Wednesday, April 9, 2008

Apa akan jadi pada AM ????

Lepas menghantar mimi ke kelas kafa , saya pusing ke kanan jalan di kawasan perumahan saya dan tiba-tiba terpandang Am yang sebaya Izzat duduk di kerusi di luar rumahnya masih berpakaian seragam sekolah dan beg sekolahnya ada di kakinya... saya terkilan kerana tidak berhenti bertanya khabar Am kerana saya perlu ke sekolah untuk mengambil izzat dan terus ke Tunas Manja membeli barang-barang untuk perkhemahan izzat malam esok. Hati saya sedikit sesal kerana tidak berhenti menegur Am tadi...

Am seorang remaja yang sarat dengan masalah yang ditimbulkan oleh ibubapanya terutama ibunya yang mengidap penyakit gila meroyan. Kasihan Am. Saya kenal Am sejak dia di tahun 1 dan waktu itu dia bersekolah sama dengan Izzat. Pernah satu ketika ibunya tinggalkan dia hingga larut malam dan dia serta adiknya merayau di persekitaran perumahan kami dan saya kesian lihat kan mereka, saya ajak berteduh di rumah saya...lain pulak jadinya...saya pulak dah jadi regular nanny tak secara langsung.. ..ayah Am selalu outstation... bila tanya mak Am, dia selalu bagi alasan yang dia ke bank..takkan sampai malam dia ke bank...saya masih belum tahu penyakitnya waktu itu.... Am dan adik-beradiknya termasuk sepasang kembar perempuan merupakan anak--anak yang terlalu hiperaktif dan yang paling menyedihkan mereka selalu didera fizikal dan mental... bayangkan mereka dirotan , disebat dengan hanger, dijirus dengan air sejuk pada jam 1 pagi di luar rumah... macam-macam ..kalau saya nak tulis buku tentang keluarga Am , mau 400 mukasurat pun tak cukup...satu kawasan kami tahu hal keluarga Am...

Mak Am bekas pelajar cemerlang di sebuah IPT dan pernah menjawat jawatan tinggi di sebuah bank terkemuka tetapi sikapnya berubah setelah dia beranak tiga... gila meroyan selepas melahirkan anak ke 3 tidak diubati sehingga kini, dia diberhentikan kerja notis 24 jam. Kalau tengok wajahnya yang cantik ( memang cantik !! ) dan masa dia bercakap dengan kita memang orang takkan tau dia ni tak betul... dia pernah parking keretanya betul2 di atas garisan putih di tengah jalan hanya kerana tak de parking di gerai goreng pisang, dia pernah parking betul2 depan bank yang tidak boleh parking dan terus terjah ke kaunter untuk cek samada duitnya telah dimasukkan suaminya yang pada masa itu bertugas di sarawak. Dia pernah accident di highway pantai timur kerana memandu non-stop selama lebih 24jam kerana nak mengejar suaminya yang tak mau balik ke kemaman bila bercuti ke semenanjung... Anak-anaknya sentiasa lapar kerana dia tidak masak dan dibiarkan anaknya kelaparan.. polis pernah datang ke rumahnya kerana jiran komplen yang dia menjerit tengah malam buta..jeritan yang serupa pontianak memaki hamun anak-anak...macam-macam lagi yang tak habis saya ceritakan. Dia pandai berkata-kata dan akhirnya polis balik begitu saja. Jiran di belakangnya jadi mangsa dengan sampah sarap termasuk hampas kelapa dicurahkannya ke dalam pagar rumah jirannya.... tapi rasanya jiran2 dah tak ambik tahu hal keluarga Am ni...

Dia pernah datang bertemu saya dan dia kata dia tak tahan nak layan anak-anaknya sebab mereka nakal...dan dia pernah kata dia juga pernah cuba seterikakan badan suaminya ketika dia naik angin... saya nasihatkan dia agar berhati-hati sebab dia boleh didakwa mendera anak-anaknya ( memang ada sahaja kesan luka di badan dan muka anak-anaknya ) .. dia kata dia tak dapat tahan tekanan membesarkan anak-anak seorang diri.... saya siap kata pada dia yang bila anak-anak dia makin membesar, mereka sendiri akan pergi buat laporan polis jika dia masih terus mendera mereka. Sejak saya balik saya hanya bertemu sekali sahaja dengan mak Am di pasar malam dan seperti biasa dia senyum dan kata kereta kancil dia dah ranap , dan sekarang dia guna waja... memang dia yang selalu geselkan kereta dia dengan bas di bandar kerana selalu bengang dengan bas.. cerita keluarga Am ni macam tak logik...

Saya jadi gerun bila terfiirkan apa akan jadi pada anak-anaknya kerana telah lama mereka membesar tanpa ada sahabat- sahabat yang sudi bermain ( bila main Am dan adik-adik suka buat khianat ) ....

Saya salahkan ibu dan bapa Am, mereka seolah-olah tidak sedar yang ibu Am mesti berubat... dia sakit..... jiwa........

