Hujan masih turun mencurah-curah membasahi bumi Kemaman, musim tengkujuh belum berlalu pergi, malah ada penduduk tempatan yang mengatakan akan ada sekali lagi musim banjir sebelum bulan Mac ini, namun semuanya ketentuan dariNYA.
Sebagaimana yang saya selalu nyatakan, JJCM kami belum berakhir (saya dan izzat telah janji JJCM selama setahun selepas pulang dari Jordan !! ).Tapi tak bermakna saya tidak langsung memasak , masak tetap masak cuma tidak setiap hari.
Maya pulang dan teringin nak makan nasi tomato dan saya tak pernah jumpa nasi yomato yang sedap di Kemaman, oleh itu saya memasaknya (macam saya sms kak elle yang nasi tomato saya yang tersedap setakat ini...angkat bakul...hehehe ).
Tadaaaaa.... nasi tomato silversarina.......
Saya juga menyambung JJCM hari berikutnya dan terjumpa kuih asli tempatan yang dipanggil kuih kepal.Bulat disalut tepung dan dalamnya kelapa dicampur kacang dan gula.Ini pertama kali saya merasai kuih kepal ini, rasanya boleh tahan sedap.
kuih tradisional tempatan...kuih kepal.
Khamis malam Jumaat kami berbarbeque dan bercamping di halaman rumah ,aktiviti yang telah begitu lama tidak kami lakukan bersama. Jika dahulu kami sering bercamping bersama kawan-kawan izzat dan anak murid tuition saya sehingga penuh halaman dengan 10 buah khemah tapi malam kelmarin kami bercamping khas untuk kami berlima dengan 2 buah khemah sahaja. Sambil suami memanggang ayam, ikan, sotong dan sausages kami seronok berbaring menghadap langit yang ada sedikit bintang bertaburan di sana-sini.Mimi yang paling gembira berlari ke sana ke mari sambil mengira bintang.
ada gaya chef tak...dengan seluar pelikat jambu tu.....
kanak-kanak riang.....
mari makan-makan.....
Tapi nak tau kesudahannya???????
Kami tidak tidur di dalam khemah sebab panas dan masing-masing sayang nak tinggalkan bilik beradu yang sejuk dan nyaman............ Kena camping jauh dari dari rumah baru tak boleh masuk tidur dalam rumah........ Dah tua ni mood tidur dalam khemah makin pudar............
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!
11 comments:
Still raining over there ? Over here is hot, hot, hot ! Wish for some rain.
The kuih kepal - I tried it once while I was in Trengannu during one of the school trips. Not bad. Reminds me of the Chinese Muah Chee. The skin made with beras pulut and the filling is crushed peanuts and sugar. And lastly coated with flour.
Have a nice weekend.
baru nak kata kuih kepal macam kuih jepun muah chee tapi aiyah nyonya dah tulis pun...hehe
camping tu nampak fun eh?lah tak sporting lansung masuk tido kat dlm pulak...nanti i dtg kita buat lagi ok?
penat jer pasang khemah..tapi ,asuk tdo lam rumah..lain kali kunci rumah tuh..pastu simpan kunci bawah bantal lam khemah.
Wah! Berkemah ye. Kuih kepal itu baru pertama kali saya tengok...
Saya, kali terakhir berkhemah tahun 1994 kot. Hehehe!
Seronoknya barbeku & camping macam tu.... Lebih2 lagi bawah sinaran bintang & bulan.
Anak2 I belum merasa lagi bercamping ni. Ada khemah pun, yang budak2 punya & pasang dalam rumah!!! Mana lah nak seronok nya...
Anyway, sekarang ni cuaca macam dah tak bermusim. Tapi bersyukur kita tak kena ribut salji macam kat US, China or banjir besar macam negara2 lain tu.
Bestnya camping satu family. Lagi satu..ahem..macho dan cute je darling Kak Rina tu in his pink batik..wekeke jgn mare bang :D
aiyah nonya,
It's been raining for the past 2 days after a week of scorching sunny days.
Ohhh Chinese Muah Chee ... now I know the name.
kak elle,
I baru pertama kali jumpa kuih ni, beli 4 biji je takut tak sedap, tapi okay jugak rasanya dan tak manis sangat.
Kak elle datang I mintak izzat teman akak tidur dalam khemah... I tak nakkkk :)
adiejin,
Memang selalunya kami tidur dalam khemah tapi sekarang ni dah malas nak berpanas-panas...
mamamia,
Peringkat anak-anak umur 12 tahun ke bawah memang semua excited berkhemah, cubalah, lots of fun :)
blackpurple,
Laa berzaman dah tak camping, tak pe nanti bila kawin dan anak-anak dah besar sikit mesti akan bercamping semula...best tau :)
nj,
seluar pelikat tu yang jadikan akak tambah sayang pada abang darling ...hehehe.
kat sini kalau tidor dalam khemah memang cari nahas...nyamuk macam dibela-bela..tak tahan wei!
maklang,
oo banyak nyamuk, kat sini nyamuk memang tak de , itupun banyak jugak sembur ridsect takut digigit nyamuk :)
Post a Comment