Monday, March 10, 2008

The Citizens Have Spoken......

The 12th General Election is already over .....like the game of Survivor, the tribes/citizens have spoken...... some are elected and some are eliminated/rejected... full stop...it's over for now.




Ditulis Oleh Kyodo
Sunday, 09 March 2008
KUALA LUMPUR, March 9 KYODO -



Malaysia's Abdullah posts worst gov't election showing in 40 yrs


Malaysians handed Saturday Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's ruling coalition its worst election showing in nearly 40 years, putting his personal political future in doubt and leaving his National Front coalition with only a simple majority in Parliament.


Before Parliament was dissolved Feb. 13, BN, the popular Malay acronym for the National Front coalition, held 90 percent of the seats in Parliament and control all but one of the 12 state legislative assemblies.

The results have stunned politicians and analysts alike as besides the opposition breaking the National Front's two-thirds majority in Parliament, it also will control the state legislative assemblies in Penang, Kedah, Perak and Selangor and continue its hold over the Kelantan state assembly.







Parlimen/ DUN




140 /305



23 /83




31/ 40



28/ 73


-/2

Malaysia's Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi says he will not resign despite a big setback for his governing coalition in Saturday's election.



News from harakahdaily.net....
Setakat ini, satu-satunya perkara yang dilihat wajar dilakukan oleh Abdullah ialah seperti yang disarankan oleh bapa Mukhriz sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab," Malaysiakini memetik Dr Mahathir sebagai berkata dalam sidang akhbar selepas keputusan terburuk BN dalam sejarah - empat negeri jatuh di tangan parti-parti pembangkang, tidak termasuk gagal mengambil Kelantan.

Beliau menuntut Abdullah meletakkan jawatan sambil mengakui beliau telah tersilap melantik Abdullah sebagai penggantinya.

"Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," kata bekas Perdana Menteri.

"Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah menggantikannya sebagai Perdana Menteri)."
.................................................

Whatever it is , I firmly believe Pak Lah should step down and if he doesn't , this country will be in big trouble and 4/5 years from now BN might become the opposition party .......
Sad to say the citizens living in Kemaman are still not ready to change the government... BN is still on here....


( sorry, lambang BEBAS tu tak nak duduk kat tempat dia , puas dah alihkan supaya sebaris berbaris...maklumlah Bebas buat apa saja...hihihi !! )

21 comments:

Sastri said...

it seems that he didn't get the message... even said, no pressure for him to step down... *sigh*

aNIe said...

Rina...Tempat kak lady sekarang kepunyaan PKR...memang apa yang dikatakan oleh Mahathir tu benar...seperti katanya juga...kadang2 mereka yang memilih pembangkang tu sebenarnya bukanlah pro-pembangkang...cuma itulah cara mereka memberontak pada pemerintah BN...

Harap-harap Selangor nanti akan bersih dari pemimpin2 yang korup...

ms a said...

Sudah acap kali kita mendengar mantan PM menyatakan kesal kerana silap memilih pengganti. Kini beliau meminta maaf pula. Jelas beliaulah yang bersalah dan harus pula bertanggungjawab kerana menyerahkan tampuk pimpinan kepada pemimpin yang lemah.

Unknown said...

memang dia tidak faham....susah sungguh bila kerusi terlalu empuk...selsa sungguh dia melayari mimpi!

idham

Anonymous said...

The tribe has spoken? Haha... exactly my thoughts:)

Fron now onwards, I yang tak minat politik ni dah jadi peminat setia pulak:)

Mak Teh said...

Sarina, orang macam tu manalah nak faham. He could not fathom the implications. Dia kata BN tak kalah BN menang election dapat simple majority boleh form government.

Kalau dia nak resignpun tentu menantu dia tak kasi, hehehe. Yang tukang kata kat orangpun dulu camtu gak! hehehe. Kata dulang paku serpih.

Ummi said...

Kak rina,
Ummi tak kisah sangat pasal politik ni tapi semenjak ayah balik banyak pulak info dapat dari ayah tak payah baca sebab dia terlalu minat politik..hmm dia belum bangun lagi kut..sedang mimpi indah.

silversarina said...

sastri,

pressure semakin meningkat , taktau setakat mana pak lah dapat bertahan.


kak lady,

betul tu , kena bangkit juga menuntut keadilan . Saya juga doakan agar pemimpin baru akan kotakan apa yang dikata....


ms.a ,

bila berada di kancah politik memang sukar untuk berundur dan kesalahan manusia lain memang cepat saja dikesan.. adakalanya berundur adalah jalan terbaik demi kebaikan.

thanks for dropping by :)

silversarina said...

idham,

memang benar kerana ketika ini pengunduran paklah adalah jalan terbaik untuk mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negara.


hazia,

apa akan jadi pada negara ini..semua bergantung kepada yang sanggup berkorban...

jadi PA YB ke ???? ( YB mana ye??? )



makteh,

satu negara dah suarakan hak masing-masing dan kini pemimpin pulak yang kena laksanakan hak mereka pula....

biasalah bila salah orang nampak selalu, kata orang kemaman.


ummi,

akak pun tak minat dah dengan politik tapi tumpang gembira bila pengundi yang selama ini senyap kali ini bangun menyuarakan hasrat mereka untuk berubah.

oh lalalala... bestnya ayah masih ada ye :P

Mak Teh said...