Am masih di luar kerana ibunya merayau entah ke mana dengan pintu rumah berkunci...

Apa akan jadi pada Am ?????

22 comments:

babazahra' said...

saya paling suka scene gesel kereta pada bus sebab marahkan bus.cool! selalu gak terpikir nak hentam lori n bus tapi imagine kalu dapat bawak bulldozer lah. kesian ye akak tu, xde sedara lain ke boleh tolong.

Ummi said...

Kesiannya.. bab2 macam ni memang ummi akan menitiskan airmata..sebab terkenang kalau apa2 jadi kat kita , apalah akan jadi pada anak2 kita.. nauzubillah..

silversarina said...

babazahra',

Selamba je mak Am ni , kalau orang kenal kereta dia memang orang tak nak lalu sebelah dia , takut digeselnya bila angin dia tak betul...kami kat sini dah muak nak nasihatkan dia dan suami agar dia berubat... family dia pun macam tak buat apapun... sekarang suami dia kerja di KL, jarang balik rumah... ada kata makpabak Am ni dah bercerai-berai entah dah berapa kali... memang pening bila fikir tentang family ni...

silversarina said...

ummi,

penyakit gila meroyan ni kena brubat, ia berkaitan jiwa jugak. Ada kes yang terjadi di salah sebuah felda di sini yang pagi tu akak ada program di situ, malam sebelumnya seorang ibu merentap lidah 2 anaknya hingga mati dan yang ketiga kritikal kerana dianggap anak-anaknya ular yang mesti dibunuh... kes ni masuk paper dan ibu itu ditahan di hospital gila selepas itu... memang seram akak pagi tu lihat rumah berlaku kejadian...

maklang said...

kesiannya....

apa yang emnyebabkan gila meroyan ni ye...

yang kesian kat anak2 tu...takkan ada perasan sayang atau belas terhadap anak2 sendiri!

Kak Lady said...

Rina...siannya dengar kisah Am...rasanya anak2 tu jadi hyperaktif sebab ibunya begitu...

Rasanya famili mak am ..mestilah buat sesuatu...kalau tak nanti takut ada perkara yang lebih buruk terjadi pada Am dan adik2...

Aiyah Nonya said...

Such a sad story.
Is there no help for her or the children ?

suealeen said...

ada sorang makcik (dah arwah pun) kat kg gila meroyan dulu. ada kaitan dengan kelahiran anak kan sakit ni.. memang dia ni kejap macam betul kejap macam tak betul.. bila dia ingat betullah jadinya.. ni pun serupa dengan pakcik yang dok dalam dunia dia sendiri... saya masih ingat arwah naik bas sambil bawak timba/baldi nak pergi mandi di pekan berhampiran. kat rumah siapa tak tahu la... dia juga pernah hilang dan bila dicari rupanya dia tido di hutan bakau berhampiran.

sebenarnya saya rasa setiap manusia ni ada 'sakit jiwa' cuma cara kita tangani sesuatu perkara tu lain-lain. masalahnya kalau tak libatkan masa depan orang lain tak pe la jugak.. sian anak2.. mungkin anak dia hyper pun sebab ibunya jugak.. wallahu'alam

Mak Teh said...

Kesian! kalau ada jiran yang bersimpatipun tak tahu nak buat apa kan? Jadi masyarakat buat tak tau je. Jabatan Welfare di negara kita tak secanggih di Negara Barat. Lebih convinient mereka tak mengambil tahu hal ini. Sebenarnya keluarga itu memerlu pertolongan.

Mama Rock said...

alahi kesian nya. hopefully bila budak2 ni dah besar dia orang faham keadaan mak dia and sementara tu mintak2 dijauhkan benda2 tak elok berlaku pada budak-budak ni :(

cendawanintim said...

sakit jiwa tuh, sama ngan jiwa kacau erk??

kena berubat...kena...

CikguZue said...

kalau kat sini, bebudak tu dan maknye tentu dah dipisahkan dan diubati melalui society council.kesian bebudak tu...
result kat sekolah camne,yea? cikgu2 tak tahu jugak,yea?

NOVEL SEJARAH said...

Salam sejahtera buat silversarina sekeluarga.

Betulkah Sarina hendak membeli novel-novel dari saya?. sekiranya benar berikan alamat nanti saya poskan. kalau beli banyak saya boleh hantar sendiri ke Kuantan. Jelebu Kuantan tidak jauh.

zareda said...

Kak rina
Mana pergi keluarga mak bapak Am ni.. sedihnya, bapa am tu kenalah ubatkan isteri dia. kenapa masyarakat kita selalu gagal dalam hal hal macam ni ek.

Ada anak tapi sia siakan anak anak kerana pentingkan diri sendiri.

YuszTieY said...

salam...
keluarga mak ayah am ni tak kan tak ambik kisah kat cucu2 n anak diorg...takan tak tau plak yg si ibu am ni sakit..yg si suami tu pun cam nak lepas tgn jer..siannya kt budak22 tu.
k.rina tak kenal ker sedara mara diorg...kot22 boley nasihat suh brubat mak am n tgk2 kan budak2 tu..sorry pandai22 jer saya ni..

