Telah lama saya cuba menahan diri dari menulis tentang kehilangan adik Syarlinie bukan kerana tidak prihatin tapi saya tidak dapat menahan sebak dan sayu serta geram apabila mengenang kisah sedih ini.
Satu persoalan yang sentiasa bermain di dalam benak fikiran saya adalah...
Mengapa dia diculik ??? Apa yang penculik mahu dari adik yang malang ini ???
Pelik bila difikirkan telah hampir 2 bulan dia diculik namun tiada tanda-tanda dia akan dipulangkan atau ditemui .
Saya dapat bayangkan betapa hiba dan kecewanya hati ibu dan bapa syarlinie yang sentiasa menanti kepulangan anak tersayang. Tak tertahan melihat setiap hari ibu syarlinie merayu agar penculik memulangkan kembali anaknya...Sayu..sungguh sayu...
Saya pernah hampir kehilangan anak saya yang pertama Zaid semasa dia berumur 19 bulan dan ini yang menyebabkan saya begitu takut dan gementar bila ada kes-kes kehilangan anak .
Kisah Zaid hampir hilang ini berlaku dalam tahun 87 di bandar Reading, Pennsylvania , AS . Pagi itu kami berkonvoi dari Washington DC ke Philadelphia untuk menziarahi keluarga senior yang berpindah ke sana dari DC dan setelah selesai semuanya kami semua bergerak ke Reading sebuah bandar kecil yang menempatkan pelbagai factory outlets dari pelbagai jenama barangan.
Bila kami tiba di outlet OshKosh B'Gosh ( jenama pakaian kanak-kanak terkenal ) dan tak sampai 5 minit kami di dalamnya, saya dapati Zaid telah tiada sedangkan baru sebentar dia ada di sebelah saya ( saya mendukung Sofie ). Saya panik dan sahabat-sahabat semua diberitahu tentang kehilangan Zaid. Airmata saya terus turun dengan laju kerana saya amat takut perkara ini berlaku kerana di AS saban hari kanak-kanak diculik dan hilang dan gambar mereka yang hilang akan ditampal di kotak-kotak susu, di perhentian bas, di atas karung kertas grocery.
Kami mencari di sekitar dalam outlet itu sendiri dan sebahagiannya mencari di luar. Habis di seluruh setiap helai pakaian kami geledah namun Zaid tidak kelihatan dan sudah puas kami memanggil namanya namun tiada jawapan ( bayangkan dia masih kecil yang belum berapa tahu bercakap dan berjalan pun belum berapa laju lagi waktu iti ). Saya tak berhenti menangis dan hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya waktu itu. Tak henti saya berdoa agar Allah mengembalikan semula anak saya .... Sayu dan hiba waktu itu, rasa bagai nak rebah saya dibuatnya.....
Tiba-tiba .....
"mama,mama..." suara Zaid kedengaran dan dia muncul dari celah-celah pakaian yang digantung .
Saya terus menjerit dan memeluk erat Zaid dan kami masing-masing terus bersorak gembira kerana rupanya dia masih ada di dalam kedai itu dan kini dia kembali muncul di hadapan kami semua.
Perkara ini telah lama berlaku , namun satu yang masih menjadi tanda tanya ialah macamana Zaid boleh berada di celah-celah pakaian tersebut kerana kami telah geledah di situ lebih dari sekali dan kami yang mencari Zaid berjumlah hampir 15 orang ( 4 buah kereta )... Saya serahkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui....
Kesimpulannya, kehilangan anak atau insan tersayang adalah sesuatu yang amat menyayat hati...
Saya sama seperti ibu Syarlinie merayu kepada sesiapa yang telah menculik kanak-kanak ini, pulangkanlah semula Syarlinie ke pangkuan keluarganya.
Ya Allah , kembalikanlah keharmonian dan keselamatan dalam kehidupan seharian kami. AMIN.
Wednesday, February 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Salam ..
pB pun pernah gak 'kehilangan' Nurin.
Masa tu kami dok meronda kat JJ IOI.
Ingatkan si kakak kakak dok jaga si adik.
Si kakak kakak ingat adik ada dengan mama.
Mama ingat si adik ada dengan abah.
Nasib baik ler org yang jumpa Nurin tu hantar Nurin ke kounter pertanyaan.
Gabranya hanya Allah sahaja yang tahu ...
Kak Rina,
Ummi pun sedih memikirkannya tapi tak tergamak nak menulis entry pasalnya sebab jauh disudut hati boleh merasai penderitaan yang dirasai oleh keluarganya.
pb,
kadangkala semuanya berlaku begitu pantas, tanpa disedari dan seolah-olah ianya macam mimpi. Alhamdulillah kita jumpa kembali mereka, memang rezeki nak jumpa kembali.
Thanks for dropping by.
ummi,
Itulah yang akak rasai, sedih teramat sangat ingatkan macamanalah syarlinie sekarang...
Selamatkan lah dia, Ya Allah.
Kak Rina,
Kat USA ni, memang ramai bebudak hilang everyday... especially budak perempuan umur 4 ke atas... Cath pun takut sangat dengan si minah Annabel tu... Tapi dah seribu kali pesan, jangan berbual or ikut orang yang tak kenal... She is a smart girl and we trained her well not to talk to stranger and scream or run if anything happen.
