hanya sempat mengerjakan umrah sebanyak dua kali namun belum berpeluang mengerjakan rukun Islam ke 5 ini. Buku ini ditulis dengan begitu mendalam bagaimana persiapan dan ujian demi ujian diterima sebelum melangkah kaki ke Baitullah. Tanpa saya sedari saya mengalirkan airmata beberapa kali terutama apabila membaca doa-doa yang diamalkan oleh penulis .Terasa betapa kerdil diri ini apabila berhadapan dengan pelbagai pengalaman dan segalanya dilihat sebagai motivasi oleh penulis demi membawa kehidupan yang lebih dinamis dan cemerlang bukan setakat jasadnya malah merangkumi aspek kerohanian setelah pulang mengerjakan ibadah haji..Saya berdoa semoga saya juga dapat menunaikan ibadah haji serta mengambil pengalaman penulis sebagai panduan dalam mendapatkan haji mabrur InsyaAllah.






Kaya Sebelum Miskin oleh Akhil Hayy & Razzi Armansur adalah sebuah buku berbentuk motivasi yang mengupas kekayaan diri yang dikurniakan secara semulajadi yang jika tidak dimanfaatkan akan dilihat sebagai kemiskinan yang sentiasa membelenggu diri sendiri. Pelbagai perkara dikupas dan disebut 2 jenis kekayaan... orang kaya yang majazi ialah miskin yang hakiki dan orang miskin yang majazi ialah orang kaya yang hakiki..(majazi=tak pernah cukup walaupun lebih dari cukup, hakiki=sentiasa cukup).
Tanpa mengira usia dan sejauh mana sibuk sekalipun , saya pasti kita semua dapat menambah ilmu dengan pelbagai kaedah dan yang paling utama ilmu itu memberi manfaat dalam kehidupan, InsyaAllah.... Bacalah.............

Sunday, February 24, 2008

Species Makin Membiak.& Harapan Kelip-Kelip

Semalam kami ke Kuantan untuk bertemu sahabat lama yang pulang bercuti dari KL .Sebelum bertemu Kak Ana serta suami kami sempat lunch di SR yang juga ada di KLCC dan beberapa bandar utama yang lain . Mungkin selera saya dan suami tidak seperti selera kebanyakan peminat SR yang rata-rata menjadikan restoran ini sebagai restoran kegemaran mereka. Terus terang saya katakan makanan di situ tidaklah sehebat mana dan antara banyak -banyak restoran yang pernah kami ziarahi, gred yang mampu saya berikan kepada SR tidak lebih dari 6 /10 .... selera kita semua berbeza......









Setelah makan , kami ke Megamall dan bertemu Kak Ana serta suami di sana. Telah lama tidak bertemu banyak perkara yang kami bincangkan. Kak Ana adalah senior saya yang menyambut ketibaan saya di Dulles Airport, VA 25 tahun lampau dan menjadi sahabat baik saya dari dahulu hingga sekarang.


Salah satu perkara yang dibincangkan termasuklah masalah guru ( kak Ana seorang pendidik ) yang malas dan tidak masuk kelas.



Spontan reaksi saya..



" Ada lagi cikgu malas masuk kelas ? "



Spontan pulak jawapan Kak Ana...



" Ada lagi you tanya..makin menjadi-jadi tau, terutama ustaz, ustazah tak pulak ..."



Saya bertanya soalan itu kerana semasa saya mengajar dahulu memang ada saja guru yang malas masuk kelas terutamanya guru lelaki.Rupanya masih ada lagi species guru sebegini yang bukan hanya mengkhianati etika perguruan malahan tambah lebih kronik kesannya bagi pelajar-pelajar yang sentiasa menanti didikan guru .




Sebelum berpisah sempat Kak Ana menyuarakan rasa selesa sekiranya kami dapat menjadi satu keluarga...dengan bermenantukan anak masing-masing... hahahaha....saya hanya mampu ketawa... kita mak ayah belum tentu dapat menyatukan anak-anak dalam bab cinta ini... segalanya terserah pada anak-anak jua..( bagi sayalah !! )







++++++++++++++++++++++++++++++++++++++






Selesai sudah penamaan calon......



Pagi lagi sudah bersedia...lepas hantar Mimi ke sekolah saya terus menuju di tempat penamaan calon.Tugas saya hari ini adalah menjadi jurugambar bebas.... Saya memakai baju yang warnanya tidak berpihak kepada mana-mana parti..saya pakai baju coklat dan tudung kuning/coklat muda.... nampak neutral kan ???








Kebiasaannya 2 parti yang akan berarak ke tempat penamaan calon dan mereka akan bergerak dan bertembung di tempat yang sama..tahun ini tidak begitu...PAS di sebelah kiri bangunan dan BN di sebelah kanan bangunan, penyokong-penyokong tidak bertembung seperti biasa . Saya 'tertipu' dengan kaedah baru ini. Saya 'terperangkap 'di celah-celah penyokong PAS dan untuk ke seberang kawasan BN adalah mustahil . Saya mohon juga pada polis dan FRU yang bertugas untuk lepas ke bahagian BN , mereka tidak memberi kebenaran. Saya kata saya hanya mahu mengambil gambar ( bukan wartawan berdaftar !! ), abang polis tetap tidak membenarkan saya menyeberang ke kawasan BN dan saya tidak punya kuasa kerana di tengah-tengah laluan diletakkan kawad duri dan dilapisi FRU , Jabatan Pertahanan Awam dan anggota polis ... Punah harapan saya untuk menjadi wartawan dan jurugambar bebas pagi ini...