Cat Cat said...

Kesian juga si AM ni kan, Kak Rina..?? Memang susah bila maknya sakit jiwa. Kesian betul adik-beradik AM. Ni nak buat camner..?? Bapaknya selalu takde kat rumah... Mak pulak sakit... Hmmm, apa nak jadi pada budak2 ni ya..???

Kak Elle said...

post natal blues after 3rd child yg tak di beri rawatan...kesian...

silversarina said...

maklang,

Adalah benda yang dia stress agaknya, dan gila meroyan ni ada juga makhluk halus mainkan peranan, sebab tu kena berubat ...



kak lady,

nampak macam family mak Am dah give up nak ubatkan anak mereka sebab mak Am ni jenis degil tak dengar cakap orang , lepas tu dia pandai susun kata-kata yang kalu orang nak dakwa dia dera anaknya, memang tak dapat, ada je alasan dia. Yang I pelik hubby dia tu buat derk je macam tak de apa yang berlaku..



aiyah nonya,

as far as I know, many people had tried to help but things just didn't work out because her husband seems not really into the helping process.... so things have been the same for almost 10 years .

silversarina said...

suealeen,

ha ah ni kisah macam di dunia sendiri tapi mak Am dan ayahnya orang moden and educated... kenapa diaorang tak nak berubat pun taktau , dah jelas yang mak Am tu tak betul, hubby dia macam tak ambik peduli...pernah hubby dia 'curi' anak bawak balik kampung, datang mak Am pergi rampas balik, I ingat lepas tu naklah dia layan anak dia baik2 , serupa jugak... sikap dia macam dia sayang sangat kat anak dia.



makteh,

jabatan kebajikan pernah datang sebab ada jiran report, tapi mak Am ni pandai cakap dan dia pertahankan hak penjagaan anak2 nya... sudahnya jiran malas nak masuk campur sebab dia bengang jiran report, menjerit macam hantu dia jadinya...yang kitaorang heran laki dia macam biar je dia sakit, kalau paksa masuk wad psikitri bukannya tak boleh..



mama rock,

I rasa sekarang anak2 dia dah lali ,dah tak jadi apa dipukul, ditinggal... takut diaorang pulak akan ikut jejak langkah mak diaorang jadi ganas dan buli orang lain.




cendawanintim,

sakit jiwa tu sama dngan gila jugak, tapi gila meroyan ni kalau kena pun pada wanita yang lepas bersalin... something mistik .. susah jugak nak explain... depression samalah jugak tu.




cikguzue,

tulah ingat kat US pun kalau macam ni lama dah anak2 diambil jabatan kebajikan , kat sini taktau apa penghalangnya..

cikgu sekolah tau budak2 ni bermasalah, kalau dulu semasa Am di sekolah Izzat cikgu dah malas nak kisah sebab dia datang sekolah dah tengah hari dengan pakaian comot... sebab sekolah swasta, mak dia kata dah tak mampu, dia masuk sekolah kerajaan. pelajaran tak ke mana sebab suka kacau budak lain... terkini I taktau apa jadi dengan mereka ni semua...

silversarina said...

novel sejarah,

okay.. terimakasih .

silversarina said...

zareda,

keluarga mak Am terutama memang dah banyak membantu, cuma bab penjagaan anak nampak macam tak siapa peduli... mak Am kalau bercakap memang macam dia terlalu sayangkan anak2nya...bila naik hantu, tak sedar dah... sebab dia tak betul.




yuzstiey,

mak Am orang Perak... sekarang ni macam takkan berakhir masalahnya , katanya makpbapak dia dah bercerai ( kali ke berapa???) .. pernah dah rampas2 anak tapi yang dapat balik mak Am sebab macam dia je yang nak anak2... jiran2 ada lah 2/3 orang yang masih berhubung dengan family Am, sebab orang malas nak masuk campur nanti kena serang dengan mak Am yang mulutnya lazer dan menjerit tu kalau you dengar memang seram...



cat cat,

Akak ingat nak pay them a visit... nak tau apa status terkini... and nak cuba cakap lagi dengan mak Am.. dah banyak kali jugak cakap dulu tapi mak dia ni jenis degil.... orang ugut pun dia buat taktau je sebab dia tak betul.



kak elle,

kes teruk sebab tak nak berubat.. entah apa yang menghalang pun I tak tau.. I salahkan laki dia yang tak ubat isteri dai.. memang I bengang dengan hubby dia...

Neeza Shahril said...

kesiannya dia.. tak pernah neeza dengar cerita dia AM ni. Mungkin neeza yang jarang balik Kemaman kot..

1 soalan.. kenapalah ayah AM tu biarkan keadaan mak AM macam tu yek? sampai hati dia.. tak fikirkan anak2 ke..? Nauzubillah lah benda macam ni jadi kat kita kan Kak Rina..

Nanti kan, neeza takut bila AM besar, dia akan ada rasa benci pada parents pulak.. hmmm.. susah lah kalau gitu..