Sunday, February 24, 2008

Species Makin Membiak.& Harapan Kelip-Kelip

Semalam kami ke Kuantan untuk bertemu sahabat lama yang pulang bercuti dari KL .Sebelum bertemu Kak Ana serta suami kami sempat lunch di SR yang juga ada di KLCC dan beberapa bandar utama yang lain . Mungkin selera saya dan suami tidak seperti selera kebanyakan peminat SR yang rata-rata menjadikan restoran ini sebagai restoran kegemaran mereka. Terus terang saya katakan makanan di situ tidaklah sehebat mana dan antara banyak -banyak restoran yang pernah kami ziarahi, gred yang mampu saya berikan kepada SR tidak lebih dari 6 /10 .... selera kita semua berbeza......









Setelah makan , kami ke Megamall dan bertemu Kak Ana serta suami di sana. Telah lama tidak bertemu banyak perkara yang kami bincangkan. Kak Ana adalah senior saya yang menyambut ketibaan saya di Dulles Airport, VA 25 tahun lampau dan menjadi sahabat baik saya dari dahulu hingga sekarang.


Salah satu perkara yang dibincangkan termasuklah masalah guru ( kak Ana seorang pendidik ) yang malas dan tidak masuk kelas.



Spontan reaksi saya..



" Ada lagi cikgu malas masuk kelas ? "



Spontan pulak jawapan Kak Ana...



" Ada lagi you tanya..makin menjadi-jadi tau, terutama ustaz, ustazah tak pulak ..."



Saya bertanya soalan itu kerana semasa saya mengajar dahulu memang ada saja guru yang malas masuk kelas terutamanya guru lelaki.Rupanya masih ada lagi species guru sebegini yang bukan hanya mengkhianati etika perguruan malahan tambah lebih kronik kesannya bagi pelajar-pelajar yang sentiasa menanti didikan guru .




Sebelum berpisah sempat Kak Ana menyuarakan rasa selesa sekiranya kami dapat menjadi satu keluarga...dengan bermenantukan anak masing-masing... hahahaha....saya hanya mampu ketawa... kita mak ayah belum tentu dapat menyatukan anak-anak dalam bab cinta ini... segalanya terserah pada anak-anak jua..( bagi sayalah !! )







++++++++++++++++++++++++++++++++++++++






Selesai sudah penamaan calon......



Pagi lagi sudah bersedia...lepas hantar Mimi ke sekolah saya terus menuju di tempat penamaan calon.Tugas saya hari ini adalah menjadi jurugambar bebas.... Saya memakai baju yang warnanya tidak berpihak kepada mana-mana parti..saya pakai baju coklat dan tudung kuning/coklat muda.... nampak neutral kan ???








Kebiasaannya 2 parti yang akan berarak ke tempat penamaan calon dan mereka akan bergerak dan bertembung di tempat yang sama..tahun ini tidak begitu...PAS di sebelah kiri bangunan dan BN di sebelah kanan bangunan, penyokong-penyokong tidak bertembung seperti biasa . Saya 'tertipu' dengan kaedah baru ini. Saya 'terperangkap 'di celah-celah penyokong PAS dan untuk ke seberang kawasan BN adalah mustahil . Saya mohon juga pada polis dan FRU yang bertugas untuk lepas ke bahagian BN , mereka tidak memberi kebenaran. Saya kata saya hanya mahu mengambil gambar ( bukan wartawan berdaftar !! ), abang polis tetap tidak membenarkan saya menyeberang ke kawasan BN dan saya tidak punya kuasa kerana di tengah-tengah laluan diletakkan kawad duri dan dilapisi FRU , Jabatan Pertahanan Awam dan anggota polis ... Punah harapan saya untuk menjadi wartawan dan jurugambar bebas pagi ini...







Saya pun lepak-lepak sudahnya sambil ambil gambar di dalam kubu PAS dan terpaksa zoom in untuk dapatkan gambar kabur kubu BN..... Ada orang bertanya saya dari suratkhabar mana...Saya menjawab dari ...






akhbar tabloid KELIP-KELIP...... hajat tak kesampaian......

