Saturday, February 2, 2008

Akhirnya Kau Pergi Jua......

Al Fatihah buat arwah Tuan Haji Mohd Zakry Zainal Abidin yang kisahnya ada saya ceritakan dalam entry ini .

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir jam 5.15 petang tadi di Damansara Specialist Hospital.

Penyakit barah usus yang dihidapinya tidak dapat dirawati lagi.

Masih terbayang wajah sayu dan lirikan matanya yang redup dan tidak bermaya sewaktu kami meminta diri selepas menziarahi beliau 4 Januari lalu . Barah tahap 4 yang dikesan pertengahan tahun lalu tidak dapat diubati lagi.

Meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak ( 1 - 12 tahun ).Semoga kalian tabah megharungi dugaan dari Allah.

Saya akan ke Paka bersama suami pagi esok untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Semoga roh Tuan Hj Zakry ditempatkan bersama roh mereka yang beriman. AMIN,




14 comments:

Ummi said...

Takziah kepada Tuan Hj Zakry sekeluarga.

Kak Rina, kalau nak tahan lama tidur dalam khemah, pasanglah aircon he he

Kak Elle said...

al-fatheha untuk arwah semoga di tempat di orang2 beriman.

cikMilah said...

Alfatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah untuk balu dan anak-anak aruah

zino said...

takziah utk keluarga Tuan Hj zakry..

al fatihah..

Neeza Shahril said...

Takziah untuk keluarga arwah... sedih bila dengar cerita macam ni. neeza ada kawan kerja yang husband pergi... and tinggal anak anak yang masih kecil... tapi alhamdulillah tabah hadapi hidup. Tapi memang respect pada orang macam tu...

maklang said...

alfatihah untuk arwah...moga dicucuri rahmatNya...Amin

Mak Teh said...

Takziah kepada keluarga arwah Tn Haji Zakry. Mak Teh teringatkan nasib anak-anak yatim tu. Bawalah seorang belajar ke Sekolah Mak Teh. Nescaya akan menjadi anak yang berguna ,Isya-Allah!

Neeza Shahril said...

kak rina, neeza baru perasan umur anak anak dia.. 1 - 12 tahun? ya Allah... macam mana lah isteri arwah nak sara 5 anak yang masih kecil tu.. semoga Allah sentiasa bersama mereka...

silversarina said...

ummi,

Terima kasih bagi pihak keluarga arwah.

Khemah letak dalam bilik pun boleh jugak... penat pasang khemah je :)

silversarina said...

kak elle,

Arwah memang seorang yang baik dan warak, InsyaAllah diberi ganjaran syurga buat nya.


cikmilah,

Sedih bila lhat anak-anak arwah masih kecil, tapi itulah ketentuan dariNYA

silversarina said...

zino,

Terimakasih.Semua yang berlaku ada hikmahnya .



neeza,

Lihat wajah isteri yang ditinggalkan , terbayang ketabahan dan kesabaran dalam hatinya.

silversarina said...

maklang,

Terimakasih atas pihak keluarga arwah. Ramai sahabat arwah yang sertai solat jenazah.Perginya seorang kakitangan yang rajin dan amanah, sukar dicari ganti.


mak teh,

Anak sulung baru darjah 6 dan melihat pada saudara mara kedua-dua pihak arwah dan isteri memang keluarga yang mengamalkan Islam tak pasti mereka akan kekal tinggal di sini atau kembali ke Kelantan tempat keluarga isterinya.


neeza,

Semasa anak-anak arwah mencium jenazah buat kali terakhir kami semua sebak dan tak dapat menahan airmata dari mengalir, anak yang sulung sampai akhir tidak mahu mencium wajah bapanya kerana begitu sedih dan sayu... doa akak semoga semuanya tabah mengharungi cabaran mendatang, InsyaAllah.

Anonymous said...

Baru dengar berita yg sama dari suami pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg soleh.

silversarina said...

jhb,

Berita sedih buat yang mengenali arwah.

Thank you for dropping by.