Saya pun lepak-lepak sudahnya sambil ambil gambar di dalam kubu PAS dan terpaksa zoom in untuk dapatkan gambar kabur kubu BN..... Ada orang bertanya saya dari suratkhabar mana...Saya menjawab dari ...






akhbar tabloid KELIP-KELIP...... hajat tak kesampaian......

Saturday, February 23, 2008

Berani Macam Doktor !!

Peringatan: entry ini mengandungi gambar-gambar yang sedikit tidak selesa untuk dilihat...


Suatu masa dahulu saya dan suami pernah menanam cita-cita untuk menjadi doktor perubatan namun kerana kelayakan akademik saya tidak sampai tahap untuk ke bidang mencabar itu , maka saya hanya menerima tawaran menyambung belajar di negara polis dunia itu. Suami pula walaupun berkelayakan namun tawaran ke luar negara sukar dilepaskan begitu sahaja . Oleh itu cita-cita kami menjadi doktor tamat di situ sahaja.


Kami kemudiannya dikurniakan lima orang anak dan tanpa disangka anak kami yang ke 2, Safiyyah mula menunjukkan minat menceburi bidang perubatan semenjak kecil (anak yang lain takut darah) dan menjadi lebih ketara semasa di peringkat sekolah menengah. Walaupun dengan kelayakan akademik yang mencukupi namun dek kerana terlalu ramai pelajar yang amat cemerlang dengan tempat di bidang perubatan amat terhad, sofie hanya ditawarkan ke bidang kejuruteraan yang tidak diminatinya. Dengan sedikit rezeki yang kami ada kami kemudian menghantar sofie ke CSMU, Ukraine, satu-satunya University perubatan di Ukraine yang diiktiraf kerajaan Malaysia dan MMC.




Walaupun Sofie bertubuh kecil (ramai yang menyangka dia masih di sekolah rendah / menengah ) namun tak siapa sangka dia ni kecil-kecil cili padi...walaupun kecil dia amat berani. Dari kecil sofie bersikap berani mencuba dan dialah anak saya yang agak nakal semasa kecil.Pernah saya 'kurung' dia di luar beranda rumah kerana tidak pulang ke rumah tepat waktunya (6.45pm) , malam itu dia solat dan duduk seorang diri di beranda rumah.Dia tidak menangis waktu itu tapi lepas tu dia tidak buat lagi .





Sifat beraninya terbukti bila dia menceburi alam pengajian perubatan dengan mayat manusia seolah-olah menjadi rakan seharian. Menurutnya, di kampus mayat-mayat diletakkan di dalam sebuah kolam dan setiap group akan 'menggunakan' mayat tersebut untuk tujuan pembelajaran. Selain itu organ dalaman diletakkan di dalam sebuah baldi dan organ yang dipelajari untuk hari itu akan diambil dari bekas berkenaan.




Semasa saya ke Mesir tahun lalu saya sempat berjumpa rakan karib Sumayyah iaitu Saffaa pelajar perubatan di sana yang mengatakan pelajar perubatan di Mesir ada yang membeli mayat dan anggota badan manusia dan disimpan di rumah masing-masing termasuk diletakkan di bawah katil untuk di analisa dan dipelajari.Tak dapat saya bayangkan tinggal bersama mayat dalam sebuah rumah. (pembetulan oleh saffaa.. beli tulang dan tido dengan tulang , bukan beli the whole body !! ).





Apapun saya selalu mengingatkan Sofie agar meletakkan niat belajar apabila membelah dan menganalisa mayat-mayat tersebut dan jangan sekali-kali mengata atau menghina mayat tersebut .

Semoga anak mama berjaya di bidang yang dipelajari dan menjadi seorang doktor yang berwibawa dan solehah , InsyaAllah.

Friday, February 22, 2008

Siapa Wakil Rakyat Anda ????

Sepanjang minggu ni dah naik muak bila tonton TV dan dengar radio, tak de bab lain selain hal calon-calon pilihanraya umum ke 12. Pelik tu rupanya ramai yang mahu bertanding untuk menjadi wakil rakyat . Ramai yang menawarkan diri menabur bakti kepada masyarakat dan rakyat negara tercinta.






