Tuesday, February 19, 2008

Mama TAK DE Kampung Kan????

"Mama dan ayah tak de kampung kan ?? " tanya mimi .

"Ha ah, tak de kampung." jawab saya dan suami.

Pelik pulak bila budak sekecil mimi boleh perasan yang kami berdua tak de kampung. Memang kami berdua tak de kampung kerana ayah masing-masing memang telah tiada dan ibu masing-masing tidak sihat dan tinggal di rumah anak-anak. Rumah kampung ditinggalkan kosong tanpa penghuni.

Rumah ibu mertua telah berbelas tahun ditinggalkan setelah mak kena angin ahmar . Kini mak tinggal dengan kakak ipar di Perak. Rumah ini memang dalam kampung kecil yang hanya punya lorong kecil untuk sebuah kenderaan lalu.Suasana malamnya begitu gelap dengan bunyi cengkerik jelas kedengaran memecah keheningan malam.

Rumah mak saya pula bukan dalam kampung tradisional, ianya kampung tersusun dan kami hanya pulang ke kampung setelah arwah ayah pencen. Kini tiada siapa lagi yang tinggal di situ setelah mak tidak sihat akibat sakit jantung dan darah tinggi .

Pendek kata mimi tidak kenal kampung itu apa kerana kami tak lagi pulang ke kampung kerana memang kami tidak lagi punya kampung....

Itu saja entry kali ni..... KAMI TIADA KAMPUNG !!!!!

20 comments:

maklang said...

Kampung kami di bandar Johor bahru...terbalik, wan Atok duduk bandar, kami duduk kg Kerteh!

silversarina said...

hahaha.. memang terbalik... kami ni pulak memang jadi orang bandar... Bandar Baru lagi... :)

Neeza Shahril said...

lama-lama semua orang takde kampung.. kampung dalam erti kata sebenar. Yang ada pokok2, laman tempat kanak kanak boleh main... anak-anak neeza bila cakap nak balik kampung kemaman, dia kata, itu bukan kampung. Kampung tu rumah Wan (mak mertua) sebab situ masih macam kampung :)

suealeen said...
This comment has been removed by the author.
suealeen said...

kak rina.. kita masih ada kampung.. both sided.. still ada parents in law... belah saya ada mak je lagi.. my 2nd & 3rd sis are staying nearby.. my 1st sis is just 40 mins away. it's only me & youngest sis were destined to be in sungai buloh.

even if my parent will be no longer there, my hubby & i have decided to go back to my kg once a month like we always do nowadays, insyaAllah...

bebudak la ni banyak yang depa miss specially kg life - swimming in parit, climbing trees, etc. tu belum citer bab2 pokok & binatang yg tak pernah tengok kat pekan lagi...

NBK466 said...

Ha'ah..cian gak kat org takde kampung nie...cuti lama2 esp hari raya tak as happening gitu..

Mak Teh said...

Sarina, mak teh dan pak haji mula-mula dulu ada kampung iaitu rumah ibu mak teh dan rumah MIL kedua-dua di Kedah. Dulu-dulu kamilah yang selalu balik kampung. Lepas tu sebab angkatan keluarga kami ramai, bila kami balik kampung adik-beradik lain merasa tidak dapat berada dirumah ibu dengan selesa. Pada suatu hari ibu telah memberi tahu bahawa rumah itu telah diberikan kepada kakak. Jadi kalau kami nak balek kampung mestilah duduk dibilik bawah rumah. Mula-mula tak terasa lepas itu bila faham sangat terasa. Rumah MIL telah lama diberikan kepada Kakanda Pak haji. Kemudian kami dapat rumah yang cantik ditepi bendang.(Masa tu niat nak beli rumah tu lah) Mak teh nak buat novel pasal tu tapi baru sekerat jalan beberapa entry dah buat (baca old post mak teh). Sekarang kampung kami ialah shah alam yang kami sangat cintai.

MAMAMIA said...

