Sunday, February 3, 2008

Umpama Jeans Rockers...

Petang Jumaat lalu kami ambil angin ke bahagian luar bandar Kemaman yang belum pernah kami lalui semenjak balik ke sini. Tujuan kami ingin meninjau sebuah resort yang terletak di Cheneh , Cheneh Recreation Resort (CRR) yang sering kami kunjungi suatu waktu dahulu . CRR merupakan sebuah resort yang sering dijadikan tempat latihan dan kursus motivasi yang merangkumi sebuah kawasan yang lengkap dengan asrama, chalet, dewan, tasik serta jet ski , aktiviti berkayak, camping ground , pendek kata semuanya lengkap di sana.


Setiba di CRR , hilang selera untuk meninjau apabila pintu gerbang nya penuh belukar dan semak samun di kiri kanan jalan masuk utama . Kami terus ke lorong dalam dan terhenti setibanya di tasik jet ski kerana pelawat tanpa urusan tidak lagi boleh mengambil angin di sekitar CRR kerana kini CRR telah dikhaskan untuk Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) .


Pada hemat saya, CRR memang amat sesuai untuk PLKN , namun persekitarannya seperti tidak terurus terutama di pintu masuk ke CRR, amat berbeza zaman ianya mula beroperasi dahulu.


Setelah sedikit kecewa kerana tidak dapat melawat CRR kami membasahi tekak dan mengisi perut di restoran KLC ( sepupu KLCC...hehehe) dan meneruskan perjalanan pulang mengikut laluan lain yang melalui kawasan yang dipanggil Mak Lagam.




Laluan ini dikira jalan pintas dari kawasan felda cheneh /cherul ke bandar cukai , 30km jaraknya yang belum berusia 10 tahun seingat saya. Saya sungguh terkejut apabila kereta mula bergerak memasuki jalanraya ini. Saya umpamakan jalanraya ini macam seluar jeans yang rockers selalu pakai, berlubang di sana-sini yang begitu sukar untuk dielak kerana hampir keseluruhan 30 km lubang di mana-mana.




Kali terakhir saya lalu jalanraya teruk berlubang ialah jalanraya dari Teluk Intan ke Klang tapi tidaklah seteruk jalanraya Mak Lagam ini. Sungguh dahsyat. Alhamdulillah kami sempat tiba di Cukai sebelum maghrib. Saya rasa seriau memikirkan bagaimana melalui jalanraya ini di sebelah malam yang gelap .


Masih ada jalanraya yang begitu teruk di zaman ini...mungkin pilihanraya yang bakal menjelang akan menampal lubang-lubang di jalanraya ini....


19 comments:

NURAZZAH8 said...

salam Ina,
sorry lama tak menjenguk blog you, tgk dah byk n3...tak mcm blog I, lama baru dpt update...sibuk betul lah sejak balik haji ni dan sejak Asma' balik cuti ni,,ada saja program yg di rancang...dan kerja office pun bertimbun-timbun....
Kami ni mmg jarang nak JJCM, tapi bila Asma' balik dia asyik ajak makan seafood kat luar...maklumlah kat Jordan tu tak jumpa seafood...jenuh nak melayan selera dia...
pastuh asyik sebut nak pergi airterjun saja... maklum lah dah 3 tahun tak pergi berkelah kat airterjun (Jordan mana ada air terjun!!!) ...so tadi kami pergilah ke air terjun Sg Gabai kat hulu Langat, Selangor ni... hui... mmg best..I pun dah lama tak pergi airterjun... seronok jugak anak2 yg lain...mmg sukar nak dpt spend time bersama ayahanda mereka yg selalu tak ada kat rumah...nak tulis n3 kat blog pun tak sempat, esok Monday n Tue ada bengkel lah pulak... nak kena prepare sikit bahan nak berbengkel...
ok... seronok bc blog u sbb u hv all the time for yourself and your kids + hubby... jealous betul I...

silversarina said...

nurazzah,

Air terjun , kami pun tak sempat pergi lagi sejak balik sebab masih di musim tengkujuh, rindu memang rindu tapi kena tunggu musim panas memang nak ke air terjun, Jordan mana ada air terjun...air had buku lali je ada ... I faham you sibuk bekerja dan urusan anak-anak lagi tapi memang tabik kat you yang masih sambung belajar, InsyaAllah I tak sabar nak lihat you bergelar Doktor Nurazzah.Kalau jadi datang kemaman bagitau ye.....Miss you .

Kak Elle said...

Rina jln tu kalau di buat kang kena bayar tol pulak....hehee

cikMilah said...

Pandai kakElle, hehehe...
Ya..banyak resort berkubur. Di Kedah ada satu resort cantik Pedu Lake Resort satu waktu dulu gah keindahannya. Nasibnya serupa...

soliloquy said...

btul ke truk jln tu?
jln pegi rumah tehah tak truk lagi kan?
hehe..bkn kt mak lagam tu ad skolah bestari ke?wat malu je kalo jln truk cmtu..haha

Mulan said...

kat msia ni, byk tempat rekreasi/resort jadi hancur selepas beberapa bulan @ tahun didirikan. sayang betol la.. kita ni kurang bab2 maintenance & service yg berpanjangan agaknya lah..

alfatihah.. zaiyan pon ada cerita..

FaRuHa said...

Salam Kak Rina,

Trengganu dah bandaraya, kejap lagi bandar lain turut membangun kot ye..

