Monday, February 25, 2008

Bacalah..........

Sejak mengenali internet saya amat jarang ke perpustakaan untuk melunaskan kegemaran membaca saya. Jika dahulu saya khaskan hari Rabu sebagai hari saya luangkan masa di perpustakaan awam daerah kini tidak lagi. Saya lebih selesa gunakan internet di rumah untuk membaca dan mencari bahan sebagai menambah ilmu pengetahuan serta melengkapkan hobi membaca saya.

Kini jika anak-anak bertanya satu perkara yang saya juga kurang pasti saya sarankan agar mereka merujuk kepada internet.

Walaupun begitu saya juga tidak terlepas dari 'terliur' apabila melihat buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku, kalau boleh mahu dibeli kesemuanya dan dibaca hari itu juga.


Setiap bulan saya cuba membeli dan membaca beberapa buah buku dari media cetak.
Bulan Februari ini saya telah sempat membaca tiga buah buku yang pada saya punya kesan tersendiri pada diri saya.






Growing Up in Terengganu oleh Awang Goneng yang puas saya mencari dari Kuala Terengganu (tersalah kedai ) hinggalah ke Kuantan masih tiada , saya ke MPH Shah Alam yang tinggal hanya sebuah yang ada di dalam simpanan cashier yang diminta simpankan oleh pelanggan yang akan datang petang nanti untuk membelinya..... saya ke MPH Alamanda, barulah terjumpa buku ini dengan kuantiti yang masih banyak... amat menghiburkan apabila membaca istilah bahasa tempatan/terengganu yang membuatkan saya seolah-olah hadir bersama pengalaman penulis yang kebanyakan scene nya adalah di Kuala Terengganu . Keturunan Al Yunani yang pernah saya dengar sebelum ini rupanya wujud sejak sekian lama.Selama ini saya ingatkan saya telah mengenali negeri serta warga Terengganu kerana telah mendiami negeri ini selama 19 tahun, namun apabila membaca GuiT baru dapat saya rasakan hakikat sebenar budaya serta kehidupan rakyat negeri ini yang unik yang amat jarang orang luar mengetahuinya.






Travelog HAJI..Mengubah Sempadan Iman oleh Prof.Dr Haji Muhd Kamil Ibrahim benar-benar telah menyedarkan saya betapa saya merindui untuk menjadi tetamu Allah yang selama ini saya hanya sempat mengerjakan umrah sebanyak dua kali namun belum berpeluang mengerjakan rukun Islam ke 5 ini. Buku ini ditulis dengan begitu mendalam bagaimana persiapan dan ujian demi ujian diterima sebelum melangkah kaki ke Baitullah. Tanpa saya sedari saya mengalirkan airmata beberapa kali terutama apabila membaca doa-doa yang diamalkan oleh penulis .Terasa betapa kerdil diri ini apabila berhadapan dengan pelbagai pengalaman dan segalanya dilihat sebagai motivasi oleh penulis demi membawa kehidupan yang lebih dinamis dan cemerlang bukan setakat jasadnya malah merangkumi aspek kerohanian setelah pulang mengerjakan ibadah haji..Saya berdoa semoga saya juga dapat menunaikan ibadah haji serta mengambil pengalaman penulis sebagai panduan dalam mendapatkan haji mabrur InsyaAllah.






Kaya Sebelum Miskin oleh Akhil Hayy & Razzi Armansur adalah sebuah buku berbentuk motivasi yang mengupas kekayaan diri yang dikurniakan secara semulajadi yang jika tidak dimanfaatkan akan dilihat sebagai kemiskinan yang sentiasa membelenggu diri sendiri. Pelbagai perkara dikupas dan disebut 2 jenis kekayaan... orang kaya yang majazi ialah miskin yang hakiki dan orang miskin yang majazi ialah orang kaya yang hakiki..(majazi=tak pernah cukup walaupun lebih dari cukup, hakiki=sentiasa cukup).
Tanpa mengira usia dan sejauh mana sibuk sekalipun , saya pasti kita semua dapat menambah ilmu dengan pelbagai kaedah dan yang paling utama ilmu itu memberi manfaat dalam kehidupan, InsyaAllah.... Bacalah.............

