Thursday, February 28, 2008

Kasihku tetap MEMBARA......

September 2005 tarikh bermula,
Foto wajah mu mama tatapi;
Perasaan gusar bercampur gembira,
Apakah ini benar bukannya mimpi ?

Azra itulah nama yang diberitahu,
Buah hati Zaid idaman kalbu;
Terkesima Mama bila dapat tahu,
Negeri Sembilan asal usul mu ( ??? ) .

Januari 2006 kita bersua sudah,
Bersalaman sambil bertentang mata;
Redup ayu wajahmu terserlah,
Tak sangka bijak Zaid dalam bab CINTA.

Berbulan sudah kita berkenalan,
Namun kata putus belum mama berikan;
Bukan tak setuju tapi sedikit kegusaran,
Usia muda masih jadi halangan.

Jun 2006 kita musafir bersama,
Bumi Turki kita jelajahi;
12 hari jalan , makan , tidur bersama,
Dirimu cukup untuk mama kenali.

Sebelum dirimu kembali ke Mu'tah,
Di bilik tidur atas kita bertemu;
Masih ingatkah Raja telah bertitah,
Yes, mama telah beri restu.

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Hugs Comments



Bermula sudah episod baru,
Mama mula mengenali dirimu;
Seluruh keluarga telah diberitahu,
Tentang bakal menantu berwajah ayu.

Lemah lembut gerak gerimu,
Ladylike, tak banyak bicara;
Mama pula terasa malu,
Mama ligat kalah orang muda.

April 2007 kami bertandang ke Mazar,
Cincin disarung tanda pertunangan;
Legalah mama tanda cinta benar,
Bukan hanya sekadar berkawan.

Julai 2007 pernikahan termaktub di bumi anbiya,
Sah lah sudah Azra menantu mama,
Airmata menitis tanda gembira,
Gusar jugak takut jadi monster mama.

Mama di sini kalian berdua di sana,
Rindu di hati kadagkala menjelma;
Namun mama tahu kalian bahagia,
Kalau Zaid buli cepat-cepat bagitau mama.

Anak atau menantu sama sahaja,
Kasih dan sayang tetap membara;
Semoga Azra dilimpahi RahmatNYA,
Menjadi insan solehah hendaknya.

22 comments:

Mak Teh said...

Sarina, amboi bagusnya mak mertua! Mak teh ni tak tau nak jadi yang macam mana. Tapi jangan takut mak teh jenis terus terang walaupun tak pandai cara sarina yang bermanja-manja. Kalu mak teh diam tu tanda satisfactionlah, semua OK.

Ummi said...

Alah bestnya kalau dapat mak mertua macam kak rina.. Sporting lah..

silversarina said...

mak teh,

Mak mertua zaman new millennium memang kena berterus-terang, senang cerita, anak menantu pun mudah faham :)

silversarina said...

ummi,

Eehhh sebelum dapat menantu memang screen betul-betul, bukan terus dapat green light... dah jadi menantu..lega dah tamat tugas menscreen :P

Neeza Shahril said...

Kak Rina dah ada menantu rupanya.. errrr.. kalau neeza single agaknya nak tak kak Rina ambik neeza jadi menantu? heheheee.. mesti tak.. sebabnya.. neeza terlalu berumur untuk anak kak Rina, duanya neeza cepat naik angin.. hehehe.. nanti Kak Rina yang pening kepala.. heheeee.. *gurau di hari minggu*

silversarina said...

neeza,

Zaid dan Azra masing2 masuk 22 tahun ni... .. kalau neeza muda dari tu mungkin boleh dipertimbangkan..... kena ukur tahap 'hot' nya dulu..hehehe.

silversarina said...

neeza,

nak kenal menantu akak kalau lapang jengoklah blog lama akak...
http://loveujordan.blogspot.com

cikMilah said...

menitik aie mato den baco ni hah! Sobak dodo, tompang gombiro....

cikMilah said...

menitik aie mato den baco ni hah! Sobak dodo, tompang gombiro....

Anonymous said...

menitik aie mato den baco ni hah! Sobak dodo, tompang gombiro....

zlaa said...

Bestnya dapat mertua macam ni. Mertua kaki blogger.

Qaseh Bidadari said...

seronok kalo dapt mak mertua mcm akak ni...x de beza anak dan menantu...mama pon nak ikut contoh akak lah...jgn pilih kasih...

zino said...

silversarina..
anak menantu baca tak blog mak mertua dia ni hehe..

Anonymous said...

Amboi, sakan berpantun, terer jugak kak Rina ni:)

Anonymous said...

untung dapat mak mentua macam nikan...tahniah Rina!

Maklang nak manja dengan Rina boleh ke???

Neeza Shahril said...

alahaiii... lembutnya iras wajah menantu Kak Rina.. memang padan dengan Along. Dari raut wajah, terserlah wajah keibuan dan wajah seorang isteri solehah. Insyaallah..

heheeee.. 22 ye umur dia.. beza 11 tahun tu dengan neeza.. heheheeeee...

silversarina said...

cikmilah,

Apo dayo den duduk jauh ha, tak dapek den nak kosat air mato ekau... ( nampaklah en zino ni matilah kena kena kutuk cakap N9 kurang boto..).

Apopun memang den sayang bona kek monantu den tu :)



zlaa,

Mertua blogging,menantu cooking..and then sama-sama eating.... baik mertua ni ...hehehe.


mama ranggie,

pengalaman mengajar diri akak agar sayang menantu macam anak sendiri, lagi pun zaman dan budaya berubah , layan dengan baik hati kita jadi tenteram dan damai.

silversarina said...

zino,

menantu den memang peminat blog mertuo dia, silent reader, keluarga besan den pun baca jo blog ni .... tak boleh do nak mengato , kena baik sokmo lah jawabnya .... ( maaf campur aduk bahasa )


hazia,

Pantun udak sekolah rendah bolehlah akak... tq for dropping by.


maklang,

nak manja dengan I?????
Nanti I buatkan pantun sampai 50 perenggan biar tak jadi nak manja, meluat nak baca pulak jadinya :)


neeza,

wajahnya sama dengan adik dia , masa akak ke rumah besan adik dia ada , sebak akak sampai menitis airmata kerana terasa rindu sangat kat azra , perasaan yang datang tiba-tiba, macam anak sendiri rindunya. Yelah kan dia dah jadi isteri yang berkongsi suka duka bersama anak akak , itu dah lebih dari pengorbanan sejati.

IKHWANI said...

wah bagus ni kak rina, mertua blogging, menantu cooking! hehehehe...lepas tu sapa nak kemas? hehehehe...*tunjuk kat menantu*

jagoan said...

boleh dirumus tak?

Kak Elle said...

mother in law of the year!!!

silversarina said...

ondeonde,

bab mengemas hak mutlak menantu... hehehe.. hormat orang tua :)



ah tok,

usah pilih kasih , anak dan menantu sayangnya mesti sama.

Thanks for dropping by..kenapa ah tok, tak atok ???


kak elle,

Thank you... setakat ni boleh lagi jadi mak mertua paling sporting sbab tak jumpa lama... ;)