Monday, April 7, 2008

Stress....heart break....

" N masuk wad di *****g P***** , bp 190/120 "... sms saya terima dari sahabat di ibunegara.

N yang suaminya baru berkawin malam Jumaat lalu.

N yang menghadiri majlis pernikahan suaminya.

N yang begitu tabah menerima hakikat dirinya bermadu.

Saya terus menalipon N dan dia masuk wad semalam dan tadi masih di sana. Dia macam biasa , cool bila bercakap . Doktor kata dia hypertension dan doktor mahu agar dia berehat untuk hilangkan stress.Katanya jika bertambah okay, petang ini dia akan keluar dari wad dan diberi cuti di rumah.


21 comments:

OndeOnde said...

Ya Allah kak Rina.
Tak dapatlah saya bayangkan bagaimana perasaan kawan akak tu.

Saya baca previous post masa dia hadir akad nikah, I don't think I'll be that strong.

Anyhow, my do'a that kawan kak Rina diberi keringanan oleh Allah di atas segala kesesakan fikiran dan derita yang ditanggungnya..

sampai hati si suami.

Sastri said...

Kak, she's one strong lady... Saya tumpang simpati padanya... Bab stres tu, I think I know the feeling... Alhamdulillah, kepala tak pening... Just that I didn't check my blood pressure fearing it will hit the roof... I hope and pray that she'll be stronger dan moga Allah permudahkan segalanya untuknya...

mama said...

ya Allah kak ina..
saya yang tak mengenali N pun rasa sebak jugak ni bila baca artikel kak ina tentang dia.

saya rasa N insan terpilih kerana Allah tahu dia mamapu menghadapinya. ujian Allah takde sape dapat halang kak ina..

semoga kita tak senasib dengan N.

sampai hati suami N buat dia macam tu... orang lelaki kekadang tu tak boleh diduga perangainya. ada yang makin tua makin menjadi.

wahai kaum adam yang bergelar suami...
cubalah setia pada seorang isteri yang pernah mengandungkan dan melahirkan zuriat buatmu suatu ketika dahulu. betapa hancurnya hati si isteri..

semoga N tabah menghadapi hari2 mendatang dan merasai manisnya hidup bermadu.

Kak Elle said...

kesian kat kawan you N ...semoga jgn tension sgt apa yg terjadi mmg sudah tertulis..agar N tabah menempuh hari2 yg akan dtg.

MAMAMIA said...

Semoga N terus tabah, semoga suaminya tetap adil & semoga madunya menghargai pengorbanan N...

silversarina said...

onde-onde,sastri,mama, kak elle, mamamia,

N memang seorang yang saya kenali sebagai seorang wanita berhati tabah tapi mungkin beban patah hati ini terlalu besar cabarannya yang memerlukan masa yang panjang untuk dia terima kenyataan ini .Bila saya tanya bagaimana dengan anak-anak , dia kata bila dia sakit anak-anak macam terlalu sedih yang ibu mereka terpaksa hadapi semua ini. Saya masih belum bersedia bertanya hal suaminya dan isteri baru nya... kalau saya di KL memang saya dah berjumpa dengan N..doa saya iringi dari jauh sekadar termampu.

suealeen said...

ini mesti kes tahan perasaan sampai hypertension & high blood pressure.. hati kakak tu siapa yang tau ye dak..

mungkin kita nampak dia tabah, tapi yang melaluinya adalah dia.. moga dia cepat sihat kembali...

Ummi said...

She is really one strong lady. She is able to take it calmly, she is able to show her strength by attending the wedding but deep inside she is suffering. I guess her body could not take it emotionally anymore hence the high bp. Semoga dia lekas sembuh dan diberikan Allah kekuatan untuk terus menghadapi hari2 mendatang.

zino said...

apa nak komen ya..

Ajzie said...

Ya laa kak rina mmg tak terkata ajzie. Doa azi semoga di permudah kan segala urusan dan di beri kesihatan yg baik pada kawan kak rina "N" tuh. Amin.

U.Lee said...

Hi Sarina, just dropped by say, 'hello'. You stay easy and have a nice day, best regards, Lee.

ZLAA said...

I think your friend cannot take it. Sangat kejam lelaki itu untuk tidak mengetahui samada isteri itu redha atau tidak. Hu..hu.. tumpang bersedih.

silversarina said...

suealeen & ummi ,

Bukan mudah nak tahan perasaan bila tau yang suami dalam pelukan wanita lain... akak memang kasihan N ni.




zino,

katalah amat perit jika wanita dimadukan ... :(



ajzie,

Akak nak tenangkan dia pun aka jadi tergamam, taktau nak letak dan bagi kata-kata yang dapat membantu sebab memang akak tak setuju suami dia kawin lain.

silversarina said...

Uncle Lee,

Thanks for dropping by...

You have a nice honeymoon with your Apple.. :)



zlaa,

N cuba gagahi untuk menerima dirinya dimadu, namun memang lah amat perit kenyataan ini.

~mama ranggie a.k.a eira~ said...

semoga die akan sembuh...dan mama memang amat kagum dgn ketabahan beliau!

pasti pintu syurga sudah terbuka tuk beliau!

cikMilah said...

Kalau hubby dia dan isteri baru tu tak faham lagi, tak tau lah!

Rasanya kan, dia cool sbb nak kuatkan hati dia yang remuk. Terpaksa menerima walau sepahit hempedu. Ya la kan, walaupun tak kena pada kita, kita faham hati perempuan.
Ujian Allah itu berat, saya doakan semuga kawan kakRina diberi kekuatan mental dan fizikal dan mendapat kemanisan iman.
Berderai airmata ni...

sya said...

Rina.. betul ur advice, whatever happen life must goes on.. she is one STRONG lady ..

Semuga N terus diberi ketabahan dan rahmat Allah sentiasa bersama beliau.. demi anak2 dia perlu cepat sembuh and take care of her health for them.

Neeza Shahril said...

Pity Kak N. Kebanyakan wanita akan heart break kalau something macam tu terjadi. Mengejutkan dan membuatkan dia tertanya2, apalah kekurangannya. Dia mesti banyak berfikir tu. 190/120 rasanya tinggi (walaupun neeza bukan lah doctor) sebab bp neeza yang bawah pun jarang cecah 120. Ini, yang bawah tu aje dah 120.

Semoga Kak N tabah dan lebih ceria. To the husband, fikirlah balik tindakan dia tu. Memang lah tak boleh patah balik tapi pandai2 lah jaga hati isteri dan bahagikan sama rata air dalam cawan. Sepatutnya kalau dah melimpah sangat kasih sayang, tak lah pulak jadi gitu kat Kak N kan...

silversarina said...

mama ranggie,

harapnya begitulah.. it takes time to heal and accept.



cikmilah,

Akak yang jauh ni pun macam terbayang suami N dan isteri baru bermanja sedangkan N makan hati berulam jantung.



sya,

I taktau nak kata apa sebenarnya, dan kalau perkara tu jadi pada I , mau tak bangun dah I....



neeza,

Sekuat N pun perkara hati dan sayang ini bukan mudah untuk dikongsi . Semoga Allah kuatkan hati N dan lembut hati suami dan madu agar sentiasa baik dengan N.

CikguZue said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...
*sedih*

silversarina said...

cikguzue,

Akak nak bantu pun tak tau nak buat macamana.... doa semoga segalanya bertambah baik..