21 comments:

Ummi said...

Bagus kak rina keep on reading..ummi ni jugaklah malas nak pegang buku.

silversarina said...

ummi,

blogging pun dikira menambah ilmu ,lain blog lain ilmu yang diperolehi.

Qaseh Bidadari said...

mama akan cuba dptkan buku2 ni...

menarik...

NURAZZAH8 said...

Bagus...bagus...keep on reading... mmg semakin byk kita membaca semakin terasa betapa sedikitnya ilmu yg kita ada berbanding ilmu Allah...
I ni jgn cakap lah...mmg 24 hours 7 days a week sentiasa bergelumang dgn buku... kat office baca buku ilmiah (yg berkaitan bidang), kat rumah baca buku yhg lain (novel, hiburan, pengisian Islam dll) ... semalam baru pergi MPH Shah Alam, jumpa buku Puan Umi Khaltum Ngah (seorang lagi penulis yg meninggalkan jejak di blog).. terus beli... actually nak beli byk lagi, tapi since sale kat MPH start 27th Feb ni, so tunggu dulu... hari rabu ni nak pergi beli buku lagi... hehehe... lagi pun anak2 dah cakap suruh beli buku lagi since cuti sekolah tak lama lagi...

silversarina said...

mama ranggie,

Ketiga-tiga buku ini memang tak jemu membacanya. Bacalah.


nurazzah,

Memang you takkan lekang dari buku, hari-hari memang buku jadi santapan. I dah tengok dalam your blog, memang you dan anak-anak amat gemar membaca, macam gedung ilmu je rumah you..best sangat. Tak rugi berbelanja demi ilmu pengetahuan.

Neeza Shahril said...

Rasanya neeza ni berada dalam golongan orang yang agak malas membaca especially buku. Tapi, neeza suka tambah ilmu dengan berkawan dengan orang yang rajin membaca hehehee.. neeza suka bertanya bila tak tahu sesuatu.. aci tak gitu?? tak aci sebab neeza tak spend duit beli buku la kot. Aci sebab dengan cara tu neeza rasa lebih ingat dengan sesuatu ilmu yang neeza dapat :). Tapi the 2nd book yang kak Rina recommend tu mungkin berguna untuk neeza. Insyaallah, neeza akan dapatkan 1 untuk persediaan complete rukun Islam yang ke 5. Insyaallah..

maklang said...

maklang pun rajin jugak surf internet. ada banyak buku baru beli tapi tak pernah sempat nak dibaca!

Sue.Aleen said...

kak rina,
"Bacalah" terkandung besar pengertiannya.. menaikkan semangat, memberi ilmu, menuntun dari gelap ke arah cahaya & juga berikan ketenangan.. kat rumah ni kita la tukang beli bahan ilmiah. hubby lebih suka sesuatu berbentuk visual seperti video...

entry ni ingatkan saya pada buku2 yang baru saya beli. belum habis khatam lagi.. isi Penyejuk Jiwa tu tidak mengecewakan..

Mak Teh said...

Sarina, lain orang lain selera membaca bukunya. Mak teh, Pak haji dan setengah anak-anak memang suka membaca tetapi jarang ada selera yang sama. Pak haji suka jenis National geographic, historical dan agama. Saya suka biographical, true stories, travels and buku agama. Buku GuiT tu Kin dah belikan untuk mak teh. Buku yang lagi dua tu belum jumpa lagi.

Anonymous said...

Saya pelik sikit, baca 2-3 buku dalam satu masa! Tak sabaq nak tahu penyudahnya. Lepas tu baru review balik. Sejak anak-anak menginjak belasan tahun ni, saya kongsi novel dengan mereka. La ni tengah baca Beraraklah Awan Pilu - Pak Latip, Dalam Mihrab Cinta -H'rahman elShirazi dan Tip-tip Cemerlang Dari Al-Quran - Dr Daniel ZainalAbidin. Buku Dr Daniel saya jumpa di pasar malam dengan harga cuma $10,buku baru! Menyesal tak beli lebih, boleh buat hadiah.