Sarina, dalam firasat mak teh gulungan yang nak dia step down akan pasang musik lebih rancak,( lagu bernama 'Oi step down Lah Oi step down Lah Oi x repeat ) macam main musical chairs. Bila musik semakin rancak tak mustahil dia akan terkeluar dari kerusi itu. Rebutan kuasa sekarang ada 3 dynasty, orang ramai pun tahu. Kita tunggu tengok ja lah. He, he, he!!

Kak Elle said...

saya tak bolih komen sori saya cuma bolih memerhatikan sahja ... tengok lah apa yg di janji dapat di tunaikan:)

Anonymous said...

Hahaha. I yg tak berape minat politik (dirty game bak kate org) ni pun tibe2 jadi minat pulak bile menyaksikan kekalahan teruk BN dlm pilihanraya kali ni. Tiap2 hari bace Utusan, Harakahdaily n Malaysiakini. Heheh.

My negeri (Perak) skarang dah jatuh kat tangan pembangkang & turut dikelilingi oleh negeri2 pembangkang lain geographically (Kedah, Penang, Selangor, Kelantan). Boleh buat blok baru ni. Heheheh. Well, hopefully it's for the better future.

To Paklah: Oit Pakcik. Tak paham2 lagi ke. Org dah taknak awak dah. Step down please.. Tebal sungguh muke..

simah said...

apa apa pun... hopefully the politics wont destroy this one country i love...

eh..ramai sangat ker orang anti pak lah akak?

rasanya dia dilantik jadi pm balik kan?

Eddie Putera said...

alaaa..tak der lambang pundak pun..mentang mentang kami tewas teruk...kesian kat kami tau.

Neeza Shahril said...

the country is over too fastgrowing for a dreamer. We don't need any sleepy head. Do we? Ni bukan kes mimpi lagi ni.. ni dah masuk mengigau tak sedar sedar.. hehehe....

Kemaman, too bad la Kak Rina.. katanya ramai penyokong kita.. yang balik dari luar pun ramai sokong kita, tapi kesian, ada lagi yang masih tak sedar...

Sue.Aleen said...

kak rina,

kita ni minat politik sebab ia membentuk sejarah negara sejak dari kita di sekolah lagi.

angin perubahan tu terasa sejak dari 99 lagi di tempat kelahiran saya. bukan takat golongan muda, tapi golongan berusia di sana pun pandai menganalisis berita dan keadaan semasa di tempat sendiri. and even the Chinese sokong PAS.. so kenapa mesti propaganda lagi yang Chinese takut kalo PAS memerintah.. tang ni yang tak faham...

and to Pak Lah.. he's too arrogant to admit his mistakes.. masih lagi meninggi diri.. & media masih tidak belajar dari kesilapan mereka..

Sue.Aleen said...

ada orang kata dia tak bleh resign dulu. kalo yang ganti tu najib lagi bahaya sebab ada kaitan dengan kos berprofail tinggi yang masih dalam siasatan (altantuya, jet sukhoi).. so depa tu better resign dua2.. wallahu'alam

silversarina said...

makteh,

semakin ramai yang laungkan agar undur, look like he is gonna stay
:(



kak elle,

harapnya tak membinasakan negara. All we need is pemimpin yang wibawa.



jhaz,

sekarang memang hampir semua rakyat celik politik, bagus juga ada arus perubahan paling tidak BN tahu muhasabah diri yang selama ini menganggap rakyat bisu ikut telunjuk sahaja.... buatlah blog baru ... makcik tunggu :)

silversarina said...

simah,

akak pun harap negara terus berjalan seperti biasa tapi sehari dua ni saham makin jatuh... kalau dibuat poll memang ramai yang nak paklah undur sebab dalam masa 4 tahun dia gagal buktikan kredibilti dia sebagai PM.



adiejin,

bukan parti you je tak masuk dalam entry akak, parti Tok Mun lambang kunci pun tak masuk book , terlebih layak :P



neeza,

kemaman/ terengganu dikatakan penduduk bandar dan pinggir pantai telah undi pembangkang tapi yang tinggal di darat/hutan/felda yang buat pilihan sehingga BN masih kekal memerintah, ni tengah isu idris jusoh yang direject sultan, sampai harini tak tau bila nak lantik MB baru... pelik tu nama mad said pun naik nak jadi MB , nasib baik awal-awal sultan reject... can you imagine dia tu jadi MB, habis warung tepi jalan di sodoknya.



suealeen,

kaum cina memang dah rasa lebih selesa dan aman tidak diganggu duduk dalam kerajaan pas sebab pemimpin pas tak banyak karenah , senang mereka buat bisnes, tapi biasalah sekarang ni nak main isu sentimen perkauman, tak sedar lagi tu dah kalah...doa akak agar semua negeri yang dia bawah BA akan berjalan lancar, aman dan selamat.

Makcik Runner said...

dah kalah pun tidor lagi pak lah tu yek...heheh

silversarina said...

KC,

bila dah ada di puncak semuanya nampak masih indah walaupun istana dah nak runtuh .