Thursday, April 24, 2008

Solat Berbayar ?????

Dua tiga hari ini kemaman dihebohkan dengan kematian seorang wanita pemandu van sekolah yang dibunuh kejam oleh penyewa rumahnya seorang penagih dadah.. kisahnya ada dalam akhbar dan berita TV. Bila Neeza tanya saya dalam shout box tentang kehilangan kak Nab , saya memang taktau apa yang berlaku sehingga saya ke Bakau Tinggi semalam baru saya dapat maklumat pembunuhan ini. ........





Entry kali ini bukan mengenai kisah pembunuhan itu sebab telah dihurai panjang lebar dalam media ...





Kebetulan semalam semasa berjumpa sahabat di Bakau Tinggi kami masuk bersembang bab solat jenazah ... memang setiap yang mati akan disolat sebelum dikebumikan. Lagi ramai yang solat lagi baik dan selalunya pelajar sekolah yang berdekatan akan dipanggil untuk melakukan solat jenazah dan keutamaan diberi kepada sekolah agama dan masih ada juga sekolah yang berasrama akan dijemput selepas waktu sekolah untuk solat jenazah. Memang mereka yang solat jenazah tidak pernah meminta sebarang upah atau bayaran tetapi sudah menjadi adat keluarga si mati akan memberi sedikit saguhati kepada sesiapa yang solat jenazah.


gambar sekadar hiasan...

Semalam rakan saya bagitau trend masakini adalah jika si mati dari keluarga kaya , saguhati yang biasa diberikan adalah RM5 seorang... sejak sepuluh tahun yang lampau hinggalah sekarang , RM5 lah saguhati yang biasa diberikan oleh keluarga kaya.




Pernah sekumpulan pelajar dijemput untuk memandikan jenazah si penarik beca dan rumahnya reput dan buruk, tapi bila selesai menyolatkan jenazah arwah tersebut, waris si mati memberi RM10 seorang sebagai saguhati kepada setiap yang melakukan solat jenazah tersebut ... dalam hal ini mereka yang solat pula yang rasa serba salah untuk menerima saguhati tersebut.



Itulah trend nya .. yang kaya kurang memberi tapi yang miskin lebih pemurah dalam bab solat jenazah.



Mengapa agaknya ???



Walau apapun ramai yang solat jenazah ikhlas melakukannya...bukan kerana saguhati dan bukan juga kerana solat berbayar !!

12 comments:

Kak Elle said...

Rina ni lah keikhlasan hati pemberi:)mmg lumrah kan?

suealeen said...

masa arwah ayah saya meninggal dulu memang ada dipanggil pelajar sekolah agama ni. beri tak banyak mana pun ikut kemampuan. at last, duit yang diberi tu berganda semula. kebanyakannya kata waris lebih memerlukan wang tersebut berbanding mereka. masa solat jenazah tu memang penuh masjid & arwah dikebumikan lebih awal dari yang dijangkakan, alhamdulillah..

saya amat merinduinya.. rasa sebak pulak..

silversarina said...

kak elle,

Kebiasaannya manusia jadi lebih pemurah bila berlaku sesuatu kematian .. insaf :(




suealeen,


Itulah yang diharapkan, kematian yang urusan pengkebumian berjalan lancar dan tiada sebarang halangan bermula dari mandi hingga kebumi.... bagi orang yang baik semasa hayatnya , selalunya tiada masalah , rezeki waris yang tinggal pun takkan putus , Alhamdulillah.

zino said...

dan menjadi macam satu budaya keluarga si mati akan memberi satu hari kepada yg sama sama menyembahyangkan jenazah.. sikit banyak tu terpulang kepada keluarga yg memberi..

~mama ranggie a.k.a eira~ said...

seikhlas hati memberi...

dan seikhlas tu jugak yg menerima...

Zareda said...

Masa arwah ayah mertua zar meninggal dulu, hubby pun siap siap duit sedekah dalam sampul nak diberi selepas solat jenazah tapi kebanyakan jemaah sedekah balik duit tu kepada keluarga hubby.

Bagi zar jangan dijadikan amalan benda benda cam ni. Sepatutnya keluarga si mati yang menerima sedekah sebab dorang yang menerima musibah. Inilah peranan ketua kampung, tok imam..

silversarina said...

zino,

bila dah jadi adat payah nak dihentikan...




mama ranggie,


betul tu.




zareda,


sepatutnya begitulah,kena ingatkan kebajikan keluarga si mati .

Neeza Shahril said...

kalau ikutkan menyempurnakan jenazah, termasuklah sembahyang jenazah tu adalah fardu kifayah. Maknanya berdosa satu kampung tu kalau jenazah tak disempurnakan. Jadi, tak timbul isu bayaran. Tapi trend sekarang agaknya. Kalau keluarga simati niat sebagai sedekah takpelah. Takut juga duit yang nak dibagi tu jadi ungkitan... lain pulak kan..

Sepatutnya duit tu digunakan untuk selesakan hutang si mati, bukanlah untuk upah sembahyang, buat kenduri la..

Tak tahu lah budaya mana yang kita ikut sebenarnya kan..

silversarina said...

neeza,

Tu yang akak pun tak faham, adat melayu kadang-kadang ada jugak yang tak betul... takut digunakan wang si mati, kan dah jadi harta pusaka , bukan sewenang-wenangnya boleh guna ...

kc said...

ni baru 1st time dengar ada solat berbayar. kat tmpt saya ni tak pernah lak dengar tapi mungkin saya ignorant sket. saya setuju ngan pendapat zareda iaitu jgn dijadikan amalan benda2 nih...mesti ikhlas

Hazia said...

Salam, lama tak jengok:)
Kak Rina dah nak timang cucu? Cepatnya;)

Nenek 37 thn? Ya Allah, tua sikit aje dari I, hehe

silversarina said...

kc,

mungkin lain tempat lain adatnya, kalau di sini memang dah jadi budaya .



hazia,

lama tak dengar kabar berita, harap sihat.

tulah kalau ada rezeki tak lama lagi akak jadi nenek.

rezeki memasing kan, ada yang muda lagi dah jadi nenek, ada jugak yang kawin tak dapat anak , ada yang masih belum kawin..sumenya takdir dan rezeki dari Allah.