Mungkin bagi saya yang hanya menjadi seorang warganegara yang layak mengundi, tidak dan tidak akan bercita-cita menjadi wakil rakyat mahupun isteri kepada wakil rakyat. Jawatan yang pada saya amat rumit dan memerlukan komitmen yang melebihi 400% dari kehidupan seharian dan bukan mudah untuk memuaskan hati semua ahli masyarakat. Seorang wakil rakyat dan keluarganya akan diperhati dan diteropong bukan hanya dengan mata kasar malah lebih dari itu, sampai ke tahap diteropong dengan mikroskop dan teleskop dan pelbagai skop lagi. Sedikit kesalahan akan cepat menjadi besar dan tersebar ke seluruh pelusuk negara. Seolah-olah seseorang wakil rakyat dimestikan menjadi bebas dari kesilapan dan dosa yang memangnya mustahil sama sekali.






Sedikit peringatan bagi diri saya sendiri agar tidak mudah menuding jari kepada wakil rakyat jika sebarang perkara itu tidak menepati kehendak diri saya sendiri kerana saya perlu sedar bahawa seorang wakil rakyat seperti manusia lain juga yang punya kelemahan dan kekurangan. Dalam pada yang sama saya haruslah bijak memilih wakil rakyat yang lebih berwibawa dan lebih menyerlah dalam membawa keharmonian dalam dunia dan akhirat bukan setakat dunia material semata-mata.Seorang wakil rakyat bagi saya adalah seorang yang sanggup berjuang jiwa dan raga menuju ke arah yang satu , redha Ilahi matlamat diutamakan dari segalanya, InsyaAllah.


biskut semperit pertama saya yang dibuat semalam... jemputlah 'makan' sambil fikir-fikirkan hal wakil rakyat...


Marilah semua pengundi kita fikirkan sejenak, wakil rakyat manakah yang mahu kita jadikan wakil kita ...renung dan fikirkanlah, undi adalah hak anda, tiada siapa dapat merampasnya......

Thursday, February 21, 2008

Wo Ai Ni Beijing...

( Nak lari dari kekalutan calon-mencalon PU12.... jom kita melancong !!! )

This Beijing trip took place in 2005 ....... 20 of us altogether with 13 from Kemaman boarded the Singapore Airlines and six hours later we reached Beijing.

Miss you all.... Beijing Tour Jun 2005



summer palace

pearl factory

Beijing is the capital of China and the second largest city after Shanghai. It is also a vibrant city of 15 million inhabitants that is rich in culture and history. We had a wonderful experience visiting various historical and famous tourist spots all around Beijing in a week. Muslim tour package brought us to a few old mosques and muslim restaurants mostly of uzbek cuisine.


inside the Forbidden City



Forbidden City Entrance

The Great Wall of China


The Great Wall... top view...


The Summer Palace


We were first brought to the government owned factories of herbs , jade, tea,crystal , pearl, enamel and silk where we could view how those things are made and of course we could purchase them( they are much more expensive here , wait until you get to the shopping complex to shop !! ). Then only we were brought to all those fantastic tourist spots like the Tiannamen Square, Forbidden City, Summer Palace, Great Wall, Old Beijing, Acrobatic & Shaolin Show, a few shopping Complexes ( shop till you drop !! ), Beijing Tunnel , Massage parlour and a day was spent in Tianjin another large city in the southeast of Beijing where we visited the heritage market.


The Crystal Ball, Crystal Factory

Yummyyy... makan besar........




Massage..eeeiiiii gelinya kaki.....

The Forbidden City, called Gu Gong in Chinese, was the imperial palace during the Ming and Qing dynasties. Now known as the Palace Museum, it is to the north of Tiananmen Square. Rectangular in shape, it is the world's largest palace complex and covers 74 hectares. Surrounded by a six meter deep moat and a ten meter high wall are 9,999 buildings. The wall has a gate on each side. Opposite the Tiananmen Gate, to the north is the Gate of Divine Might (Shenwumen), which faces Jingshan Park. The distance between these two gates is 960 meters, while the distance between the gates in the east and west walls is 750 meters.

Got this name calligraphed in Tianjin, China..... ( Sumayyah )


The Summer Palace is mainly dominated by Longevity Hill (60 m high) and the Kunming Lake. It covers an expanse of 2.9 square kilometers, three quarters of which is water. In its compact 70,000 square meters of building space, one finds a variety of palaces, gardens, and other classical-style architectural structures.

Izzat.... I love this calligraphy


The Great Wall of China, one of the greatest wonders of the world, was enlisted in the World Heritage by UNESCO in 1987. Just like a gigantic dragon, the Great Wall winds up and down across deserts, grasslands, mountains and plateaus, stretching approximately 6,700 kilometers (4,163 miles ) from east to west of China. With a history of more than 2000 years, some of the sections of the great wall are now in ruins or even entirely disappeared. However, it is still one of the most appealing attractions all around the world owing to its architectural grandeur and historical significance.


Tianjin is one of the four municipalities in China. Its name means 'the place where the emperor crossed the river'. In recent years Tianjin has received more and more attention from both tourists at home and abroad due to its numerous travel resources and rich history.

Beijing in 2005 was extremely busy with the 2008 Olympic preparation with a new airport and stadium were still under constructions.



Our Beijing trip was absolutely a trip of a lifetime , full of superb heritage values and full of sweet everlasting memory.............

( I highly recommend you to visit Beijing /China .... AMAT BERBALOI !! )