Sunday, February 10, 2008

Sorry...TRY AGAIN...


Tahun Baru Cina baru ni kami juga seperti bersama 'beraya' sebab tetamu hadir tanpa henti dari pagi sampai hampir pukul 6 petang..dimulai dengan kawan-kawan izzat yang datang untuk siapkan assignment BI diikuti dengan kawan-kawan maya yang hadir bertemu maya dan akhir sekali kawan-kawan my hubby datang menghantar surat jemputan kahwin salah seorang darinya...meriah sekali rumah kami hari tu...Kebetulan memang saya plan nak masak mee soto dan yugurt cocktail, so memang rezeki mereka pada hari itu.


juadah yang saya sediakan...


Sebelah petangnya my darling hubby buat plan tergempar...pergi Kota Bharu... telah 6 tahun kami tidak menjengok ke KB yang dahulunya merupakan 'kampung ' ke2 kami iaitu semasa Zaid bersekolah di sana kami ke sana 2 kali sebulan .






kawan-kawan izzat menjamu selera ....




Sebelum subuh JUmaat kami bertolak ke KB dan misi pertama terus ke Pengkalan Kubur nak bershopping...sempat terperasan wajah encik zino yang memang ke Kelantan juga.... rupanya bukan dia (dia sms kata tekaan saya kurang tepat ! )...Shopping pada hari Jumaat itu adalah dilepaskan dari tax khas buat hari itu sahaja, belilah set arcopal, corelle atau apa sahaja tidak akan diperiksa oleh pihak kastam semasa keluar dari kompleks membeli-belah tersebut.Usah dikata ramainya manusia membanjiri kompleks ini. Saya juga sempat membeli set cadar+comforter 100% cotton yang dahulunya saya pernah membeli di sini yang memang tahan lama dan sejuk kainnya dan dikenakan tax RM30 semasa membelinya dahulu, kali ni tak perlu dibayar..dalam katalog direct selling ianya berharga hampir RM500 tapi di sini amat murah( tak nak reveal harga, sapa nak tau kena pergi sendiri...hehehe !! ).



Selepas solat Jumaat kami ke KB Mall untuk lunch sahaja, nak shopping dah kurang mood sebab dah dapat apa yang dikehendaki sebelum ini. Sempat berjumpa sahabat dari Penang yang kebetulan datang ke KB .Jalan dari pengkalan Kubur ke KB Mall jam teruk sebab dari 3 lanes jadi 1 lane semasa di atas jambatan.





ambil nafas sebentar di Pengkalan Kubur...



Oleh kerana kami pergi ke KB secara tergempar, maka hotel tak ditempah lebih awal... kami memulakan pencarian hotel bermula kam 6 ptg.... bayangkan 20 hotel yang kami singgah dan telefon semuanya full house.Dari hotel 'tahi bintang ' (yang mulanya saya bertegas taknak) hinggalah ke 5 bintang semuanya penuh .Kami mulanya bercadang selepas berehat di hotel kami akan ke Stadium kota bharu untuk menyaksikan pelancaran Tahun Melawat Kelantan dan Sabtu kami ingin melawat mudir sekolah zaid dan sahabat kami yang baru pulang dari Jordan.





Namun kini hampa dan badan terasa letih teramat sangat. ...kami mencari dan mencari dan anak-anak mula buat kelakar setiap kali hotel diberitakan full, mereka katakan ayah tak dapat cari clue "The Amazing Race" , so kata mereka..."Sorry, Try Again".....kami akhirnya membuat keputusan untuk terus mencari hotel di pinggir bandar dan itu membawa kami ke Pantai Irama, Bachok namun hotel dan motel di tepi pantai hingga ke Tok Bali semuanya masih..."Sorry. Try Again "...... kami terus mencari dan akhirnya hotel ke 21 ...Hostel Latihan Dan Rekreasi Taman Rehlah di Pantai Bisikan Bayu di Kuala Besut yang menemukan kami dengan clue tersebut.... itupun yang tinggal asrama dengan satu bilik ada 4 katil tingkat dan satu bilik air..... jam menunjukkan 10.30malam, telah 4 jam kami mencari hotel, tak kira dah, hostel ke motel ke janji ada katil dan bilik air, kami terus terima. Alhamdulillah dalamnya ,cadar serta bantalnya bersih dan ramai penginap yang berkeluarga juga singgah bermalam di situ.



inilah bilik asrama kami di Taman Rehlah, Pantai Bisikan Bayu....






Sabtu ,kami tidak lagi kembali ke KB sebaliknya meneruskan perjalanan pulang ke Kemaman dengan singgah di Kuala Terengganu dan tiba di sebelah malamnya .




dapat jugak berehat di Pantai Bisikan Bayu...cantik....