Kami pun tak da kampung. Rumah our parents dlm bandar. Bila hari raya org lain balik kampung, kami dgn 2 , 3 keluarga lain jadi jaga kat taman ni.

zino said...

silversarina..

kalau arwah ustaz tu memang kenal bona.. dia jadi imam masjid kg zino tu dulu.. agaknya mak zino kenal mertua rina tu..

masa sekolah dulu ada lah zino masuk kampong tu ronda2 dengan basikal. hehe

Ummi said...

Masa arwah nenek and atuk ada at both parents side memang selalu balik kampung. tapi semenjak kawin dah tak balik sebab dah tinggal pakcik je. My mil duduk kampung tapi dah terbiar je semenjak dia kena mild stroke hari tu. cuma raya puasa je rumah tu penuh.

MULAN said...

sama macam maklang.. atok, nenek & mak duduk bandar kuantan, kami lak terdampar di sini..

rindu betol la kampung atok wan kat pekan, tepi sungai pahang tu.. tapi takde orang duduk pun lagi..

idham said...

hehehe....kalau mcm tu, susah la nak menghayati lagu arwah sudirman.."Balek kampung......laaa laaa balek kampungggg"
ahhh saya sgt suka lagi itu.\

idham

faizabelle79 said...

siannya xde kampung..xpe..boleh balik kg saya kat Kampung Bahagia Teluk Intan..hidup sentiasa bahagia kat sana..heheh..:)

Kak Elle said...

Rina you are not alone saya lagi takde kampong.....hehe

silversarina said...

neeza,

Kemaman memang bukan kampung dah, moden belaka. Kampung yang sebenar tak ramai yang dapat rasai masakini.



suealeen,

Bagus usaha yang sue buat , paling tidak taklah rumah tu terbiar Kami hanya singgah ke kampung mak tapi hanya singgah di perkuburan sahaja sebab katanya rumah mak mertua dah diserahkan pada kakak my hubby tapi dia pun tingal terlalu jauh untuk menjaga rumah tersebut.. reput begitu sahaja.

silversarina said...

nbk466,

Raya tahun lepas kami beraya di kemaman sahaja kerana mak tinggal dengan kami, raya ke 2 baru lah adik-beradik datang ke sini kerana mereka semua beraya di rumah mertua masing-masing pada raya pertama.tak rasalah kemeriahan beraya di kampung.


makteh,

Rasanya kami pun kena anggap kemaman adalah kampung halaman kami sebab memang kami pun dah rasa amat selesa dan gembira tinggal di sini.

Saya ada baca entry lama makteh tu ...tak sambung dah ke novel tu ????


mamamia,

Kampung bandar or bandar kampung..raya kena kata nak balik bandar beraya..hehehe.

silversarina said...

zino,

Nanti kena jumpa ni, my hubby kata rasanya dia tau rumah zino kat mana dan kami pun pernah singgah solat di masjid kampung tu sebab balik kampung dah tak de orang dan surau tigo nenek berkunci masa tu... apapun INsyaAllah kita bertemu di suatu hari nanti..



ummi,

Bila anak-anak semua dah tingal di bandar . masa raya dapat jugak berkumpul di kampung... tumah akak di Ipoh dah lama kosong, itu mak masih ada ( tinggal dengan anak-anak) taktau apa akan jadi kalau mak dah tak de.


mulan,

boleh buat kelab tak de kampung, ramai ahlinya..

silversarina said...

idham,

memang tak boleh nyanyi lagu balik kampung tu sebab tak balik kampung, raya pun raya kat kemaman je .... tak pe ...ramai rupanya yang senasib saya yang tidak punya kampung.


faizah,

Wah...mestilah bahagia selamanya Kampung Bahagia tu... bertuah you.


kak elle,

Kak elle punya kampung paling moden sekali..hehehe. Boleh join the club...warga tak berkampung :)

Zareda said...

sayang kan kalau suasana kampung kian ditelan arus pembangunan.. masa dah berubah. Mungkin satu hari nanti suasanan kampung hanya dpata dilihat dalam muzium aje..

silversarina said...

zareda,

sekarang ni pun kalau nak lihat rumah kampung kena ke mini malaysia dan kena bayar pulak tu .