Friday, February 29, 2008

Adakah anda berwajah Malaysia ????

Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia.





Walaupun begitu tidak semua manusia di dunia ini mengenali Malaysia dan wajah rumpun Melayu .



India





Indonesia




Pernah semasa di Jordan drebar taxi dengan yakin mengatakan Malaysia adalah di benua Afrika apabila ditanya di mana letaknya Malaysia. Pernah juga di Amerika Syarikat, mat saleh di sana masih tidak tahu Malaysia di mana namun bila dikatakan Malayisa jiran Singapura secepat kilat terus dia tahu lokasi tersebut.

Korea Selatan





China







Saya berkulit sawo matang dan telah disalah ertikan oleh ramai manusia terutama bangsa arab yang kurang pengetahuan amnya , bagaimana rupa dan wajah orang Malaysia.






Jepun





Saya pernah di katakan berasal dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Bangladesh, India, Jamaica , Jepun, Korea dan China.... hanya segelintir yang meneka saya dari Malaysia. Pelik kerana dari Jamaica ( kulit gelap) hinggalah China ( kulit putih) ditekanya asal saya.




Jamaica









Bangladesh




Anda pula bagaimana ??? Adakah anda berwajah Malaysia ???

22 comments:

Sastri said...

saya berwajah malaysia... pernah dikatakan berbangsa Cina banyak kali sehingga dimarahai seorang Ah So kerana tidak boleh bercakap dialeknya sedangkan berwajah dan berkulit sebangsa dengannya... dan dikatakan berbangsa Punjabi sebanyak 2 kali... huhuhu...

zlaa said...

Di tempat saya tinggal sekarang Malaysian agak well known. Dan reputasi kita agak baik. Kalau nak sewa rumah, memang jadi rebutan tuan punya rumah sewa. Kadang-kadang berjalan di bandar, ada beberapa kali Mat salleh datang bertanya adakah kami Msian? Dan terus berjabat tangan bercerita ttg pengalaman manis mereka di Malaysia. Baru-baru ini seorang Arab Jordan datang bertemu suami memohon untuk menjadi ahli masyarakat Melayu di sini. Ditanya mengapa ingin menjadi ahli, katanya di mana ada Msian di situ ada rahmat. Ha..tu dia..

Tetapi ada juga yang menyangka kami berbangsa Cina, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Neeza Shahril said...

errr.. ada kot wajah Malaysia. Ye ke? Malaysia sendiri berbagai wajah macam mana lah orang nak tahu itu Malaysian kan! Di Saudi ni, ramai yang kata sama ada Neeza ni Filipino atau Indonesia.. sebab diorang tak jumpa ramai Malaysian di sini.. :)

silversarina said...

sastri,

Pelik jugakkan, dikatakan berbangsa Cina dan jugak Punjabi...mata sepet hidung mancong ni kot... :)



zlaa,

Emmm rahmat melimpah bagi rakyat malaysia, Alhamdulillah.

Wah... memang kita ni wajah berbilang bangsa dan negara.


neeza,


Betul tu, wajah malaysian pun pelbagai menyebabkan sukar untuk diteka... memang Indonesian dan Filipino dah lama bertandang ke negara luar mencari rezeki sebab itu mereka lebih dikenali.

zino said...

kena lah buat promosi lebih lagi supaya malaysia ni terus di kenali..

zino said...

kena lah buat promosi lebih lagi supaya malaysia ni terus di kenali..

Mimiamilia said...

Saya? Saya selalu orang ingat dari Indonesia. Mungkin sebab ada muka jawa kot. Yang best tu naik MAS pon pramugari ingat from indonesia.Apolaaa..

NURAZZAH8 said...

nak tahu majah Malaysia sejati? tengok rupa orang asli Jakun dan Semang tu..haa..tu lah wajah Malaysia yang sebenarnya... kita yang lain-lain ni sebenarnya mmg kacukan dari pelbagai negara...orang Melayu pun kalau dikaji asal-usul datuk nenek moyang mmg kebanyakan berasal dari Indonesia (kepualauan Riau dsb) sbb dulukan semua kita ni dari satu rumpun. Kepualauan Melayu terdiri dari seluruh Indonesia, Filipina, Brunei, Tanah Melayu. Apalagi setelah penjajah membawa masuk kaum Cina dan India, maka semakin pelbagai wajah-wajah Malaysia...
ramai ibu dan nenek Melayu yg asalnya adalah anak Cina yg diserahkan kpd orang melayu utk dibela. Apabila besar berkahwin dgn prang Melayu, maka dapat lah anak2 Melayu yg bermata sepet, begitu juga apabila berkahwin dgn keturunan India ... manakala di Melaka terdpt pula mereka yg berketurunan Portugis (negara yg menjajah tanah melayu dahulu) ...
Sebab itu Malaysia ialah sebuah negara yang unik...

Mak Teh said...

Rasanya saya bolehlah dikatakan berwajah Malaysia . Pak haji pula tegas menyatakan dia melayu jati. He, he, walaupun ramai orang pernah memanggilnya Abu Bakar Bashir, Osama , Baba Jii, Uncle Jhonny, dan Benggali he! Bila kami pergi melancong orang dari kumpulan di atas itu akan menegurnya dalam bahasa mereka. Actually sangat lucu lah.

Dari penggalaman anak-anak pula, orang arab suka Lia dan tak percaya dia melayu, orang Khzakstan suka Yanna sampai nak carikan jodoh kalangan mereka untknya, Ude more Pakistani, Ally mcam arab skit Alan melayu tapi tubuh besar, Zed macam campuran tak tau apa. Nampaknya nilah keluarga malaysian sebenar, hehehe. Kami sangat bangga di kenali sebagai Malaysian.

