Tuesday, April 15, 2008

BULI ..... takkan berakhir....

Hari baru cerita baru.. semua dah tau blog reading level... seronok pulak main-main sekali-sekala ....

Malam kelmarin seorang sahabat bagitau anak jirannya terpaksa diambil di sekolahnya (sebuah sekolah agama ) apabila warden menaliponnya di pagi hari bahawa anaknya pengsan di asrama dan terpaksa di bawa ke hospital. Berkejar ayahnya ke hospital yang dimaksudkan yang 2 jam perjalanan dari rumah.Sesampai di sana alangkah luruh hati bapa melihat keadaan anaknya yang berusia 15 tahun ... anaknya jadi mangsa buli..... habis lebam seluruh badan dan ada bahagian belakang badan yang mengelupas kulitnya....lebam di tangan, di kaki, muka ..boleh kata hanya tak mati sahaja keadaannnya . Dia dibuli oleh 9 orang pelajar lain di sebelah malamnya dan pengsan kemudiannya dan hanya disedari oleh warden apabila tiba waktu solat subuh. Dikatakan anak jiran sahabat saya ni mencuri duit sebanyak RM100 milik pelajar lain sedangkan dia baru menerima wang dari ayahnya ( ayahnya seorang yang berada , executive di sebuah syarikat swasta) .




zwani.com myspace graphic comments


Walaupun pihak sekolah telah membuang kesemua pelajar yang membuli itu, tapi jiran sahabat saya pergi juga membuat laporan polis kerana dia masih tidak berpuas hati dengan penerangan guru di sekolah tersebut dan untuk anaknya di periksa lebih mendalam ( luka/pendarahan dalaman) dia perlu terlebih dahulu membuat laporan polis barulah pihak hospital akan melakukan pemeriksaan lengkap terhadap kecederaan anaknya.

Saya sedih bila perkara begini berlaku.... saya pernah ternampak seorang pelajar sekolah teknik ( bukan di kemaman ) yang lebam-lebam wajahnya dan hingga kini saya masih tidak dapat lupakan wajahnya yang jelas kesan ditumbuk/terajang....

Ibubapa menghantar anak-anak ke asrama untuk dapatkan perkhidmatan yang terbaik, namun masih ada sekolah yang gagal menjamin keselamatan anak-anak yang menjadi mangsa golongan samseng kaki buli .... buli ini takkan berakhir ....
( guess what???? .............. Finally , it's raining here ,yes, this morning , not really heavy.... ALHAMDULILLAH.... )

26 comments:

Ummi said...

Semoga budak tu cepat sembuh dan tiada cedera yang boleh memudaratkan dirinya. Blog ummi genius level, kelakarkan. Entah apa2 ummi tulis kat situ, merapu je yang banyak..

zareda said...

Ya Allah, tentu hancur luluh hati si ayah melihat anak dipukul begitu.. sebab sebab macam nilah kengakdang zar setuju ngan hubby 'no boarding school' untuk Ika. Dulu, mak ayah hantar anak ke sekolah asrama untuk pendidikan dan kemudahan belajar tapi rasanya sekarang di rumah pun kemudahan lebih baik..

kc said...

heran yek, selalu yg jadi kes camni mesti dr sek agama. apasal agaknyer? dulu2 jarang dengar kes camni. kalo ragging tu biasalah tapi taklah sampai membahayakan nyawa. chek rasa mungkin disebabkan parents zaman skrg terlalu mewahkan anak2, bagi henpon berjenama, bagi duit banyak jadi budak2 yg parents kurang mampu rasa jeles. tu yg jadik kes buli

maklang said...

memang kesian...cerita macam anak kawan maklang jugak...ke the same person?

baru dengar dia cerita semalam.

Yes...finally hujan jugak...dan harap2 hari ini tak sepanas semalam. Kalau hujan sampai petang pun tak apa...rindu dengan hujan!

Alhamdulillah sejuk sikit...

~mama ranggie a.k.a eira~ said...

kesian kan!

ni yg fobia nak masukkan anak2 ke asrama...

tkut jd mcm nilah!

Neeza Shahril said...

kesiannya anak kawan kak Rina tu. Kalau neeza jadi parents, neeza pun buat the same thing. Report pada polis aje walaupun pihak sekolah mintak jangan report. Biar pihak sekolah rasa. Cuba kalau anak dia yang kena macam tu. Dia nak diamkan aje ke?

Semoga budak tu segera sembuh. Cuma 1 saja. Benda ni tak akan habis disitu. Budak tu akan develop rasa takut untuk kesekolah. Phobia bila jumpa orang. Selalu neeza handle kes macam ni masa kerja dulu. Most of the time, the students keluar sebab rasa takut menyelubungi walaupun students yang memukul tu dah dibuang.

Kalau boleh, lepas dia sembuh, parents dia kena buat solat hajat minta semangat dia pulih. Sebab kalau tidak, kesan kena pukul (mental) akan berpanjangan sampai dia besar...

zino said...

memang kesian bila dengar cerita2 macam ni.. setakat buang sekolah masih belum menyelesaikan masaalah..

ummu al hanafi said...

salam sedih,

kesiannya kak rina..
camne nk cakap ek?
dari dulu sampailah laaa ni
kes buli membuli dan buli balik ni memang tak habis-habis kat asrama...

