Beberapa hari sebelum pilihanraya 2004...........
Kami ditugaskan berkempen di sebuah kampung tidak jauh dari bandar Kemaman dan tiba di sebuah rumah yang didiami seorang pemuda berambut panjang serta seorang wanita muda dan seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 3 tahun. Kami memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kami ke kawasan tersebut .Tugas kami termasuklah memudahkan semua pengundi yang berdaftar untuk memastikan nama mereka ada tercatat dalam daftar mengundi di samping memperkenalkan calon parti yang bakal bertanding.
Pemuda tersebut menyatakan mereka sekeluarga berasal dari Johor dan baru tiga bulan tinggal di kampung tersebut dan dia mengaku yang dia dan isteri tidak mengundi sebab masih belum berdaftar. Jadi urusan kami nampaknya berakhir di situ kerana tiada pengundi di rumah tersebut.
Sebelum beredar ada seorang makcik yang bersama saya bertugas begitu berminat dengan seekor anak kucing yang tuannya adalah pemuda tersebut. Bila pemuda tersebut nampak makcik itu sangat berminat dengan kucing comel itu dia pun berkata..
"Kalau makcik hendak kucing tu makcik datanglah minggu depan (lepas hari mengundi ) sebab saya akan berpindah semula ke Johor ."
Hari Mengundi........
Saya ditugaskan berada di pusat mengundi berhampiran kampung pemuda tersebut tinggal dan saya terkejut bila ternampak pemuda tersebut beserta isterinya selamba berjalan memasuki pusat mengundi untuk membuang undi. Setelah itu pemuda tersebut berulang-alik mengambil dan menghantar pengundi dengan motosikalnya yang saya andaikan pengundi dari kampung yang sama. Semasa motorsikal pemuda tersebut lalu di hadapan saya, saya merenung wajahnya dan nampak jelas dia cuba melarikan pandangan matanya .
Kini masa pilihanraya berulang kembali dan saya kembali berfikir adakah pemuda tersebut 'HANTU' yang dihebohkan sebagai salah satu faktor kekalahan parti pembangkang di Terengganu musim pilihanraya lalu...........
Insiden ini tidak boleh menjadi bukti kerana perbualan kami semasa di rumah pemuda tersebut dan kewujudan dia di pusat pembuangan undi tidak dirakam dan jika dirakam sekalipun mahkamah akan hanya menganggap ianya invalid......
Thursday, February 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Hantu kepala hitam? Hmmm, musim ni memang spesis ni berkembang biak...
Biasa-lah tu....
hehe jauh dia datang ye. hanya untuk satu hari kerja.
kata cikgu kami di Universiti Bangsar Utama " Jika pilihanraya itu boleh untuk mengubah kerajaan di Malaysia ini, maka sudah lama pilihanraya itu diharamkan"
sebab itu kami tidak akan mengundi. tak luak pun kan, sebab universiti kami hanya ada sekitar 50 orang sahaja : )
kak rina,
another true story (but will be invalid like u said).. abang ipar sue keje jadik wireman/contractor telekom. beberapa hari menjelang pilihanraya dia kena set up satu rumah kosong ni.. dia terdengar perbualan beberapa orang pompuan (puteri umno kot) kat dalam rumah tu masa nak pasang wayar, "korang pangkah je kertas tu banyak2, lagi banyak lagi bagus" (something like that la)... memang tahun 2004 tu pas kalah di tempat kami..
1 lagi citer diceritakan sdri oleh org umno. masa tu utk pilihanraya kecil dun lunas (but ended up depa kalah jugak). dia cakap memang ada orang dalam yang pangkah untuk undi pos tu.. tetiba je masa kira undi, peti undi pos tu datang.. tapi dia tak terlibat le..
nak menang dengan gah tapi dalam masa yang sama guna taktik kotor & keji, nauzubillah..
Sarina, dalam dunia ni memang banyak hantu, sebab tu mak teh tak heranpun. He, he, mak teh pun kenal lagi banyak hantu-hantu macam watak-watak dalam cerita box office Tamil...'ROTI PITA LING' tu. Olih kerana cerita itu di ambil dari KISAH BENAR maka mak teh tak terkejut monyet pun! He, he! he! Tapi mak teh tak mau cerita apa-apa takut dosa...!
oh wow!!hantu yg byk tolong org kampong pergi mengundi kot:)
salam,
hantu jenis ni mungkin bangun ketika musim2 pilihanraya je kot.. hari2 biasa.. dia akan tidur dalam keranda.. mungkin..
salam perkenalan
(",)
Hmmm...ada jugak kes camtu yek?...
hehehee.. memang dikatakan invalid.. sebabnya dia datang nak tolong hantu lain... heheee
bila baca entri u beserta komen2 dr pembaca kat sini lagi lah rasa menyampah ngan pimpinan kerajaan skrg. kadang2 terpikir gak, depa yg buat sumer keje tak amanah ni dapat sumber rezeki dari situ (dah tentulah dapat habuan kan depa ni sumer) berkat ke idak kut????
mungkin sbb itu masalah akhlak terlampau banyak dikalangan umat melayu islam??? makan hasil "haram"???
wallahualam!
cikmilah,
Hantu kepala bercampur , ada jugak yang blonde..hehehe.
zlaa,
Biasa ye.... janganlah hantu datang kat rumah I :)
babazahra',
Ada jugak akak pernah terfikir macam yang you katakan, semalam pun akak ada jugak kata macam tu pada hubby, dia kata " so, u tunjuklah apa caranya ? " sonyap kojap akak...anyhow most probably akak tak keluar undi kalau dia tu bertanding...
suealeen,
banayk cerita hantu ni kot tapi tetap dinafikan sebab hantu tak boleh dilihat,tengoklah kali ni pulak, rasanya lagi banyak hantu yang diimpot.
mak teh,
hahahaha kelakarlah mak teh ni... dah biasa sangat cerita hantu sekarang ni, kat tv dan pawagam pun banyak,dah tak sapa takut dengan hantu dah kan :)
kak elle,
kampung memang mneyeramkan sebab banyak hantu, nasib baik I tak de kampung..:)
bang_gugar,
salam perkenalan.
Hantu kelua5 tahun sekali, merayau dan makan darah dalam tong peti undi...eeeiiiii seramnya, kena cari paku cucuk bagi hantu mati :)
kak lady,
dulu macam tak percaya tapi paling jelas 2004, tempat lain memang berbas-bas hantu datang mengundi ,pelik tapi benar.
neeza,
hantu raya kot..lariiiiiii :)
kc,
I tahun ni malas nak masuk campur bab politik, rasa macam diperbodohkan oleh golongan berkepentingan ... nak merayau je hari mengundi tengok keadaan orang sini 'beraya' .
He,he,he,he! Memang kelakar!
Ingatkan cerita hantu betul tadi... saspens saja.
mak teh,
boleh masuk kish seram/lucu.. hehehe.
OD,
Hantu hidup ni lagi bahaya dari hantu mati :)
Post a Comment