Sarina, mak teh ni dah berumur dan ramai anak. Jadi pengalaman dah banyak juga serta pengamatan lebih tajam. Kadang-kadang di shopping kompleks mak teh nampak parents muda amat tak tahu menjaga anak-anak. Kadang-kadang mak teh tegur juga, tetapi selalunya mak teh diam tengok sajs sebab takut orang muda kata kat mak teh orang tua menyebuk!
Dulu semasa kelingan Nurin mak teh dah smskan kepada OO perkara tips menjaga anak agar selamat tak kehilangan, begini:
1) Awas anak-anak sentiasa dan jangan biar kemana-mana tanpa orang dewasa.
2) Jangan pakaikan anak-anak barang kemas atau apa-apa yang berharga.
3) Jangan dressed up anak-anak saperti bermake-up dan berpakaian orang dewasa
4) Ajar anak-anak berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali dan orang yang kita tidak boleh percayai.
5) Beritahu anak-anak bahawa bahagian sulit mereka hanya ibubapa atau doktor bersama ibubapa sahaja yang bolih lihat.
6) Berdoalah setiap hari anak-anak kita sentiasa selamat dipelihara Allah dari segala bahaya.
Rina...betul tu ...tak dapat kita bayangkan perasaan ibu Sharlinie tu...sebab kak lady pun pernah kehilangan Farhan semasa di kecik dulu...tu pun sekejap aje...punya lah macam nak pengsan dibuatnya...hilang plak kat jeti di Kuah Langkawi...dah lah orang dok takut2kan ...dah dekat ngan Thailandlah...nanti orang colek..potong tangan kaki buat mintak sedekah...menangis2 nenek dia...
Semoga Sharlinie akan dipulangkan kepangkuan keluarga dgn selamatnya...
Amiin...doa dari kita semua...
i lost mikey in masjidilharam...saya cuma redha supaya dia dijumpai. Alhamdulillah, tuhan tu kaya. i think that was the longest 15 minutes in my entire life!
zar pun sama jugak, tak mahu menulis tentang kehilangan, bukan sebab tak prihatin tapi not words can describe perasaan tu..
Bila anak dah sekolah lagi debuk debak jantung zar sebab dia dah jauh dari pengawasan, hanya pesan dan doa aje, supaya terlindung dari segala musibah
neeza selalu imagine, kalau lah anak neeza yang hilang, rasanya takde apa yang boleh buatkan neeza senyum lagi. sebab tu lah kalau dirumah, neeza lebih rela dia lintang pukang dalam rumah dari dia main kat luar. kalau ada orang jaga, takpe lah main kat luar.
kalu pergi shopping complex beli baju, kalau nak masuk fitting room, anak2 mesti make sure husband jaga. tak pun dia masuk skali.. hehee
orang yg culik nurin ni mesti tak pernah merasa kehilangan anak ataupun memang takde hati perut..
chek pun pernah hilang anak kat dept store dulu. masa tu my 2nd doter was about 4-5 yrs old kut. masa tu tgh mega sale, orang mmg ramai giler. dekat 10-15 minit jugalah pusing satu dept carik dia sambil terjerit2 panggil. masa tu dah tak reti malu dah. rupa2nyer dia menyorok kat celah2 baju, main nyorok2 ngan kakak dia. sib baik dia duk kat situ tak pegi mana2 carik we all...phewww! the longest 15 minutes of my life.
hari2 chek dok teringat kat sharlinie ni. orang sana sini sibuk dok ngan pilihanraya tapi chek tak amik pot pun. sokabar/tv pun dah citer pasal budak nih. heran, budak ni macam ghaib terus.
hanya simpati yg boleh dihulur kpd ibubapa sharlinie. pasrah aje dgn ketentuan ilahi...
cath,
bagus kalau diajar dan dinasihatkan supaya berhati-hati dengan strangers kerana kita tak dapat nak memantau mereka 24jam apabila mereka telah mula bersekolah.
mak teh,
setngah ibubapa amalkan dasar memberi kebebasan pada anak-anak sejak mereka kecil lagi, tapi kalau jadi apa-apa mulalah gelabah , saya heran ada anak-anak kecil jalan sorang-sorang pergi kedai, kita pulak yang risau, mak dia selamba je. Rasanya kalau mak teh tegur pun tak pe sebab memang perlu diingatkan ibubapa yang macam ni .
kak lady,
agakanya kita semua pernah alami pengalaman anak hilang dari pandangan dan tau macamana perasaan gementar nya waktu tu.
mama rock,
I faham macamana you rasa, macam nak gila dibuatnya , semua perkara buruk tergambar dalam kepala waktu tu.
zareda,
Bila anak dah keluar bersekolah dan dah ada sosial life di kalangan rakan-rakan, kita kena pantau walaupun tak 24jam, namun doa sentiasa diiringi agar mereka sentiasa selamat, InsyaAllah.
neeza,
Doalah agar tak hilang anak walaupun sebentar memang rasa bersalah teramat sangat dan kalau boleh biaralah semua nya itu hanya mimpi ngeri .
kc,
you pun pernah hilang anak ye, mesti dah tau apa perasaan ibu syarlinie yang lagi hebat dugaannya, anak yang dinanti tak kunjung kembali ke rumah.. sedihnya :(
Post a Comment