Tuesday, February 26, 2008

Sarapan Atau Tidak???

Dalam keluarga saya yang benar-benar bersarapan pagi cuma saya dan Maya, yang lain tak kisah samada bersarapan atau tidak dan kalau tidak 'dipaksa' mereka akan hanya makan pagi sekitar 10.30 - 11.00 pagi atau lain perkataan mereka akan 'brunch'.....

Saya hairan macamana kanak-kanak sekecil Mimi pun kalau tak dipaksa memang takkan bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Setiap hari saya akan pastikan dia akan makan walaupun sedikit dan menunya sentiasa saya ubah bagi memastikan dia akan makan . Makanan yang paling digemari adalah cereal dan susu dan cereal akan berubah-ubah dari corn flakes, cocoa crunch dan honey star.

Minggu ini dia tidak lagi mahu makan cereal dan nak tahu apa kegemarannya ????

Mungkin ada ramai yang tak kenal 'biskut lutut' ...... saya sekeluarga memanggilnya biskut lutut kerana bentuknya yang panjang macam lutut bayi . Biskut ini sedap dicicah dengan milo /kopi/ teh .Mimi memilih untuk mencicah biskut lutut ini dengan milo. Pelik pulak kami kerana 'budak arab' ( panggilan kami pada mimi ) pandai dan gemar pulak makan biskut lutut cicah milo.




Izzat kadang-kadang bersarapan dan kini bila dah pandai nak jaga body dia akan makan telur separuh masak dan akan bawa bekal yogurt dan cheese ( sekolah menyediakan breakfast dan lunch).




Pagi tadi saya bersarapan roti canai Geliga dan kuih lompang...janji saya bersarapan tak lewat dari 8 pagi kerana jika terlewat mulalah sakit gastrik menjelma......

21 comments:

Cat Cat said...

Breakfast is a must for Cath, Kak Rina... Tak breakfast, macam separuh mati aje Cath ni... Tak boleh berfungsi langsung... :)

silversarina said...

cath,

Same here... dah breakfast baru energetic for the whole day !!

Ummi said...

Ummi must have breakfast..kalau tidak pening sepanjang hari. Dah nak jadi orang lama ni makan kena jagakan.

Just found out from my doctor that I could have a syptom called cabohidrate addictive..

silversarina said...

ummi,

Gang samalah kita, tak leh tak breakfast.

macamana ekk ketagih kabohidrat... tak pernah tau ni....

senyum memanjang sehari dua ni ye... :P

J.T. said...

Hi Sarinah

Your post reminds me of my younger days when, over time, my mum kept switching our breakfast because we grew tired of the same thing. We had cereal, oats, sandwich, maggi mee, nasi lemak, and some form of pulut.

These days, I find it hard to have breakfast. I force myself because if I don't, I end up with a gastric. Most of the time, it is brunch and then my next meal is about 6pm.

silversarina said...

jt ,

hi there, miss you all this while.hope you're doing great!

I wonder how come a little girl can stand being hungry because I'm already hungry at dawn and I must eat something before doing my chores.

Mak Teh said...

Sarapan bagi mak teh dan Pak Haji adalah wajib. Semua anak-anak juga dilatih wajib bersarapan kerana sarapan adalah meal yang penting. Seseorang itu akan mudah dapat gastrik kalau biasakan diri tak bersarapan. Lagi pulak bagi orang yang bangun pagi-pagi pukul 7 perut dah lapar. Untuk anak-anak yang berkerja mereka akan tapau kalau dah lewat.

silversarina said...

makteh,

I pun hairan puas latih agar anak-anak bersarapan tapi sampai sekarang maya dan saya saja yang boleh makan pagi.Izzat pernah kena gastrik masa darjah 1 dulu, 3 hari ambik MC, lepas tu barulah dia makan jugak walaupun sedikit takut sakit lagi My hubby memang bukan jenis makan pagi, tu ayng agaknya anak-anak mengikut jejak dia .

Anonymous said...

Salam K.Rina

Tengok roti lutut teringat pulak roti kering...saya kecik2 dulu suka cicah roti kering yg keras kekong tu dgn air teh.

Breakfast is compulsory for us.
-Faruha-

muadzlife said...

salam,...
yes breakfast is very important.. tapi saya pun selalu skip...

silversarina said...

faruha,

Memang itulah dia biskut lutut, roti yang dibakar sampai jadi keras kekong. sedap kalau dicicah especially kalau hari hujan... :)


muadzlife,

Skip breakfast kalau tak kena gastrik tak pe.. akak memang kena makan jugak walaupun tak keluar bekerja.

Thanks for dropping by !!

Neeza Shahril said...

memang kena masuk something kat perut kalau tidak badan neeza menggigil aje. Anak anak Neeza tak suka breakfast. Tapi, every morning neeza buat Milo. Then buat sandwich ke ataupun goreng nugget or fries. Make sure diorang habiskan Milo. tapi selalunya minum separuh aje...

zino said...

yg kat rumah ni pun serupa...paksa baru nak sarapan.. hehe

Kak Elle said...

rina I ok kalau tak breakfast but must have a cup of 3 in 1 nescafe kalau tak macam ketageh gitu...

biskit lutut macam biskit rusk kan..or rather roti kering..celup kopi mmg sedap apa lagi milo mesti enak sekali.

Mulan said...

b'fast mesti..!! kasi kenyang perut pagi2 hari, baru senang hati nak buat keje...

biskut lutut (balak kami panggil) tu memang la lazat cicah dgn kopi o panas..!!

mohdhaslanr said...

Ina,
same here...masa kat Mekah dan Madinah, siap bwk bekal buah kurma dan kismis ke mesjid (maklumlah pergi solat subuh pukul 3 pagi..pergi awal kalau tak tak dapat masuk mesjid) Jadi sementara nak tunggu masuk waktu tu I kunyah lah kismis atau makan kurma dan minum air zam-zam buat alas perut. Kalau tak jadi gastrik, pening kepala... langsung spoil the whole day.

kat malaysia pagi2 makan roti sekeping ke buat alas perut. Pastuh dlm kul 9 - 10 pg baru makan heavy breakfast.

NURAZZAH8 said...

Alamak Ina, tertulis komen guna account my hubby lak...

silversarina said...

neeza,

kanak-kanak memang suka nugget dan milo, tapi masih kena pastikan mereka makan maklumlah mereka ni sentiasa cari jalan tak nak habiskan makanan.



zino,

Samalah kisahnya nak kena paksa baru makan , asalkan makan .


kak elle,

oo ni ketagih nescafe lah , I tak kisah apa , susu segar pilihan utama.


mulan,

biskut balak....wah lagi hebat namanya .. memang sedap.

silversarina said...

nurazzah,

lama tak jengok blog your hubby...

bagus makan kurma dan air zam-zam , mesti dah rasa kenyang kan...

you kerja yang penuh jadual seharian kalau tak breakfast mesti lemah, dah lah kecik kalau tak makan lagi kecik nanti...hehehe... tak pe awet muda you ni .

cikMilah said...

Biskut lutut... o ooo ; terkenang masa dalam pantang, itulah breakfast saya, cicah dengan kopi kampung...

silversarina said...

cikmilah,

ramai jugak peminat biskut lutut ni ye.. kira berkhasiat jugaklah sebab dijadikan makanan dalam pantang :)