20 comments:

Mak Teh said...

Sarina, he,he,he! Dah dapat kerja baru ye? Wartawan akhbar kelip-kelip! Mak teh baru nak apply, boleh kah?

aNIe said...

Heheheh...nak tergelak kak lady...
Wartawan tabloid kelip2? Camaner boleh terkeluar perkataan kelip2 tu pulak rina?

silversarina said...

mak teh,

Kerja suku masa, syok sendiri... baru nak stat dah di'pancung' abang FRU..hehehe.



kak lady,

kelakarkan, tak dapat peransang langsung dari pihak keselematan pada wartawan tak bergaji ni... kelip-kelip tu ada kisah di sebaliknya..nanti kalau lapang saya tulis entry tentang kelip=kelip tu :)

NorAiniJ said...

Oh.. reporter dari kelip-kelip ye Kak Sarina nih :D Boleh2..ada gaya and kebolehan..

BTW, you've been tagged sista. Once you are up for it, in between your blogging/blog-hopping, pls refer to my page for the details.

Neeza Shahril said...

bagus lah kak Rina ni.. dapat kami tengok gambar free.. heheee..

SR tu kan, pada neeza tak lah best mana pun sebenarnya. cake dia pun okay okay aje. neeza tak kempunan kot tak makan cake SR sebab rasanya banyak tempat lain yang lebih sedap lagi.. heheee.. sure marah fanatic SR

pasal jodoh tu kan, pada neeza biarlah diorang yang tentukan. kalau mak ayah yang sibuk2, nanti anak anak tak suka, kan susah. Lagipun berbesan dengan kawan ni masalah sikit. Nanti kita bergaduh dengan kawan sebab anak2.. hehee.. itu pendapat neeza la kan (walaupun anak neeza baru lah darjah 2 yang sulung heheheeee..)

Sue.Aleen said...

kak rina,
SR (my initial.. hihi) tu steven sim punya.. fam biz. ore kelate! i'm not one of the fanatic. but my former office, yes. asal ada bday celeb je mesti beli SR punya. tp SR tlh menyebabkan saya belajar wat ciskek sdri sbb nak beli yang ready made mahal ya amat. cenonet lak tu.. puas buat sdri.

saya pernah pergi sekali penamaan calon. pakai baju biru, daun hijau bunga pink, tudung pink (tak tahulah ni sokong yang mana.. hehehe). saya dok kat dlm kelompok student IPT yang tuang kelas semata-mata nak join election process...

Sue.Aleen said...

cite bab guru.. kakak saya yang sulong cikgu, gitu jugak pakcik saya (dah bersara). memang minat abih bukan join sebab tak de keje. tu sebab dia orang berdua ni kalo jumpak asyik dok cite pasal sikap guru2 generasi baru ni. buat keje sambil lewa & x minat kata depa.

personal opinion... kalo peringkat guru dah buat hal, macamana anak murid tak ikut. tu sebab bebudak sekarang ni lain macam je...

Kak Elle said...

rina tak bolih komen tentang guru2 tu pasal saya org luar:)

wah dah jadi wartawan tabloid kelip2 pulak...hehe
nak juga dengar asal usul nya...

anak2 skg semua ada pilihan masing2 kan Rina byk yg tak perlu di-jodohkan ibu bapa kalau ada pun mungkin minority.

ummu al hanafi said...

hehehe...
kak sarina...
sy ingatkan, klu sy balik malaysia xde kerja, boleh tak nak keje dgn akhbar tabloid kak rina tu..
kelip-kelip!
kahkahkahkahkah!!!!
apapun...syabas!!!!
thanks for d pictures
:)
:)

Anonymous said...

Itula.. tak de kerja cari kerja...Thanks for the lively great pictures! Kat paper lain tak dapat nih!
Dahsyat SR ni, pekan kecil kat Kedah sprt Kulim dan Jitra pun dah ada SR. Personally, saya cuma suka, banana choc. cake nya saja. Puas mencari/membega resepi, belum dapat rasa macam tu!

