Persembahan mantap dari Ustaz Aqil..visual kurang jelas sebab diambil dari jauh...
Malam tadi selepas selesai konsert saya ke belakang pentas bertujuan berjumpa dan bertanya khabar serta mengambil gambar ustaz Aqil sebagai kenangan. Namun kami hanya sempat bergambar tanpa dapat berbual walau sebentar kerana dikerumuni peminat-peminat untuk mengambil tandatangan /autograph serta bergambar.Saya bernasib baik kerana mengenali body guard yang bertugas dan diberi laluan untuk mengambil gambar ustaz tanpa halangan.
Izzat dan maya bergambar bersama Ustaz....di belakang pentas....
Selesai bergambar tiba-tiba muncul di hadapan saya anak-anak buah pentomim saya yang telah sekian lama tidak saya temui. 4 dari 9 dari ahli kumpulan hadir bersama malam tadi sebagai penonton. Secara kebetulan mereka ada di kemaman kerana bercuti...Adi dan Khairi kini bertugas sebagai bilal di masjid di sini dan juga sebagai wiremen(lepasan politeknik ) , Manan kini bertugas di pelantar minyak dan baru dua hari pulang bercuti di darat dan Fauzi masih menuntut di salah sebuah IPTA tempatan dan juga pulang bercuti pertengahan semester. Saya begitu gembira bertemu mereka semula setelah kami berpisah lebih dari 3 tahun dan kali terakhir persembahan pentomin kami adalah dalam tahun 2004 setelah masing-masing membawa haluan masing-masing meneruskan cita-cita .
Saya , Izzat, Manan, Khairi, Fauzi dan Adi...anak-anak buah pentomin di atas pentas...
Sebelum berpisah Manan sempat berkata...." Kak Ina, kita tubuh kumpulan drama baru...." .........yang pada saya sukar direalisasikan ketika ini kerana masing-masing kini punya tanggungjawab tersendiri dan bukan mudah menyiapkan sebuah drama/pentomin .Satu pentomin yang hanya 15 minit mengambil masa 2 bulan untuk berlatih dengan 3 jam setiap hari dan selalunya dilakukan di sebelah malam.Ini kerana drama/pentomin adalah dipersembahkan secara live di hadapan penonton sama seperti persembahan teater.
Sesungguhnya pertemuan di konsert Maal Hijrah malam tadi telah benar-benar membawa saya kembali ke zaman yang begitu indah yang sukar dilupakan, InsyaAllah.
19 comments:
Salam.
Saya suka lagu-lagu Ustaz Akhil Hayy tu. Suaranya tak berubah kan, sama macam masa dia nyanyi lagu-lagu rock kapak dulu-dulu.
Alhamdulillah.
Betul tu, suara dia sama dengan pitchnya yang tinggi.Kalau dengar cd dan dia menyanyi live tak de beza.
maaf saya tak kenal Ustaz Akhil Hayy tapi mesti best kan dapat bertemu semula:)
Dia ni bukan saja pandai menyanyi tapi jugak menyampaikan ceramah agama , seronok sangat dapat berjumpa :)
saya pun minat tgk you-tube video ustaz akil tu....hebat suara dia.
bercreative ke jalan Allah.
idham
Wah! bestnya.. meriah
idham,
You pun suka dengar lagu dia ye...memang sedap suaranya .
zlaa,
sungguh meriah , nak-nak bahang pilihanraya makin terasa, penuh lautan manusia, ustaz akil kata 300,000 penonton malam tadi...heheheh.
Saya pasang lagu2 dia sepanjang perjalanan pergi-balik kerja. Powerful voice, segar dan menginsafkan.
Nampaknya mak teh ni dah teramat ketinggalan zaman.Tak kenal pun ustaz yang menyanyi ni melainkan pernah ternampak satu article mengenainya dalam majallah Anis. Mak teh tahu lagu saloma/p ramlee dan zaman pop yeh yeh je.
Baguslah kalau anak-anak muda bernasyid sambil berdakwah!
kalo betul u jadik berlakon drama, konpem i beli tiket!
memang sedap suara Ustadz tu kan...
maklang ni banyak tertinggal N3..kena kada' ni...wiken ni agaknya rumah maklang penuh.
Zino InsyaAllah akan sampai hari Sabtu..makan tengahari, rina nak join sekali?
tak pernah dengar jagi ceramah ustaz ni..
cikmilah,
Syahdu dan tenang je suara dia dia ni nampak macam pendiam tapi kelakar sebenarnya :)
mak teh,
OOooo mak teh dan pak aji mesti romantik macam P Ramlee and Saloma...hehehe .
salah satu cara berdakwah kepada golongan remaja adalah melalui seni hiburan Islam.
kc,
you kena ambik alih, dah cuti blogging bolehlah ganti jadi pengarah..I sediakan pelakonnya . kalau you nak jadi ambik watak ustazah boleh jugak :P
maklang,
I tak pasti berjalan ke tak cuti ni..selamat bermesra dengan para tetamu :)
zino,
banyak ceramah dia dalam youtube dan cd nasyid dia banyak di pasaran.
suka juga ceramah Ustaz Akhil Hayy ni... cara penyampaiannya menarik... :D
kak Rina, neeza pernah dengar pasal Ustaz Akil ni. Mak neeza cerita. Ustaz yang dulunya rockers kini berdakwah. tapi tak pernah jumpa and dengar suara dia..
kak Rinah dulu teacher ke? camana boleh ajar pentomin pulak? neeza minat gak benda2 gitu.. tapi jadi pelakon je la.. bukan cikgunya.. heheee
sastri,
Ramai orang muda yang gemar cara penyampaian usataz akil. Orang tua pun suka sebab cara dia bersahaja je.
neeza,
akak memang bekas guru dan bab mengarah drama memang sejak dari sekolah menengah akak minat .Akak dulu selalu terlibat dengan kursus motivasi remaja dan satu ketika kami merasakan dengan cabang seni remaja akan minat menyertainya. Bermula dari situ tertubuhlah kumpulan pentomin ni...akak nak jadi heroin tak layak, layak di belakang tabir je... nanti kalau akak nak buat drama baru boleh lah akak ambik neeza jadi heroinnya..:)
tajuk drama..
"Demamku Dingin Di Dammam"..
amacam ?????
hahahaaa!!! lawak lawakk.. nampak sangat neeza ni tak abis demam kan.. heheee.. kak Rina guru sek. mana dulu?? entah2 ex teacher my adik2 kot... :)
neeza,
Harap dah baik demam .
Akak mangajar di Kemasik, Badrul Alam Shah , sekarang ni dah lama 'memencenkan ' diri sendiri :)
Post a Comment