Sunday, April 20, 2008

takkan ku lupa wajah-wajah mereka...........

Rindu menggamit jiwa ...amat ingin Amman ku ziarahi lagi...balad ( city centre ) ingin ku redahi lagi.... wajah-wajah ini ingin ku temui lagi...

Wajah pakcik penjual chewing gum di sekitar masjid hussein di balad kembali menggamit rasa rindu pada bandar Amman yang semakin jauh ditinggalkan segala kesibukannya. Pakcik yang tidak pernah kenal jemu dan penat memujuk manusia yang lalu lalang di sekitar gerai jus buah-buahan palestin agar membeli chewing gum yang djual dalam kotak kecik . Itulah rutin hariannya menjual chewing gum dan kadangkala bertukar kepada menjual snek biskut coklat yang dalam harga 10 /15 /20 qurush setiap satu. Satu yang pasti pakcik ini tidak pernah meminta sedekah. Ada sahaja yang dijualnya walaupun nilaiannya amat kecil. Adakalanya saya tidak membeli apa-apa dan adakalanya saya membeli sehingga 1 dinar dan tersengih pakcik itu berlalu pergi , saya puas dapat membantu .


Seorang lagi pakcik yang tidak akan saya lupakan ialah seorang pakcik yang amat payah bergerak kerana masalah sakit kakinya , jadi dia hanya duduk di tangga abu nuseir setiap hari menanti insan yang lalu di situ untuk memberi sedikit rezeki buatnya. Dia tidak meminta tapi sifat orang arab yang suka menderma saya dapati rezekinya setiap hari tak pernah tiada. Ramai insan yang ke pasar di tingkat atas akan memberi 10/20 /50 qurush dan adakalanya saya dapati ada wang kertas sedinar di sisi pakcik tersebut ....murah rezeki .


Seorang lagi pakcik yang tak pernah ketinggalan menjadi penghuni tetap di balad ialah pakcik yang tempang sebelah kakinya dan tugasnya ialah menjual seluar/ t/shirt pagoda / singlet/ boxer , mengikut musim jualannya dan setiap satu tak lebih dari 2 dinar . Cara dia menjaja adalah dengan memegang beberapa helai seluar/baju dan berdiri di kaki lima dan menyebut harga jualannya. Saya sering membeli dari pakcik ini kerana kasihankan dia dan jugak kerana harga barangannya adakalanya lebih murah dari yang dijual di kedai.


Wajah-wajah pakcik di atas akan tetap diingati .............

17 comments:

Kak Elle said...

Gamak nya dlm fikiran sampai terlepas lorong sekolah...betul juga tu mimi mana nak nampak kan?hahaha....tapi alhamulillah semua yg di rancang menjadi:)

silversarina said...

kak elle,

hari ni, macam2 dalam kepala.. sampai petang tadi rasa penuh je dalam kepala ni...

KAMATO said...

agaknya masihkah begitu lagi pakcik2 tu atau mungkin sebaliknya...

yusztiey said...

salam...
sedih tgk kehidupan mereka2 ini...yg kaya2 kaya sesgt yg miskin miskin sesgt...moga ade pembelaan terhadap insan ini ..

ADIEJIN said...

sakit gigiiiiiiiiii !!!!!! tolonggggggg !!!!!!!!

nurazzah8 said...

teringat sipenjual minyak wangi...hehehe

Sastri said...

digamit memori ek kak rina? :)

~mama ranggie a.k.a eira~ said...

kerinduan ke ni kak?

silversarina said...

kamato,

entahlah ada lagi tak pakcik2 tu ...



yusztiey,

rasanya nasib pakcik2 ni takkan berubah, itu dah dikira okay sebab ada jugak kerja ( kecuali pakcik ke 2 )... arab merempat di bumi sendiri.



adiejin,

laaa .. tak baik lagi ke????
suruh je cik farah yang cabut.....hihi.

silversarina said...

nurazzah,

oooo wajah itu memang ku simpan bersama kenangan manis dan wangi... dulu nak padankan dengan maya tapi tak layaklah pulak.... hehehe.




sastri,

dari semalam asyik teringat balad yang dah lama tidak dikunjungi.



mama ranggie,

teringat tempat dan kenangan manis yang entah bila pulak akan apat peluang pergi.

Zareda said...

kak rina
kat KL ni sekarang ada penjual kerepek dan kuih muih kering oleh makcik makcik dari sebelah utara. Setiap kali makcik makcik ni berjaja di kawasan rumah zar, Zulaika akan nanges tersedu sedu kalau zar tak beli kerepek makcik tu.. rupanya dia teringat nenek.. katanya makcik jual kerepek tu macam nenek dia (mak zar).

Tapi tulah kan, makcik makcik ni memang bersemangat kental jaja kerepek di tengah pans semata mata nak carik rezeki halal.

silversarina said...

zareda,

kalau macam tu samalah makcik2 tu dengan pakcik2 yang akak ceritakan ... kesian sebab dah tua masih bersusah payah mencari rezeki...

umie@kakyong said...

Rina,
kalau tenguk pakcik2 yg kurang upaya berniaga kat mana2 sekalipun... mmg rasa simpati... umie pun mcm tu la.. tak akan ketinggalan membeli walaupun sedikit....setiap sen yg kita beli tu harap2 akan menambahkan jualan nya pada hari tu...

silversarina said...

umie@kakyong,

Hati memang tersentuh bila ada orang tua menjaja .... mana yang boleh bantu , kita sama-sama bantu .

Neeza Shahril said...

kesian kan tengok orang yang bernasib kurang baik ni.. tapi respect sebab diorang tak meminta2 ataupun memaksa orang bagi duit. Kat sin ada neeza jumpa pompuan yang paksa orang bagi duit.. rasa geram ada.. tapi selagi tak bagi, selagi tu la dia dok minta. Tengok kan cara, tak lah susah pun...

mama said...

saya yakin kak ina kalau usianya masih panjang ... pakcik2 arab tu masih lagi dengan kerjayanya...

banyak benda yang ada di sana tak boleh kita temui di sini kan. saya pun kekadang terasa amat merinduinya terutamanya bila dengar lagu kadzem saher, amru dhiab dll.

memori indah yang ntah bila akan berulang kembali hehheheh

silversarina said...

mama,

sekali sekala memang teringin nak jumpa jiran dan anak-anak jiran yang setiap hari ada je datang berkunjung ... kalau dapat ke sana memang akak akan ziarah mereka.