Anonymous said...

Pasal cikgu ponteng ni, memang kes berat. Macam tu punya bagus kenaikan gaji pun masih membiak jugak penyakit malas mereka tu?

zino said...

bagus jugak ada wartawan kelip kelip ni ya hehe.. dapat juga zino tengok kemeriahan penamaan calon kat ganu hehe

silversarina said...

nj,

Nak meriahkan lagi hari penamaan calon sebenarnya yang buat akak jadi wartawan dan photographer.. hehehe.

nanti akak tengok tag apa tu...

kep on blogging dear !!


neeza,

Akak tak letak nama penuh SR tu takut peminatnya marah ..hehe.

Betul cakap neeza tu. akak pun kalau boleh biarlah anak-anak yang buat pilihan sendiri sebab ini soal cinta ,perlu ada feeling dan pelbagai perkara lagi. kalau kita mak-mak memang baik tapi anak/menantu buat hal, nanti naya pulak .



suealeen/SR,

Memang asalnya SR ni kedai kek sebab itu keknya dikira sedaplah .Bagus jugak dijadikan motivasi untuk buat kek sesedap itu.Bolehlah jual pulak kek SR nanti :)

Cikgu yang dulu mereka memang begitu dedikasi dalam mendidik tapi bila dah ada yang kerha cikgu sebab dah tak de kerja lain , itu yang bagi masalah pada sistem pendidikan negara.. mengajar tanpa ada 'roh' , rosak dibuatnya.

silversarina said...

kak elle,

Bab cinta biarlah anak-anak pilih sendiri tapi kena pantau jugak takut tersalah pilih...

kalau nak guna wartawan kelip-kelip untuk buat liputan di Sg silalah contact saya ye...:)



ummualhanafi,

Boleh aja, akhbar akan buka cawangan di merata pelusuk dunia, nak jadi regional manager kat saudi pun boleh....kena lulus interview dulu..hehehe.

silversarina said...

cikmilah,

oooo sebab tu SR masih lagi jadi pilihan ramai sebab keknya yang yummilicious...


Akak heran , kerja yang mulia macam tu masih ada insan yang nak menodainya, sayang :(



zino,


Meriah sungguh kat ganu ni..malam-malam lagi meriah ,tapi wartawan kelip-kelip tak kerja malam sebab power dan permit kelip-kelip tak cukup untuk liputan malam :P

Anonymous said...

mana2 pun sama rupanya ye. wife saya kat sekolah dia ada sorang ustaz dengan ustazah aje. wife saya selalu bising, si ustaz nie malas masuk kelas, asyik suruh wife saya ganti, macam nak buli plak sebab orang baru. bila saya tengok muka ustaz tu menyirap aje pulak darah, buat malu kompeni betul.

psstt...me & wife not ustaz n ustazah ya! pembetulan :)

MAMAMIA said...

Kak Rina,

Saya cuma suka kek SR. Kalau terpaksa pergi situ, saya cuma tolong habiskan apa2 yg anak2 tak habis makan. Saya sendiri tak order....

Macamana boleh minat nak buat coverage pilihanraya ni?

silversarina said...

babazahra',

Macaman nak ditingkatkan reputasi ustaz??? pelik tapi benar, ilmu banayk tapi malas nak luahkan... bagi ustazah memang amat cemerlang.

harap Ustaz dan ustazah sihat sentiasa...heheh :)


mamamia,

kek SR memang sedap, menu yang lain kurang , bagi akaklah.

saja nak buat sesuatu untuk simpanan rekod sendiri, tengok macamana orang penuh bersemangat untuk mengundi.

maklang said...

semalam semua nya besarkan cuping telinga nak dengar keputusan...maklang dengar cerita dari kawan2 aje!

silversarina said...

maklang,

ooo ada jugak yang pergi kemaman semalam ye.. meriah jugak .