Friday, February 22, 2008

Siapa Wakil Rakyat Anda ????

Sepanjang minggu ni dah naik muak bila tonton TV dan dengar radio, tak de bab lain selain hal calon-calon pilihanraya umum ke 12. Pelik tu rupanya ramai yang mahu bertanding untuk menjadi wakil rakyat . Ramai yang menawarkan diri menabur bakti kepada masyarakat dan rakyat negara tercinta.






Mungkin bagi saya yang hanya menjadi seorang warganegara yang layak mengundi, tidak dan tidak akan bercita-cita menjadi wakil rakyat mahupun isteri kepada wakil rakyat. Jawatan yang pada saya amat rumit dan memerlukan komitmen yang melebihi 400% dari kehidupan seharian dan bukan mudah untuk memuaskan hati semua ahli masyarakat. Seorang wakil rakyat dan keluarganya akan diperhati dan diteropong bukan hanya dengan mata kasar malah lebih dari itu, sampai ke tahap diteropong dengan mikroskop dan teleskop dan pelbagai skop lagi. Sedikit kesalahan akan cepat menjadi besar dan tersebar ke seluruh pelusuk negara. Seolah-olah seseorang wakil rakyat dimestikan menjadi bebas dari kesilapan dan dosa yang memangnya mustahil sama sekali.






Sedikit peringatan bagi diri saya sendiri agar tidak mudah menuding jari kepada wakil rakyat jika sebarang perkara itu tidak menepati kehendak diri saya sendiri kerana saya perlu sedar bahawa seorang wakil rakyat seperti manusia lain juga yang punya kelemahan dan kekurangan. Dalam pada yang sama saya haruslah bijak memilih wakil rakyat yang lebih berwibawa dan lebih menyerlah dalam membawa keharmonian dalam dunia dan akhirat bukan setakat dunia material semata-mata.Seorang wakil rakyat bagi saya adalah seorang yang sanggup berjuang jiwa dan raga menuju ke arah yang satu , redha Ilahi matlamat diutamakan dari segalanya, InsyaAllah.


biskut semperit pertama saya yang dibuat semalam... jemputlah 'makan' sambil fikir-fikirkan hal wakil rakyat...


Marilah semua pengundi kita fikirkan sejenak, wakil rakyat manakah yang mahu kita jadikan wakil kita ...renung dan fikirkanlah, undi adalah hak anda, tiada siapa dapat merampasnya......

14 comments:

Anonymous said...

hmmm, baik makan samperit dari tengok TV dan bendera ni kan...
Eh, apa hal BN T'ganu ada yang tak puashati tak terpilih jadi calon tu?

silversarina said...

Tulah kan ,baik makan biskut lagi best....

tulahkan bila ramai sangat nak jadi wakil rakyat sedangkan kawasannya tak banyak, pengikut setiap calon masing-masing nak naikkan calon mereka... dah jadi timbalan menteri digugurkan memanglah nampak macam tak logik..ngamuk, ngamuk.. den tetap dengan calon yang den dah berkenan :)

zlaa said...

Kak Silver, despite of minus degree kat sini, I pun dah rasa bahang Pilihanraya bila tengok banner, bendera-bendera kat blog you.

zino said...

yg terpilih jadi calon tersenyum lebar.. semua kembang hehe..

yg tak terpilih monyok la pulak..

pB said...

apa apa pun

siapa saja yg berjaya , kenalah ingat dunia akhirat.

kat sana nanti , jenuh nak menjawab kalau kat dunia ni buat benda tak betul.

Kak Elle said...

saya tak kisah sape wakil rakyat tapi saya nak itew semperit bolih tak?...haha

silversarina said...

zlaa,

wah begitu patriotiknya kawan akak di UK ni... tak pe kalau panas bukak je tingkap tu, kejap je menggigil...hehehe.


zino,

Tulah yang heran bila tercalon senyum lebar je... kalau I takut..patutnya yang tak terpilih yang senyum tak payah kendong masalah rakyat... kita bukan politikus lain fikirannya :)

silversarina said...

pb,

tulah yang kena ingat selalu pada YB agar tak lupa yang kita ni semua hamba Allah.


kak elle,

akak senang , mai join I makan semperit yang tak berapa cantik ni :P

Makcik Runner said...

saya pun lagi suka minum petang makan biskut samperit dari berdiskusi pasal politik ni. tataulah wakil rakyat yg dilantik skrg ni betul2 wakil rakyat yg nak tolong rakyat ke atau nak tolong diri sendiri jadi kayaaaaaaa...warghhahaha!

blackpurple @ jowopinter said...

BULATkan fikiran. Tak payah TIMBANG-TIMBANG dah...

Hehehe!

Mak Teh said...

Sarina, sila baca entry mak teh yang terbaru. Mak teh pun tak suka tengok tv dan tak pandai? pula nak postkan gmbar-gambar macam u. Bahasa mak tehpun berperi-peri. He, he, he!

silversarina said...

kc,

kalau ikut logik da yang nampak di mata wakil rakyat rata-rata adalah yang kaya-raya ..well, mungkin diaorang keturunan kaya :)



blackpurple,

Bulat macam bulan mengambang tu ke ..hehehe :P


makteh,

nanti I baca entry baru tu ,apa pulak tak pandai berbahasa terperi-peri, makteh lagi hebat dengan bahasa mahkamah , susah orang nak sangkal :)

maklang said...

laaa..iye ke???kami memang jarang tengok TV1,2 dan 3...maleh..entah apa yang dibebelkan...

anyway, maklang tunggu lah kueh tu kot2 'ter'tiba kat rumah ni...he..he...

silversarina said...

maklang,

dah nyampah sangat nak tengok tv dah tu yang terbuat kuih ... segan nak bagi kat sifu kg baru...hehehe.