Monday, March 17, 2008

Tapak Generasi Berkulat.....

Kemaman telah menjadi tempat tinggal saya selama 15 tahun iaitu semenjak 1993 semasa Zaid berusia 7 tahun dan sebelum itu kami menetap di Kerteh selama 4 tahun, juga bermakna telah 19 tahun kami tinggal di Terengganu, hampir separuh dari usia saya Terengganu menjadi seperti kampung saya.

Saya masih ingat mula-mula tinggal di Kerteh, hampir setiap minggu kami akan keluar ke Kemaman/Cukai atau ke Kuantan kerana Kerteh adalah sebuah bandar mati yang tidak punya apa- apa selain kilang minyak / gas dan yang sealiran dengannya. Kerteh hingga kini masih lagi tidak punya apa-apa dan sekiranya sesiapa lalu di bahagian belakang pusat bandar baru kerteh pasti akan hanya dapat melihat deretan bangunan yang kosong yang kelihatan semakin usang. Kerteh merupakan lubuk 'orang kaya/elit ' dari syarikat minyak namun yang banyak hanyalah kedai dan restoran makan .

Cukai atau lebih dikenali Kemaman pula semakin maju degan bertambahnya bangunan walaupun saya juga tidak betah berjalan dan bershopping di sini dan lebih kerap ke Kuantan ( 45 minit dari kemaman ) . Kemaman juga merupakan lubuk golongan elit yang datang dari pelusuk tanahair dan hampir habis tanah-tanah penduduk tempatan terjual kepada golongan profesioanl dari negeri lain dan golongan ini membina istana dan mahligai di tanah yang dulunya adalah paya dan berair.

Centre Point kemaman yang juga merupakan bangunan yang berwarna oren bertapuk hitam yang amat memualkan mata memandang merupakan komplek shopping yang utama di sini . Namun begitu tingkat atas yang kosong tidak disewa sering menjadi tempat remaja lepak dan melakukan maksiat.Pernah sewaktu lepas cuti hariraya rakan saya memberitahu bahawa dia dapat laporan remaja melayu sedang aktif melakukan maksiat di situ dan apabila di laporkan kepada kakitangan pejabat agama, kaitangan itu mengatakan mereka semua masih bercuti dan tiada kakitangan yang dapat ke sana untuk menyelesaikan masalah maksiat itu. Rakan saya serta beberapa orang pemuda lagi terus bergegas ke sana dengan membawa kayu rotan dan menyuraikan remaja-remaja yang sedang kemaruk melakukan maksiat. Lintang pukang mereka melarikan diri sehingga 'pasukan pencegah maksiat' ini terjumpa beberapa helai seluar dalam yang tertinggal dek kerana terpaksa melarikan diri disergah ... saya sungguh meluat untuk ke komplek ini.....

Selain Centre Point, Casa Limbung adalah sebuah lagi komplek perniagaan yang baru dibuka semasa saya di luar negara dan sewaktu maya balik baru ni baru pertama kali saya round di situ dan kami tiba di tingkat atas yang masih kosong dan tiada/ kurang sekali pengunjung/ pelanggan. Setiba di sebuah kedai pakaian seorang makcik yang dulunya menjual di sebuah kedai kayu di tepi sungai kemaman , menawarkan harga yang murah untuk produk batik sutera dengan mengatakan.." mek, ambiklah , mokcik beri mek harga rendah... mokcik jual kat sini tak dok orang naik atas ni, sewa 900(RM) sebulang, hok dulu dok sampai 300(RM), kena pindah sini sebab kena roboh hok kayu dulu...mek ambiklah sutera ni , mokcik beri RM180 sepasang, sekala(biasanya ) RM220-250 "..... kesian saya mendengar keluhan makcik ni , belilah jugak baju batik dan kain sutera tu ....

JIka dikaji agaknya di mana silapnya... bagi saya... bangunan sudah terlebih.... tidak dirancang dengan baik dan akhirnya yang tinggal hanyalah bangunan yang berkulat menjadi tapak penggemar maksiat yang juga bakal menjadi generasi berkulat...

15 comments:

Ummi said...

Kak Rina,
Dah lama tak gi kemaman. Last sekali masa tahun 1996. Gi melawat my cousin Dr Masrina kat Klinik Nabila tu. She is my 1st cousin. Our father adik beradik. Dah lama pun tak jumpa dia. Nanti kalau jumpa kirim salam ya. If you ask her "do you know ummi?" she might not know because i am known with a different name..he he he.

silversarina said...

ummi,

Ohh Dr Masrian tu....sini orang jarang tau nama dia , ramai orang ingat dia yang nabila... mahligai dia salah satu yang dekat kawasan paya tu... I selalu beli ubat kat farmasi dia, kalau nak dapat rawatan I dah biasa dengan doktor lain...

kalau datang lagi singgahlah rumah I... rumah biasa je, tak mampu nak buat mahligai..hihi.