KOta Bharu kini bukan lagi seperti dulu, jika dahulu kami senang mencari hotel dengan hanya walk-in tapi kini jika anda tidak mahu menerima kad "Sorry, Try Again" buatlah tempahan lebih awal.......




(pada En Zino dan family, maaf dipinta kerana tidak dapat bertemu kali ini...InsyaAllah ada rezeki kita bertemu di lain masa...)

22 comments:

Kak Elle said...

wow...wow ...puan Rina bershopping lagi...

takpe lah asal dapat tilam untuk tido jadikan?selesa juga nampak double decker tu...

wrong person?bukan tuan zino?try again....hahaa

Cat Cat said...

Kak Rina,
Shopping sakan nampak... Hehehe.
Mee Soto dengan bergendil tu nampak sedap Kak Rina... Time chinese new year ni, memang susah nak carik hotel... Semua fully booked, kan..??
Kalau Cath tak dapat hotel jugak, kita bermalam aje dalam kereta... HEHEHE!!

silversarina said...

kak elle,

Shopping sakan , itupun kena sekat jugak :)

Itulah janji ada tilam dan bantal, memang dah tak larat sangat .


cath,

Cuti CNY ni memang semua orng ambik kesempatan bercuti sakan, kereta dari Singapore pun banyak... ingat kalau by 11pm tak dapat hotel, kena cari masjid atau stesen minyak tumpang tido kat parking lot atau bentang cadar yang baru dibeli hamparkan atas pasir pantai(waduh, sayang cadar baru tu ).

Unknown said...

wah happy saya dengar silverrina ke kelantan...dan menyumbang ka arah ekonomi negeri setelah bershopping sakan!

kalau bagitau, mungkin boleh saya syorkan bermalam di rumah kak saya ...tak jauh dari KB tu ..hehehe.

apa2 pun, dah semakin sibuk rupanya kelantan - siapa tu yang dok hotel2 tu??

idham

Ummi said...

Eeee tak acinya bole sampai ke kelantan.. ummi nak kena tunggu ayah balik baru bole jalan..

shopping ek? jeleslah..

silversarina said...

idham,

Memang tak sangka semua hotel penuh, kereta dari J/K/S/ dll sampailah Q nombornya ada kat hotel di KB, pelik tu sampai ke Tok Bali siap ada family day lagi kat situ... Tq ,nanti kalau kesana lagi tak dapat hotel, I contact you :)

Orang duk heboh kelantan tak maju, entahlah mungkin orang yang tak pergi je kata macam tu..


ummi,

Sianlah abangnya belum balik lagi.. nanti berjalan dan bershopping sakanlah ummmi ye :P

Neeza Shahril said...

sedapnya soto!!! neeza sukaaaa sangat.. nampak tu pun dah yummyyy.. jauh berjalan sampai ke KB kak Rina.. KB Mall tu neeza pergi last year. beli handphone yang neeza still pakai till now. murah je :). takpelah tak dapat hotel. the hostel pun okay gak. asalkan dapat tido...

aNIe said...

Sarina...nampaknya macam rina yang ber Kong Hee Fatt Choi...hehehe...diorang dtg tu dpt ang pau tau?

Nampaknya Kelantan sekarang dah ramai pelancong ye...Kak lady ni dah hampir 15 tahun tak ke Kelantan...mesti dah banyak perubahan kat sana...

maklang said...

Kalau tau nak shopping, maklang kirim corelle lagi! Tahun lepas kirim kat Kak Elle...

Nanti datang rumah kita lagi laa eh...

Zino ada kata yang tekaan Rina salah! Yang maklang pulak, masa tunggu Zino nak datang tu, dok kata kat cik Abang, tunggu Unser maroon kat simpang depan rumah tu...sampai ke sudahlah tak ada..Nasib baik Zino call, senang jumpa rumah!

zino said...

silversarina..
siapalah agaknya yg rina jumpa di kota bahru tu hehe..

jumpa maklang memang happenning... nanti cerita..

NBK466 said...

Wah..akhirnya dot gak bersua muka dgn wajah KB Mall yg ada sorang blogger tuh dah jadikan 'rumah kedua' beliau..he.he.he..

P/S : Pn Rina pun ada 'makan besar' on CNY ek..good..good.. he.he.he..

silversarina said...

neeza,

Kaki dah tak larat nak merayau kat KB Mall tu sebab letih jalan di Pengkalan Kubur, nak main bowling pun dah tak larat... lain kali kena plan betul baru best pergi KB.


