Tuesday, March 25, 2008

Selamat Bertugas Datuk !!

Alhamdulillah Mimi dah sihat sepenuhnya tapi Izzat baru mula demam sewaktu pulang dari sekolah semalam. Izzat jarang demam tapi kalau dia demam memang dia akan lembik terbaring . Semasa kecil jika dia demam dia akan merengek dan mendengus sehingga pernah kena marah sebab asyik mendengus macam sakitnya terlalu amat sakit....kini kontrol macho, suara tak berbunyi dah.. kesian pulak terpaksa mengambil ujian yang sedang dijalankan di sekolah apabila telah sembuh kelak.....



Petang semalam selepas mengambil mimi dari kelas al quran saya ke farmasi di bandar untuk membeli ubat demam orang dewasa yang telah kehabisan sebab telah lama tiada orang demam di rumah. Sampai di lampu isyarat di bandar saya ternampak banner tergantung yang menyokong perlantikan YB Md Said sebagai MB dan banner itu adalah dari UMNO bahagian Kemaman yang Md Said sendiri adalah ketuanya. Kemudian tak jauh dari situ satu lagi banner yang menyokong perlantikan tersebut dan kali ini banner itu adalah dari MCA bahagian kemaman. Rugi saya tidak membawa kamera untuk merakam gambar-gambar banner tersebut. Dalam perjalanan pulang, mimi bagitau ada helikopter berlegar , helikopter polis di raja yang membuat rondaan.




Malamnya sewaktu menonton TV baru saya tau rupanya orangramai menyambut Md Said di sempadan Pahang/ Terengganu dan mengiringi beliau pulang ke rumahnya di Teluk Kalong. Saya cuma berada beberapa minit di hadapan 'perarakan' tersebut. Terlepas 'keseronokan' itu.

Penduduk Kemaman sememangnya telah lama menanti peluang untuk ber MB kan orang Kemaman sendiri dan saya dapat bayangkan betapa terujanya mereka kerana kini impian menjadi nyata. Tidak kira apa yang dilakukan oleh Md Said sebelum ini harapan mereka sekarang adalah agar MB baru ini akan membangunkan kemaman dan menjadikan negeri ini menjadi negeri yang aman dan makmur dan tiada lagi penyelewengan dan penindasan .

Hari ini YB Md Said dikatakan akan mula bertugas...

SELAMAT BERTUGAS DATUK !!!

21 comments:

zino said...

silversarina..
ada macam macam cerita yg zino dengar di belakang tabir.. ada kah semua cerita tersebut rekaan semata atau memang ada kebenaran nya..

yang pasti perkara ni perlu di tangai dengan bijaksana.. macam menarik benang dalam tepung.. tepung jangan tumpah benang jangan putus..

jangan melakukan sesuatu yg bakal memalu kan bangsa sendiri..

MAMAMIA said...

Dah selesai ke belum kemelut MB ni? Kenapa YB kata dia mungkin tak lama pegang title ni?

Zareda Norman said...

kalau baca media alternatif, macam macam kisah di sebalik tabir kan..

apapun dengan mb baru ni diharapkan terengganu akan terus gemilang..

silversarina said...

zino,

Kalau cerita kisah salah laku md said ni kebanyakannya memang betul ,kalau kata dia samseng, memang betul, satu kemaman kenal dia samseng.. tapi ada yang kata dia kuat dan rajin bekerja.

kalau tentang bekas MB yang suka lantik kroni besut dalam banyak hal, memang betul . Sultan tak suka dia , memang betul sebab dia tak tau jaga adab dengan sultan.

Tapikan saya sebagai rakyat biasa menerima segala yang berlaku atas dasar manusia boleh berubah, semua Allah yang menentukan, samseng kepada insan yang baik adalah tidak mustahil.

Apa yang saya tak faham kenapa BN yang telah diberi mandat rakyat di negeri ini tidak dapat duduk semeja sesama sendiri berbincang demi kesejahteraan rakyat bumi terengganu ini sendiri.

silversarina said...

mamamia,

Setakat ni masih kalut besar lagi , tapi mad said ni memang jenis takkan mengalah... dia kata jadi Mb sekejap sebab kalau sidang dun nanti pasti adun BN akan adakan undi tidak percaya dan dia akan jatuh dengan sendirinya dan MB baru akan dilantik...pening-pening.


zareda,

Sekarang macam-macam orang bongkar pelbagai cerita , nak tengok dalam TV menag takkan keluar, sekarang rakyat akan tahu dari online news , memang kebanyakan cerita tu benar .

Masih samar lagi mad said akan kekal ..taktau buat berapa lama...sehari, seminggu, sebulan, setahun, sepenggal...???????

Makcik Runner said...

sekali air bah, sekali pantai berubah. manalah tahu dia kut berubah lepas ni. maklum lah, kalau buat lagi perangai haru tuh mau kena tegoq ngan pihak pembangkang aka pihak pemerintah yg baru...hehe

NBK466 said...

