Thursday, April 17, 2008

LEGA........

Tadika ****** saya kunjungi baru sebentar tadi dan Puan Guru Besar masih ada di situ. Saya bagitau tujuan saya datang berjumpa . Alhamdulillah telah ada ibubapa dan jiran yang bagitau kawan saya ni tentang mak Am dan petang semalam kawan saya jugak telah meronda sekitar kawasan rumah Am dan dibawa oleh jiran saya juga yang anaknya ada bersekolah di tadika itu dan dia sendiri kata kawasan luar rumah Am pun dah nampak macam rumah 'orang gila'..... hari ini 2 anak jiran saya tidak hadir ke sekolah itu kerana dikhuatiri anak-anaknya didera oleh mak Am .

Sebelum itu guru besar ini kata ada jiran dekat sekolah bagitau tentang mak Am tapi suami guru besar kata mungkin mak Am dah sembuh dan dia sendiri dah tanyakan hal dera anak kepada mak Am dan dia mengaku yang memang dera anak-anaknya sebab mereka terlalu aktif dan nakal dan dia juga kata memang semua orang kata yang dia gila dan dia mengaku yang polis dan JKM pernah datang ke rumahnya sebab dengar cakap jiran.... makluman ..... Semua jiran tau apa yang mereka dengar dan lihat , bukan fitnah.

Kesimpulannya ,jika saya tidak berjumpanya pun, memang rakan saya puan guru besar memang dan bersedia nak berhentikan mak Am dan dia bercadang petang ini dia akan bagi notis berhenti pada mak Am.... apa yang saya maklumkan padanya adalah tambahan kukuh untuk dia berhentikan mak Am...

Sebelum apa-apa terjadi dan sebelum semua pelajar lari ke sekolah lain, tindakan yang bakal diambil adalah yang terbaik... pada saya jiran-jiran telah jemu menegur mak Am dan suami ( mak Am bagitau guru besar yang suami nya sekarang buat PhD .. makin bersambung drama gile ini...... )

Saya..... LEGA...tak rasa serba salah dah.....

13 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Akak dah buat jasa. Penyelamat. :)

ummi365 said...

alhamdulillah..lega

yusztiey said...

lesaaaaaaaaaaaaaaaa...mujur guru besar pun dah tau ....

Sastri said...

cegah sebelum parah... alhamdulillah...

mama said...

nasib baik semua orang tahu... lega sikit kan .

Neeza Shahril said...

selamat budak budak tak berdosa tu. Dan lega hati kak Rina kan.. tak payah nak cerita panjang lebar dan convincekan pengetua tu.. alhamdulillah...

kelakar pulak dia kata husband tengah buat PhD...

zino said...

sebelum sesuatu yg lebih buruk berlaku perlu ada tindakan segera.. dan tepat..

CikguZue said...

sudah berbahagi dilema...lega?

silversarina said...

blackpurple,

Taktau nak kata penyelamat atau tidak... anak-anak dia masih dicengkam penyakit mereka..masa depan mereka masih tak nampak bagaimana.



ummi,

lega bab kerja mak Am tapi kisah ini maish berterusan.


yusztiey,

memang lega bila akak tak payah nak bagitau kisah nya secara lebar ... itu jelah yang leganya.



sastri,

inilah kata-kata yang akak cari... tak jumpa tadi... thanks .



mama,

memang ramai orang tau , tapi penyakitnya tak dapat diubati lagi.



neeza,

lega lah pasal sekolah tadika tu sebab ibubapa pun dah rasa tak senang dengan mak Am sebagai guru.

semalam masa akak tanya suami dia kat mana dia kata masih keje di KL dan balik setiap weeeknd tak pulak dia cakap husband dia buat PhD..kalau betul lah memang laki tu pun sama gile.



zino,

tu lah kalau ikut kan I memang tak nak masuk campur , sebab kesian kat budak2 tu takut apa2 terjadi , I pergi jugak jumpa my friend.



cikguzue,

lega sebab I tak payah nak ceritakan hal mak Am kerana guru besar pun dan ibubapa pelajar dah tahu hal dia.... bab penyakit dia tu buat masa ni I memang tak nak masuk campur sebab hubby dan keluarga dia pun tak buat apa2 (mungkin merekajuga sudah give up )dan jiran2 dah puas nasihat dan sampai panggil polis dan JKM tapi dia masih sama sebab dia pandai putar belit.. setakat ini sahaja I masuk campur.... buat masa ini :(

Kak Elle said...

bagus lah dah ada pemberita lain kalau tak you serba salah kan?

tapi kesian takde sesiapa ke bolih tolong ibu Am tu?

umie@kakyong said...

Budak2 juga mak bapa budak2 tu mmg la rasa lega... tapi apa akan jdi dgn anak2 dia sendiri?? selamat ke?? mg susah kalau berjiran dgn org giler.. serba salah kita di buatnya... org giler ni mcm2 dia boleh buat... kalau bunuh org pun masih tak bersalah.... iskkk jauhkan la semua tu..

simah- said...

mcm yg lain ckp...rasanya akak memang dah buat yg terbaik... dan akak pun tak rasa serba salah.. itu yg penting...

silversarina said...

kak elle,

bial libatkan mata pencarian orang lain memang rasa macam tak nak bagitau, tapi nasib baik dah ada orang lain yang bagitau... orang lain pun mesti ras serba salah tapi demi kebaikan bersama .



umie@kakyong,

sekarang terpulang suami dia lah nak buat macamana sebab anak-anak tu anak mereka jugak..kami cuma doakan agar tiada apa2 yang buruk berlaku.



simah,

akak pun terpaksa jugak buat sesuatu sebab takut menyesal jika perkara tak dijangka berlaku di sekolah tadika itu.