Makcik Runner said...

elok disimbah ngan air jer dorang2 ni kan. buat malu orang melayu jer...isy isy isy

cikMilah said...

Itu lah sedih nya, negeri makmur tapi anak negeri tak terbela. Bila orang dr negeri lain bertapak dan membina kekayaan, lain pulak ceritanya...

zino said...

tak perasan pulak hari tu lalu dah malam.. maklang pesan jangan lupa tengok globe yg tah apa apa tu hehe

Cat Cat said...

Hmmm, haven't had a chance to tour the East Coast of Malaysia... Ada chance, mesti singgah kat Kemaman... Heard alot about this town.

Sastri said...

belum pernah sampai lagi ke sana... harap-harap akan sampai satu hari nanti...

silversarina said...

kc,

kalau tengok budak melayu yang pergi situ lepak bukan yang tinggal di bandar kemaman, mereka datang dari kampung-kampung yang berselerak di sekitar kemaman... apa nak jadi :(



cikmilah,

dari sulu say perhatikan yang makin maju bukan anak negeri ( ada tapi jumlahnya kecil ), yang buat hal kebanyakannya anak negeri sendiri, sayang sekali .

silversarina said...

zino,

you lalu malam memang tak nampak bangunan kusam ni.. globe tu baru lagi jugak, dulu tak de... mimi kata globe terkoyak... erti kemajuan buat kemaman.. globe kontroversi katanya:P


cat cat,

kalau balik nanti bawak Robert and the kids melancong ke pantai timur, pantainya memang cantik... jangan lupa singgah rumah akak tau ....

mungkin baru nak membangun yang buat remajanya terlebih excited !!


sastri,

ooooo hari tu tak jadi bawak ayah berjalan ke sini lagi ye... datanglah ke terengganu.. honeymoon ke redang island ke... heheh.

NBK466 said...

Sayangnya BULE tak dpt take over T'gganu last PRU..maybe next PRU insyallah..

Neeza Shahril said...

Rindu pulak kat Kemaman.. tapi tak rindu dengan bandar yang entah apa apa tu.. betul.. neeza setuju dengan kak Rina. Tak suka pergi centre point. kalau neeza pergi pun untuk cari tudung kat bawah sekali. habis2 neeza masuk the store untuk beli food budak budak. Kat atas memang tak naik langsung. sakit hati tengok budak2 muda melepak dan tak reti hormatkan orang tua.. kadang2, neeza yang dok pegang anak pun kena usik.. tak senonoh sungguh.. dah la bangunan centre point tu macam tak sudah aje tengok dari luar..

Casa Limbung tu neeza tak sure la pulak.. yang berhadapan dengan yellow building tu ke? masa neeza datang sini hari tu, nampak jugak orang berniaga kat bawah tapi macam tak ramai orang..

kesian makcik pakcik yang dulu berniaga kat kedai kayu tu.. dulu selalu neeza pergi kedai kayu. Mak neeza beli telekung la, baju tidur la.. murah..

Anonymous said...

Kak rina
memang banyak projek kerajaan BN ni yang jadi gajah putih. Kompleks wang kelian kat perlis pun jadi stor kambing. Baru ni kami buat economi valuation kompleks tu.. alahai sayangnya.. projek berjuta tapi tak beri manfaat pun pada penduduk sekitar.. yang untung?? kontraktor dan tukang sign..

Kak Elle said...

that bad huh?..hehe

org2 O&G lah byk buat mahligai kan?

silversarina said...

nbk466,

tulah ...kena tunggu 5 tahun lagi kalau nak berubah pun :(



neeza,


memang ramai agaknya yang tak berapa gemar nak pergi kat center point tu ... tempat berpeleseran je . casa limbung tu memang masih kosong sebab mahal sewa katanya dan orang gemar pergi kedai-kedai pakaian kat bawah the store tu dan yellow town sekeliling center point tu... akak tak habis round lagi kat situ sejak balik ni, taktau nak cari apa sebenarnya ... dulu akak pun suka pergi kedai kat tepi sungai tu, kedai pakcik yang ada jual jubah tu, sekarang ni dia pun dah menjual di atas casa limbung, tak de pelanggan pun tapi pakcik tu dari dulu maintain dengan senyumannya, sabar dan tabah orang berniaga ni.

silversarina said...

zareda,

tu yang hairan, bangunan yang ada pun masih kosong dah buat bangunan lain, lepas tu habis sume kosong..pembangunan yang berlebihan buat orang meluat..pembaziran :(


kak elle,

kadang-kadang luar bandar ni sosial problem lagi teruk, skandal kalau kat felda tu macam-macam ada...

orang O&G ( dua-dua lah, yang kat hospital dan pelantar ) kaya-kaya ramai kat sini... kita lah jugak yang tak de mahligai... sekadar yang termampu, kurangkan hutang..hihi.