Kalau sedar berapa BERAT tanggung jawab jadi pemimpin nie silap2 takde sapa pun yg berani...

Mak Teh said...

Sarina, kita tengoklah dua tiga hari lagi, Pak Lah ada gigi atau tidak. Kalau ikut Perlembagaan dan Convention, Idris Jusoh** yang sepatutnya jadi MB. Ksian Pak Lah surat diapun Istana tak terima. So apa dah jadi???

** Tak bermakna saya suka Idris Jusoh tu jadi MB. Hehehe. Kalut Ganu Kite !!

Kak Elle said...

saya mmg takl ikut lansung tentang MB in Ganu..tapi apa2 pun saya harap MB terpilih akan menjalan kan kerja nya dgn cekap.

maklang said...

kita sama2 doa semoga rakyat terengganu akan diberkati Allah khususnya dan rakyat Malaysia Amnya...

Memang banyak cerita! maklang yang tak arif politik ni pun interested jugak nak tau pasal kemelut ni. Tapi manusia memang macam tu...kalau mahu berubah, akan berubahkan!

kakLuna said...

ada jugak terbaca kisah lain selain dari 'samseng' tu sampai hati berkata 'biaq betui??'.

apapun ni hak rakyat terengganu, ini pemimpin yang mereka pilih. kalau mereka boleh menerima Datuk Ahmad Said, kami yg org luar ni mendoakan kesejahteraan saja.

Neeza Shahril said...

Kalau nak kira, memang orang Kemaman suka dapat MB dari Kemaman jugak. Tapi, bila difikirkan 'perangai' dia tu, memang lah tak suka malah sakit hati lagi. Tapi nak buat camana kan. Semoga dia dapat jalankan tugas sebaik mungkin. Kita sama sama berdoa, dia insaf di atas perbuatan dia yang sudah sudah... Sekali buat silap mungkin bukan selamanya. Insyaallah...

Neeza Shahril said...

Kak Rina, lupa pulak neeza.. syok sangat pasal MB baru.. neeza harap Izzat cepat sembuh. Sekarang, musim berubah. Tu yang budak budak senang demam.. take care ya kak Rina.. :))

cikMilah said...

Macam menang sorak kampung tergadai saja layaknya....Dalam ramai-rami DUN yang menang tu, kenapa pulak Datuk Ahamad Said ni yang terpilih. Kita tunggu seminggu dua lagi..

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah. Tak kiralah bagaimana pengawalannya, asalkan pengakhirannya baik. :)

Hidup orang Kemamang!

:D

Shah CJ said...

semoga MB ganu yg baru nih akan berubah jadi baik, diberi hidayah oleh Allah dn memihak kepada segala kebaikan.

moga2 juga yang demam akan segera sembuhnya.

silversarina said...

kc,

harap-harapnya berubah !!



nbk466,

sebab tak sedar tu yang ramai nak rebut kuasa dan jadi pemimpin.



makteh,

sebenarnya I tak setuju mad said atau idris lebih kurang sama je... kalau pilihanraya semula lagi bagus .



kak elle,

macam-macam ,dah menang pun nak berebut lagi , heran betul puak-puak ni.

silversarina said...

maklang,

makin ramai orang yang makin minat politik, I pun ingat tak nak campur jugak, tercampur jugak bila tengok kekalutan ini.



kak luna,

kalau dah jahat ,sekali orang bongkar perangai jahatnya sampai semua terlondeh dibuatnya.

MB paling kalut kat ganu kite ni.



neeza,

izat dah ok, dah kesekolah hari ni, alhamdulillah.

agaknya berapa lama orang kemaman dapat MB ni, akak rasa macam tak lama je, bila tengok dia dalam TV akak tak tahan nak tergelak sebab nampak sangat berpura-pura baik nya dia...hihihi.

silversarina said...

cikmilah,

memang masing-masing tunggu dengan penuh debaran apa akan jadi pada MB ni nanti, suspen je :P



bp,

Harapnya berjalan baik semuanya... I doubt it !!



cikgu jawe,

Yang demam dah sembuh....

Yang berhormat macam okay je masuk pejabat, entahlah apa jadi seterusnya, sama-samnalah kita nantikan kesudahannya.

Cherry said...

menyinggah disini nok menyampuk psl mb jugok. dengar kisahnya dia pun serba-salah jugok. ye lah di telan mati mak di luah mati bapa. teori saya, istana pilih yg bengkeng supaya pok loh and the geng takut sikit. dok gitu. apa-apa pun ... kita berdoakanlah kesudahan yang baik untuk rakyat jelata.

silversarina said...

ninuk,

tulah heran kenapa dia dipilih dan kenapa dia terima.... anyhow, hope everything 's going on well, INsyaAllah..akak takut 'perang-perang ni '....