Tumpang lalu Nurazzah8, saya juga mencari buku Umi Kalthum Ngah, GUiT...belum berjodoh lagi....Terbaru saya beli buku untuk belajar buat dekorasi kek! Lepas ni boleh buat entry kek bunga-bunga... hi hi hi.

silversarina said...

neeza,

Tak semestinya ilmu diperolehi dari bahan bacaan kerana pelbagai sumber lagi yang boleh digunakan untuk tujuan mencari ilmu. Kalau neeza perlukan apa-apa buku berkenaan haji bagitau lah, akak boleh poskan pada neeza.


maklang,

I faham orang bekerja memanglah busy dan kena cuti masa untuk membaca , tapi surf internet tu dah dikira memabacalah tu.

silversarina said...

suealeen,

Betul tu . Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mencari ilmu, video memang merupakan satu cara yang paling baik kerana ada audio dan visual.

Selamat membaca buku baru !!


makteh,

Saya pun suka baca autobiografi, baru ni nampak buku terbaru tentang biografi Benazir Bhutto, tak beli lagi , ingat nanti kalau ke kedai buku nak beli. Zaid anak saya suka sangat buku dan majalah berkaitan national geography, dia ada beratus jilid yang dia beli dan saya pun dah tumpang habiskan baca kesemuanya. Seronokkan bila dapat membaca pelbagai bahan bacaan.


cikmilah,

Emm sure sedap buku paklatib tu dan buku kek dekorasi tu... nak cari jugaklah.GUiT hanya terdapat di MPH bookstore, itupun selalunya habis, cubalah cari.

Kak Elle said...

rina saya bawa satu buku untuk di baca while atok had his scope done...tak sampai beberapa pages mengantuk pulak.........ada 4 buku yg saya beli belum terbaca lagi.

Mama Rock said...

kak rina, meamnga internet memudah kan segala-galanya. i breezed through my masters program without once stepping into a library as all my research was done online! sekarang ni dah free dok baca buku2 yang ada and now i tengah baca buku (kena baca) buku True profesionalism - macam tak enjoy coz disuruh baca for our next book review with my boss :(

ummu al hanafi said...

baguslah hobi kak rina ni..
I pun suka membaca ni..
tp,sejak semenjak dua ni la kurang skit baca buku
lebih byk baca internet dgn mag
apapun I blk ni, nk dptkn buku #3 tu..menarikk nampak
:D

silversarina said...

kak elle,

Bawak buku ke hospital memang payah nak fokus, asyik menanti doktor bagitau perkembangan atok... tak pelah dah lega nanti akak sambung balik baca buku yang dibeli tu :)

silversarina said...

mamarock,

Ha ah memang betul, nak buat kertas kerja mudah sekarang tak payah nak duduk kat library .. kalau mahasiswa kata susah nak cari bahan memang tak berasas lah kan.

Wah you pun dapat bos macam my hubby punya ex boss , mat saleh, selalu kena baca buku dan bincang , tapi bagus sebenarnya untuk jadikan diri berilmu dalam bidang kerja masing-masing.

silversarina said...

ummualhanafi,

internet boleh kata semua ilmu ada... kalau nak buku-buku dari sini boleh akak carikan dan pos pada you.

ummu al hanafi said...

alahai...
baiknyer hati kak rina
terharu tau I..
murah rezeki kak rina sekeluarga
thanks kak rina!
hati teruja nak balik mengundi nih!
moga2 Allah makbulkan doa I
tiket kapal pulak waiting list sekarang
doakan I kak rina, thanks again!
:D

Neeza Shahril said...

Tima kasih kak Rina. tak perlu pos. mahal tu nak pos ke sini. Nanti bulan 5 Neeza plan nak balik kejap Malaysia. mungkin Neeza beli masa balik tu...

silversarina said...

ummualhanafi dan neeza,

Ooo nak balik cuti..akak ok je kalau nak kirim apa2 dari sini tak de masalah...

welcome back....