Anonymous said...

saya mmg berwajah malaysia lah, mane2 saya pegi org tau saya org malaysia,
byk tempat dah saya pegi, kuching, langkawi, kota kinabalu, kuala terengganu, kota baru dan banyak lagi hehehehe

juwaidah said...

Salam..

Ni first time meninggalkan jejak di sini.. Can you give me your e-mail address? Ada somebody yang dapat kerja di Jordan, dan nak tanya tips drp org yg pernah tinggal di sana. You can email me at juwaidahsharifuddin@yahoo.com

Thanks!! :)

Faizah said...

Kak Sarina..
Di France mereka kurang mengenali malaysia..tapi bila ckp indonesia,Thailand,Singapore..tau ajer..

Kalau kat France ni mereka kata kami ni dari Madagascar..mmg kita ada rupa org Madagascar..sama tapi x serupa..

silversarina said...

zino,

Part tu rasanya memang dah diusahakan namun bangsa kita masih sedikit merantau berbanding warganegara asean yang lain.



mimi amilia,

Apa kabar ? Lama makcik tak jengok blog mimi.

Ni mesti memang sebiji macam Indonesian...yelah kita semua kan serumpun.

silversarina said...

Nurazzah,

Agaknya kalau orang Malaysian yang asli lagi payah orang luar nak kenal dari negara mana, I sendiri kurang mengenali mereka ini, cuma I tau melalui lawatan ke Muzium Orang Asli di Gombak dan lawatan ke penempatan orang asli di Tasik Chini, setiap suku kaum orang asli berbeza .

Betul kata you, bangsa Malaysia ni dah bercampur sejak sekian lama dan agaknya nak cari satu keluarga yang pure melayu 100% pun sukar, begitu juga dengan bangsa lain di Malaysia ini.

silversarina said...

mak teh,

Alia tu memang sah arabnya , I pun kata dia arab.. mesti family makteh kalau orang teka asal mana mesti kalau 10 orang akan ditekanya 10 negara yang berbeza.... Allah Maha Agung, diciptakan manusia berbilang bangsa dan keturunan tapi yang diambilkira hanyalah IMAN....

Harap satu hari dapat jumpa makteh dan Pak Aji Osama .

Salam hujung minggu :)

silversarina said...

wanoridz,

Selamat datang orang malaysia pertama di blog ini ... kalau keluar je sikit seberang laut, mesti ada orang teka dari negara lain... itu pastinya.

Thanks for dropping by..akak suka tengok gambar-gambar kat ur blog... bestnya jadi pro photographer.


juwaidah,

thanks sebab tinggal jejak. InsyaAllah akak emel you nanti. Cuma pesan kat your friend kena than tengok gunung batu sebab tak de pokok kat Jordan..hehehe.



Faizah,

Madagascar... memang ada rumpun melayu di situ ... macam-macam warganegara kita kan...

take care dan semoga selamat semuanya :)

Cat Cat said...

Kak Rina,
Cath pun sangat bangga menjadi rakyat Malaysia... tapi selalu disangka orang Cath from China or from Vietnam... Mentang2 vietnamese ramai kat America... Mat Salleh kalau jumpa Asian, semuanya from Vietnam.

maklang said...

masa muda2 dulu, masa sekolah dulu, entah berapa kali orang cakap China ngan maklang, walaupun maklang berbaju kurung ( tapi tak pakai tudung).

Ada jugak ingat maklang ni Jepun...tapikan, rakyat Malaysia memang mixed sangat dah!

Ajzie said...

Mcm2 kan.. Pelik juga saya kalau ada meneka kak rina dari Japan n cina.. Bukankan org2 Japan & China berkulit putih dan bermata sepet.. Sedang kan kak rina Berkuit sawa matang ..

Tapi masa saya di German.. kalau saya ckp Malaysia... boleh di kata 90& tak tahu dimana.. tetapi kalau sebut Spore.. mereka boleh bayang kan di mana Malaysia.. dan ada yg sudah sampai punnnnnn... Sabar aje la kannnnn

silversarina said...

cath,

Memang dah orang akan teka you Vietnamese sebab memang mereka ramai kat sana... no matter what, we are Malaysians.


maklang,

Kalau maklang memang sah anak cina, putih gebu je and anak-anak maklang pun macam cina kecuali maya yang nampak melayu :)


ajzie,

arab pakai teka je, kalau orang luar je terus je kata cina sebab cina dah makin ramai kat jordan tapi pelik takkan tak nampak perbezaan kulit cina dengan kulit akak.

Germany dikira masih baru diduduki oleh malaysians sebab itu masih ramai yang tak tahu di mana negara kita .Lagi satu singapore lebih dikenali kerana ekonomi mereka telah menjangkau global berpuluh tahun dulu sedangkan malaysia masih baru berbanding singapore.

Anonymous said...

ermm... tu laa pasal.. kerajaan bukan main lagi bangga dgn slogan 'Malaysia Kini Di Mata Dunia' la, 'Standing In The Eyes of The World' laa.. Tapi bile tanye bangsa asing pasal Malaysia, ramai gile yg taktau Malaysia tu kat mane.. Ade pulak yg tak pernah tau langsung pasal kewujudan negara Malaysia.. hmmm.. mcm mana tu ye???

silversarina said...

jhaz,

tak cukup promosi dan 'kemajuan' yang dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia atau mungkin negara kita hanya gah dan perasan dengan diri sendiri..