Saturday, February 23, 2008

Berani Macam Doktor !!

Peringatan: entry ini mengandungi gambar-gambar yang sedikit tidak selesa untuk dilihat...


Suatu masa dahulu saya dan suami pernah menanam cita-cita untuk menjadi doktor perubatan namun kerana kelayakan akademik saya tidak sampai tahap untuk ke bidang mencabar itu , maka saya hanya menerima tawaran menyambung belajar di negara polis dunia itu. Suami pula walaupun berkelayakan namun tawaran ke luar negara sukar dilepaskan begitu sahaja . Oleh itu cita-cita kami menjadi doktor tamat di situ sahaja.


Kami kemudiannya dikurniakan lima orang anak dan tanpa disangka anak kami yang ke 2, Safiyyah mula menunjukkan minat menceburi bidang perubatan semenjak kecil (anak yang lain takut darah) dan menjadi lebih ketara semasa di peringkat sekolah menengah. Walaupun dengan kelayakan akademik yang mencukupi namun dek kerana terlalu ramai pelajar yang amat cemerlang dengan tempat di bidang perubatan amat terhad, sofie hanya ditawarkan ke bidang kejuruteraan yang tidak diminatinya. Dengan sedikit rezeki yang kami ada kami kemudian menghantar sofie ke CSMU, Ukraine, satu-satunya University perubatan di Ukraine yang diiktiraf kerajaan Malaysia dan MMC.




Walaupun Sofie bertubuh kecil (ramai yang menyangka dia masih di sekolah rendah / menengah ) namun tak siapa sangka dia ni kecil-kecil cili padi...walaupun kecil dia amat berani. Dari kecil sofie bersikap berani mencuba dan dialah anak saya yang agak nakal semasa kecil.Pernah saya 'kurung' dia di luar beranda rumah kerana tidak pulang ke rumah tepat waktunya (6.45pm) , malam itu dia solat dan duduk seorang diri di beranda rumah.Dia tidak menangis waktu itu tapi lepas tu dia tidak buat lagi .





Sifat beraninya terbukti bila dia menceburi alam pengajian perubatan dengan mayat manusia seolah-olah menjadi rakan seharian. Menurutnya, di kampus mayat-mayat diletakkan di dalam sebuah kolam dan setiap group akan 'menggunakan' mayat tersebut untuk tujuan pembelajaran. Selain itu organ dalaman diletakkan di dalam sebuah baldi dan organ yang dipelajari untuk hari itu akan diambil dari bekas berkenaan.




Semasa saya ke Mesir tahun lalu saya sempat berjumpa rakan karib Sumayyah iaitu Saffaa pelajar perubatan di sana yang mengatakan pelajar perubatan di Mesir ada yang membeli mayat dan anggota badan manusia dan disimpan di rumah masing-masing termasuk diletakkan di bawah katil untuk di analisa dan dipelajari.Tak dapat saya bayangkan tinggal bersama mayat dalam sebuah rumah. (pembetulan oleh saffaa.. beli tulang dan tido dengan tulang , bukan beli the whole body !! ).





Apapun saya selalu mengingatkan Sofie agar meletakkan niat belajar apabila membelah dan menganalisa mayat-mayat tersebut dan jangan sekali-kali mengata atau menghina mayat tersebut .

Semoga anak mama berjaya di bidang yang dipelajari dan menjadi seorang doktor yang berwibawa dan solehah , InsyaAllah.

25 comments:

Kak Elle said...

syabas ada juga nanti yg bolih beri rawatan free:)dan semoga Sofie berjaya menjadi doctor pakar insya'allah.

silversarina said...

Terimakasih atas doa akak, dulu dia nak jadi pakar sakit puan tapi kini nak jadi cardiologist pulak katanya..apapun kena berjaya jadi doktor dulu .

Qaseh Bidadari said...

impian direaliti oleh anak akak...

semoga die akan berjaya dan terus maju...

mama tgk darah pon dah gigil kepala lutut n pastu sure loya2...

Cat Cat said...

Kak Rina, anak Kak Rina memang berani ya... Alamak, kalau Cath - boleh pengsan tengok mayat hari2. Taaaaaaaaaaaakut!!!