:(

mama said...

kes buli ni rasanya tak kan habis la kak ina...

manusia hidup umpama roda yang sentiasa berputar...
pendidikan awal dari rumah sangat penting dalam mendidik anak-anak betul tak kak ina ?

CikguZue said...

kesian budak tu...
kesian jugak kat parentnye...
cikgu/warden pun kesian jugak..nak jaga ramai2 bebudak tu, bukan senang.lebih2 lagi dgn kuasa dan rasa hormat yg dah kian hilang.

kesian jugak bebudak yg dibuang tu...macamana masa depannye.
kesian jugak kat parentnye...ada org susah,dan kekadang itula satu2nye anak yg dpt peluang blajar kat asrama.

pembulian mungkin sukar berakhir...bukan kat sekolah je. Kadang sampai masa bekerja pun kena 'buli'...

Kak Elle said...

ni case wrong identity ke? pergisekolha di suruh belajar tapi jadi samseng pulak...byk juga berlaku macam ni kan?

Alhamdulillah ACSInt tak ada case mcm ni:)

ADIEJIN said...

wa cabutttt...dulu wa selalu gak belasah budak kat hostel..wa takut polis cari wa pulak...cabuttt...

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau sekolah budak jahat, buli membuli memang tak pelik, tapi kalau di sekolah yang baik-baik..hmmm...mesti ada yang tak kena di mana-mana....

echah_syed said...

anak combi pun dok asrama gak..

parents patut kena ambek tau pasal anak2 yg dok hostel..

bila jumpa kasi nasihat,borak laa bab2 gini n dgr laa ape jwpn dia..

kita bole rase jiwa anak sbb naluri ibu sgt kuat..kekeliruan jiwa dia dan problem dia..

combi selalu jumpa kawan2 dia..sekurangnyer kita tau mcmane dia kat sekolah..

pengalaman combi..mmg ade parents yg tabur duit byk2 kat anak2 sbb rase bersalah tak dpt spend time bersama bz ngn keje..

akibatnyerr anak tak respect parents sbb dia tahu dia terlalu disayangi dgn kelemahan parents itu sendiri.

bukan mudah nak didik anak kann..:(

Pondok Al Imran said...

Baca cerita Rina pasal budak kena buli tu, rasa bimbang pulak. Kes buli tak habis2 lagi dimana2 sekolah pun. Saya pun ada anak kat asrama sekolah agama di Dungun, rasa risaulah jugak, semoga perkara sedemikian tak berlaku di sana.

Pondok Al Imran said...

Baca cerita Rina pasal budak kena buli tu, rasa bimbang pulak. Kes buli tak habis2 lagi dimana2 sekolah pun. Saya pun ada anak kat asrama sekolah agama di Dungun, rasa risaulah jugak, semoga perkara sedemikian tak berlaku di sana.

umie@kakyong said...

Mak ayah hantar anak2 tinggal kat asrama supaya anak2 mudah nak belajar bersama kawan2.. dan dalam pengawasan guru2.... tapi sekarang sering kita dengar penderaan di sekolah2 asrama atau sekolah biasa makin meningkat... risau tenguk...harap anak kawan rina tak trauma...

Rina, meh dtg blog umie... umie jemput ni.... kad ada kat sana...

silversarina said...

ummi,

Taktau condition dia hari ni tapi dah ada di rumah dah.

okaylah genius level, akak tak boleh baca lah sebab akak bukan genius..hehehe.



zareda,

Anak pompuan okay selalunya kat hostel, yang problemnya boys...ada je group yang kaki buli.. dulu anak akak yang sulung asrama sekolah tahfiz, tak pernah ada masalah buli, yang ke 2 di mrsm , girl so no problem, no 3 dapat SBP tapi tak nak pergi.. no 4 & 5 akak yang takkan bagi mereka duduk asrama sebab tak de sapa dah kat rumah.



kc,

pelik tu ada je sebab yang nak buli, kalau kot ye ada salah, bagitau lah warden... geram je dengar kes macam ni... kes budak ni memang budak baik , kesian kat dia ni...

silversarina said...

maklang,

Rasanya maklang dengar citer first hand..I dari second person .. tapi kalau orang tau sekolah mana ... memang teruklah kena kutuk sebab memang tak sangka akan berlau di sekolah agama tu.. kesian betul..




mama ranggie,

kalau dah boleh bagi yang tebaik di rumah memang tak perlu nak tinggal di asrama , tak tido malam dibuatnya kita nanti.



neeza,

luka hatinya kena buli memang kesannya sampai besar kan... kesian lah...nanti kalau akak sempat ziarah that boy and his parents akak akan cuba sarankan agar budak tu sentiasa dipulihkan semangatnya dn diberi motivasi ... tak sangka budak baik yang kena buli.

silversarina said...

zino,

Tu yang parents pelajar ni tak puas hati... yelah tengok anak lembik dan pengsan dibelasah . sapa yang tak kecewa... tak pasti tindakan seterusnya.