Kak lady,

Tulah tak sempat beli sampul angpau yang merah, yang ada sampul hijau balance hariraya , so tak bagilah...hehehe.

KB kini dah banyak berubah .

silversarina said...

maklang,

Sorrylah, I pun pasal pergi tergempar dan shopping pun tergempar jugak, next time kalau I pergi I bagitau.

Laaa nyaris zino call kalau tak sampai kucing berjanggut paklang tunggu unser maroon zino...hehehe.


zino,

kembar zino kot yang I nampak, masih ingat muka 'zino' itu... next trip ke Kelantan kena singgah kemaman pulak ye :)


nbk466,

KB Mall jumpa , hotel yang tak jumpa itupun bukan tak jumpa tapi tak de yang kosong....

Kebetulan macam raya pulak hari tu, kira makan besar jugaklah :)

Sastri said...

waaa... shopping banyak tu... soto tu plak nampak sedapnyerrr... salah satu sebab sas tak ke mana ialah hotel semua dah penuh dan kawan sas tu plak buat rancangan nak walk-in... malas la nak ikut sebab tau, pasti susah...

MAMAMIA said...

Ada orang cakap kalau nak ke Kelantan or Trengganu masa cuti CNY kena book hotel well in advance.

Apasal Kak Rina tak bawak tent yang ari tu? Boleh camping betul2...

Aiyah Nonya said...

Sarina, thanks for the lovely cupcakes. They are really beautiful.

I know what you mean when you said you can't find any rooms during the holidays. I encounter that when I went to Melaka with out any reservations. In the end we found one far away from the city.

Sue.Aleen said...

kak rina,
sue pernah jadi macam ni masa merdeka holiday last year. pergi cameron highland. asyik "sorry.. try again" je. semo apartment, semo bilik penuh. seb baik tempat sejuk. ended up dapat tempat sebijik je kita tengok cam bilik kak rina nginap tu... huhu.. tv pun hitam putih! :P. tu la suka sangat spontaneous (tapi tak pernah serik pun.. pastu buat lagi). last year almost every weekend pegi JJCTT (jalan2 cari tempat tido) je.. tahun ni je tak gi memana lagi sbb si kecik lom kuo spital..

silversarina said...

sastri,

Akak dah agak hotel penuh tapi tak sangka yang mahal-mahal yang 5* pun penuh, ingat mesti ada 1/2 bilik yang direservekan ke..malang nasibku.



mamamia,

tak teringat pulak nak bawak khemah sebab dalam hati kata takkan 1 bilik pun tak de kosong, malam tu bila mengagau cari bilik memang masing2 kata kalau ada khemah ok jugak boleh tido tepi laut je :)

silversarina said...

aiyah nonya,


You're welcome .How I wish I could deliver the cakes right in front of your door..anyway hope you enjoyed your CNY celebration.

At first we thought by searching for the hotel at the outskirt would be fruitful, how wrong we were and that's what led us looking at all the beach hotels and motels and we ended up at the hostel :)


suealeen,


OOO hostel you ada tv, akak punya teruk lagilah tak de tapi ok jugak ada air-cond dan yang penting bersih. Agaknya kita ni serupa kuat berjalan and pakai redah je tak kira , I dulu kalau merancang selalunya tak jadi dari plan A sampai ke D pun ada sebab hubby selalu kena pergi out station short notice diberi.... now ada peluang je kami jalan tapi kalau boleh memang nak tido kat hotel yang berbintanglah tapi kali ni tak dapat yang ada bintang tu :)

Makcik Runner said...

chek pernah bermalam kat hostel camni masa outing dulu2 ngan member2 sebelum kawen. utk budget travellers mmg lah bagus sbb kita bukannya spend masa kat situ jer. nama pun melancung...

yg tak bestnya time nak mandi pagi tu berebut sket pastu air keluar sikit jer...tak puas mandi. kena tunggu org sumer dah mandi baru leh mandi pepuas...hehe

Mama Rock said...

kak rina, kat malaysia ni sekarng pantang ada long weekend, jgn harap la dapat bilik kat mana-mana. that means the campaign of cuti-cuti malaysia tu memang le berkesan :)

silversarina said...

kc,

Kat taman rehlah ni tandas dalam setiap bilik, so tak kisah sangat sebab kami sewa semua katil yang ada(8 katil) tapi airnya memang rasa macam air laut , mandi pun tak sedap :)


mama rock,

betul jugak cakap you sebab dulu kalau pelancong mesti foreigners tapi now malaysians sendiri dah suka melancong dan memenuhi hotel di musim cuti. I pun kata pada my hubby kalau kita orang buat hotel sure laku punya sebab memang tak cukup .