Neeza Shahril said...

respect la safiyyah.. 2 thumbs up!! semoga dia berjaya menjadi Cardiologist 1 hari nanti. Rasanya tak ramai Cardiologist especially wanita melayu kat malaysia ni.. keep it up safiyyah!! Sejuk perut kak Rina mengandungkan dia walaupun masa kecik dia buat kak Rina panas perut kejap.. heheee

zlaa said...

Eeee...seramnya tinggal dengan mayat. Tapi jadi Dr best jugak kan? Glamour. Rupanya belajarnya teruk..

SoFie NuR said...

aritu mase kls pathanat,kitorg penah tgk autopsy...baru la tau cara2 diorg wat autopsy tu..pasni mesti organ2 dlm badan mayat tu diletakkan dlm balang utk tujuan pembelajaran...

Mak Teh said...

Sarina, nampaknya saya pun dapat (insya-Allah) seorang saje doktor dalam keluarga. Walaupun ada 9 orang anak yang lain lebih cenderung pada bidang lain. Sama-samalah kita berdoa agar anak-anak kita itu akan berjaya mencapai cita-cita mereka dan yang penting menjadi anak yang solehah.

Mak Teh said...

Sarina, nampaknya saya pun dapat (insya-Allah) seorang saje doktor dalam keluarga. Walaupun ada 9 orang anak yang lain lebih cenderung pada bidang lain. Sama-samalah kita berdoa agar anak-anak kita itu akan berjaya mencapai cita-cita mereka dan yang penting menjadi anak yang solehah.

silversarina said...

mama ranggie,

Akak pun rasa lega ada jugak anak yang nak jadi doktor... akak kalau ke hospital memang minat tengok peralatan canggih yang doktor gunakan sampai pernah ada nurse tanya akak adakah akak doktor , perasanlah sekejap :)



cath,

bukan semua orang tahan dengan darah dan mayat, anak akak maya dan izzat memang ngeri tengok darah, mayat lagilah takut.

silversarina said...

neeza,

Amin. Bukan mudah , dah banyak airmata mengalir setakat ini... kuat-kuat dia adakalanya frust melanda jugak bila exam tak henti dan kena hafal beribu soalan dan notes....



zlaa,

pernah dentist di kemaman tau safiyyah nak jadi doktor , dia kata ingat doktor glamour ke, belajar dah lah lama dan susah , pastu gaji pulak sikit dan kena on-call je ... macam-macam dia kata...fikirkan semula betul apa yang dia cakap, bukannya mudah tapi kena ingat semua bidang pun kalau tak bersungguh takkan berjaya.

silversarina said...

sofie dear,

macamana lah doktor sanggup buat semua tu, mesti tak de perasaan kasihan ..demi merawat pesakit kena tabahkan hati selalu..teruskan berjuang sehingga tercapai segala yang dicita-citakan, InsyaAllah.


makteh,

ha ah betul tu, ada jugak anak kita yang berminat dan berani jadi doktor, kalau Alia tu memang layak sebab nampak karekter dia pun dah tahu , dia jenis yang berani dan tabah..... InsyaAllah berjaya bergelar doktor anak-anak kita.

aNIe said...

Kalau kak lady pun rasanya tak seberani Safiyyah...sebab kak lady ni kalau nampak darah...pengsan...hahahaha...tak tau lah kenapa...

ummu al hanafi said...

wah wah anak kak rina, sofie..
honestly, saya rasa gembira sangat bila baca entry akak ni..
bangga ada 'budak kecik' hehehehe.. berani betul pegang mayat!!
saya doakan jadi doktor pakar satu hari nanti. jadi doktor yang solehah, beriman dan bertaqwa hendaknya..amin
:)

Lee said...

Hello Sarina, wow! Is that a real cadavar?
When I was young I had thoughts of becoming a doctor, but somehow I am afraid of blood and cutting up things.
Then one day saw a young man carrying a briefcase walking towards a plane, this when I was 17, a beautiful girl holding his arm, and I told myself I want to be like that, travel.
So took up business studies instead.
Glad to read your daughter doing medicine.
You have a nice weekend, Lee.

Anonymous said...

dari mana datangnya keberanian dan kekuatan itu kalau bukan hasil didikan ibu ayahnya. Tahniah KakRina. Tahniah SofieNur juga, semuga terus berjaya dan berkat.

zino said...

semuga pulang dengan kejayaan cemerlang..