Dulu-dulu masa saya ke Trengganu macam tak percaya supermarket pun tak de!

silversarina said...

kak elle,

I rasa seolah-olah kawasan ulu tak dihiraukan sebab orang kampung yang guna... nak kenakan tol memang orang kampung tak mampu...so guna jelah jalan belubang dan retak :(



cikmilah,

Tulahkan jalan yang licin dan cantik kena tol.

Oooo Pedu Lake pun dah bertukar 'hak milik'..sayangnya.

silversarina said...

saffaa,

Jalan ke rumah fatihah dan ke sekolah elit tulah berlubang macam jalan kereta kuda kat syria je... sekarang tengah buat sebuah kolej apa entah dekat dengan sekolah elit tu dan jalanraya makin teruk sebab bawak batu dan simen ke situ.



mulan,

betul tu, bab maintenance Malaysia memang hancur....membazir je.

Arwah Hj Zakry memang ramai orang kenal dia.... Allah lebih menyayanginya.



faruha,

sekarang ni memang dah maju jugaklah Terengganu dah ada jugak supermarket yang sesuai untuk semua golongan masyarakat. Dulu menurut orang tempatan nak lihat kereta lalu pun payah tapi sekarang bandar dah jam especially weekends.Nanti balik marilah jalan-jalan ke pantai timur makan keropok lekor, star dan otak-otak terengganu:)

aNIe said...

Dgr cara sarina cerita jalan tu dah boleh gambarkan betapa teruknya jalanraya tu...mungkin sebab kurang kenderaan yang melalui jalan tu makan jalan tersebut diabaikan. Banyak ke kampung2 sepanjang jalan Mak Lagam tu?

Satu lagi kalau banyak kenderaan berat yang lalu memang jalan boleh jadi rosak...tambah lagi kalau musim hujan...lubang2 akan bertambah buruk...tapi harap2 nak pilihanraya ni Mak Lagam dpt rupa barulah ye....

Neeza Shahril said...

kak Rina, neeza rasa kan, Terengganu Tourist Centre kena ambik kak Rina jadi consultant la.. sebab kak Rina rajin berjalan and siap ada comment lagi.. hehee

tapi memang pun. Ayah neeza selalu ikut jalan Mak Lagam sebab dekat and dia selalu pergi Cheneh. Neeza memang tak pernah guna jalan tu. tapi memang dia kata, jalan tu sangat lah teruknya. what a waste kan.. ada jalan pintas.. tapi teruk pulak. something need to be done.. betul tu.. hehee... pilihanraya nak dekat.. jadi, fikir fikir kan lah pada sape yang rasa nak dapat undi lagi tu.. heheeee

simah said...

akak tak tangkap ka jalan yg teruk berlubang tu? tapi saya pun terkejut ada jln berlubang mcm tu lagi kat malaysia... sepatutnya dah lama tak ada....mesti sedih tempat yg banyak kenangan utk akak tu dah tak terurus..

Sastri said...

isk isk... teruknya jalan... boleh rosak kete dibuatnya...

zino said...

siversarina..
election dah dekat ni.. cakap je dengan YB kawasan tu sure esok jugak di arah pi turap hehe..

jabatan zino sekarang pun banyak dapat arahan segera ni.. hehe

Mak Teh said...

Silversarina! Bukankah Ganu kite dah maju. Dengar cerita macam-macam ade. Nilah pula baru dengar cerita jalan berlubang teruk. He, he Ganu kite!

silversarina said...

kak lady,

I rsa jalan tu memang digunakan oleh kenderaan berat , tu yang teruk sangat dah jadinya. Dah tu dah lama tidak dibaiki bahaya betul jalan ni.



neeza,

eeeii tak kuasa akak keje dengan dengan TDC , mengomen nak le... :)


simah,

camera bawak, bateri pulak kong dan tak de kedai tengah jalan nak beli ... tengok ajelah jalan berlubang kiri kanan ,nak megelak pun payah,serba tak kena.

silversarina said...

sastri,

kalau main jalan je memamng rosaklah, kena bawak slow sangat .



zino,

I pun nak tunggu je jalan ni dibaiki ke tak, nak report bukan laluan I, tapi kesian kat orang felda yang nak berulang alik ke Cukai.


mak teh,

membangun tapi tak semua merasa, di kawasan ulu masih tertinggal.itulah ganu kite.

Sue.Aleen said...

kak.. jalan sabak bernam-klang tu memang teruk pun dulu masa tengah bina... masa tu cintan-cintun dgn husband melarat sampai ke dah kawen.. saya selalu berseloroh.. "jalan ni tak tentu siap lagi kalo kita dah beranak dua"... yes, it's true.. bila nak balik sg besar je bercintan... perjalanan 1 1/2 jam jadi 3 jam... padahal tak la jauh sangat...dah la menempah lubang, saing dengan lori & kontena lagi.. kalo dok belakang lori lembab lagi lambat sampai.. aduhai kenangan...

citenye... jalan tu start dibina tahun 1998.. banyak sangat pihak makan atas angin. 3-4 kali tuko kontraktor.. tanah nak kasi mampat jalan pun dah tumbuh lalang setinggi budak 12 tahun! i guess projek tak berkat kot...

silversarina said...

suealeen,

Bila ada jalan yang teruk dan pembinaannya amat lama untuk disiapkan memang adalah yang tak kenanya.Ada suatu jalan di Dungun yang bertahun tak siap dan tak pernah nampak ada pekerja, kami pernah buat joke dengan mengatakan jalan tu jin yang datang buat..:)