ummu al hanafi,

sukar nak cakap sebab ada aje gang yang memang sanggup memukul dan membelasah rakan lain, dah tu belajar di sekolah agama terkenal.. tak masuk media je..kalau tak memang heboh satu malaysia.



mama,

bila masuk sekolah agama ibubapa harap dapat jadi anak yang berakhlak mulia, namun adalah silap di mana-mana hingga buli masih berlaku...

memang benar pendidikan bermula di rumah, namun bila berjauhan adakalanya perkara yang tak dijangka berlaku .




cikguzue,

dalam kes buli ni sebab berlaku di asrama, warden lah yang memikul tanggungjawab besar kerana gagal memastikan keselamatan pelajar ... kalau akak sebut nama sekolah ni... maunya jadi kes besar... terpaksa dirahsiakan.. betul seperti cikgu cakap bila terjadi les ni, banyak pihak yang terlibat...

silversarina said...

kak elle,

sayang bila jadi macam ni, kena buang sekolah , terus jadi jahatlah jawabnya... pemantauan tu yang penting sebenarnya..tak semua pelajar sekolah agama tu baik sebab ada yang makbapak dah tak larat nak layan , dihanatrnya ke situ supaya baik...



adiejin,

you memang jin nak kisah apa, ngacau orang jelah kejenya..... nanti nak report polis ni.....baik lari jauh-jauh...hihihi.



blackpurple,

macam aka dah bagitau kalau akak bagitau nama sekolah ni, memang kecoh satu malaysia... tak sangka sekolah terkenal masih ada buli... buruk nama sekolah je... silap sekolah pun ada jugak walau apapun sebab perkara ni berlaku di asrama sekolah.



echah_syed,

benar belaka apa yang you cakap, selalu kena ziarah anak dan ingatkan segalanya yang jadi tanggungjawab suapaya tak jadi perkara yang memalukan ni...

thanks for dropping by... ingat tahun ni nak ke sabah melancong tapi tak jadi , tukar plan pulak...ada peluang memang nak ke sana.. adik ipar pun ada kat KK , kawin dengan sabahan.

silversarina said...

pondok al imran,

salam...how's ur trip ke beijing ?? akak cuba bukak your blog tak boleh lah... fp dan blogspot dua-dua tak boleh...

Budak lelaki memang akak pun risau... kalau boleh selalulah ziarah dia tanya kabar dia dan kawan-kawan.. biar kita kenal kawan2 dia ... akak pun doakan agar semua anak-anak kita walau di mana berada akan sentiasa selamat.Amin.



umie@kakyong,


dalam pada prasarana sekolah bertambah baik dan canggih, modal insan nya pulak masih belum capai tahap terbaik dari segi akhlak...


Terimakasih...nanti saya ke blog umie...

suweileh family said...

Kesian budak tu. Semoga cepat sembuh dan dia perlu tukar ke sekolah lain.

Mmg gejala buli biasa terjadi. Kat sekolah agama tahfiz pun.

Masa ina ngajar dulu ada budak tu teruk kena pukul. Puncanya mmg dia mencuri padahal ayah dia dah kasi pun duit. Duit, makan, pakai seme dah cukup. Satu lagi yang saksi2 lain ckp dia tu kedekut sangat, barang2 dia tak boleh sentuh, tu yg buat org lain menyampah...at last yg kena pukul pun kena buang, yg memukul pun kena buang.

Satu lagi kes, seorang ni suka sangat tidur dlm kelas, mata merah mcm org hisap dadah, badan kurus melidi, tak bermaya langsung. Tak lama, sekolah terima laporan dari klinik kesihatan yg budak ni ada siphilis. Makna free sex. Tak terfikir pulak cmne dia boleh terlibat, sedangkan dia sek agama tahfiz, tinggal di asrama. Rupanya mmg dia dah bermasalah, ayahnya seorg korporat yg mmg dah tak tahan feel dia.

Sebenarnya mcm2 terjadi, cuma kalau ibubapa selalu berdamping dengan guru atau warden, akan tau ler masalah di sebalik tabir ni.

Kak Lady said...

Nampaknya memang takkan berakhir selagi masih ada anak2 yang tak tau membezakan yang betul dan yang salah...

Semoga anak yang dibuli itu akan sihat semula...

silversarina said...

suweileh family,

Kes buli memang kita tak jangka yang budak yang dah kira okay, rupanya tak okay di asrama.. memang pun kalu anak2 tinggal di asrama ibubapa kena banyak berhubung dengan pihak sekolah dan anak tu sendiri...kes yang ina cakap tentang free sex tu, memang tak sangka betul.. tapi apa2 pun semua boleh jadi..kesian.




kak lady,

Memang ada je yang tak kena jika kes buli terjadi.... banyak pihak terlibat.

Comunity Library Project said...

Inilah realiti asrama sekarang..

layarilah link di bawah...

http://www.youtube.com/watch?v=NMBPot7was4

http://www.youtube.com/watch?v=jDiCT9XMNa0&feature=related