Faizah said...

Anak akak sungguh berani..
Semoga beroleh kejayaan..
Kirim salam pada dia ye..

silversarina said...

kak lady,

OOoo kak lady pun takut darah ye... pernah ada kawan hubby rebah pitam bila tengok kaki anak dia berdarah sebab luka ... pitam sebab darah ni buykan dibua-buat, semulajadi :)


ummualhanafi,

Terimakasih kerana bertandang ke mari.Thanks juga atas doa untuk Safiyyah, INsyaAllah dia akan berjaya.

silversarina said...

Uncle Lee,

Hope you're doing great despite the cold weather up there !

Yeap, it's the real and original one. In Ukraine they still use the real human body for learning.

Even though you're not a Medical Doctor , but I think you deserve to be awarded a 'Live for Love Doctor '..

Thanks for dropping by !!

silversarina said...

cikmilah,

Terimakasih atas pujian itu, namun segalanya milik Yang Maha Kuasa. Setiap insan ada kelebihan dan kelemahan diri masing-masing .


Zino,

Begitulah harapan kami semua semuga anak-anak kita semua berjaya di bidang asing-masing dan menjadi anggota masyarakat yang berguna pada negara.


faizahbelle,

InsyaAllah saya sampaikan salam buatnya dan terimaksih atas doa faizah.Take care !!

maklang said...

bertuah badan...anak2 maklang belum tahu lagi arah tujuannya...moga2 berjaya macam anak2 RIna jugak, InsyaAllah...

Sue.Aleen said...

kak rina,
kita dulu bercita-cita nak jadi neurosurgeon. ended up termasuk ke engineering. bila masuk engineering rasa best plak bidang ni... saya masih ingat waktu meeting dengan consultants/contractors, saya je pompuan.. yang lain tu lelaki...

saya rasa seronok baca entry macam ni. mesti kak rina bangga & bersyukur anak2 menjadi. ari apa tu baru je sembang2 dgn hubby nak namakan anak lepas ni jika lelaki macam nama anak pertama kak rina. tak sangka yang anak ke2 akak lebih kurang plak sebutan dengan anak ke3 saya.. hopefully depa ni pun berjaya jugak la macam anak2 akak, insyaAllah..

tapi betul.. jadi doktor ni kena sacrifice a lot. specially yang dah specialist. saya tengok paed specialists anak saya tu sentiasa ada di situ.. kekadang terpk masa dia dengan keluarga dia. mesti terhad kan.. pastu kena plak wat decision yang sukar - tentang nyawa manusia.. kata nurses kat situ, "dok kat sini sentiasa berdebar je sebab berdepan dengan nyawa baby".

silversarina said...

maklang,

nanti tibalah masanya maklang pulak lihat kejayaan anak-anak satu-persatu, InsyaAllah... kebiasaannya bila dah sorang berjaya yang lain akan menyusul.

silversarina said...

suealeen,

Kadang-kadang apa yang kita citakan tak menjadi kenyataan tapi tak bermakna bidang lain yang kita ceburi tidak menarik dan mencabar.Semuanya atas usaha bersungguh dari kita , segalanya akan berjaya dan seronok diceburi,InsyaAllah.

Bagi anak-anak , kita ibubapa dapat lihat potensi mereka sejak mereka kecil dan sebelum apa tindakan yang kita lakukan elok mendapat pandangan dan persetujuan anak-anak sendiri. anak-anak akak sejak kecil memang akak beri kebebsan memilih bidang yang mereka minati asalkan ianya baik untuk mereka dan agama . Sentiasa beri sokongan dan tunjuk ajar dalam bidang yang mereka sukai.Masa mereka masih kecil akak bertindak sebagai guru mereka juga semasa di rumah siap buat soalan exam selain buku ulangkaji yang banyak dibeli sebagai persediaan. Mengaji quran wajib setiap hari selepas maghrib ,barulah buat kerja sekolah. Bila routine anak-anak dah tau , bila mereka meningkat besar, semuanya akan jadi lebih mudah tak perlu memaksa mereka belajar kerana mereka sudah tahu apa tugas mereka.

InsyaAllah sue jugak akan dapat anak-anak yang baik pekerti , bijak dan cemerlang.