Tuesday, April 29, 2008

mari melancong bersama .......

Hujan sedang turun mencurah-curah membasahi bumi kemaman. Kali pertama hujan turun di sebelah petang dalam beberapa bulan . Dua tiga hari ini memang hujan telah turun tapi di sebelah malam dan awal pagi. Macam tak percaya kat luar sana bunyi air hujan memenuhi kesunyian petang yang sengaja saya biarkan sliding door terbuka agar dapats aya mendengar bunyi air hujan itu sendiri. Bunyi air hujan yang telah agak lama tidak kedengaran. Alhamdulillah.

Saya dan rakan-rakan bercadang untuk berkunjung ke Jordan dan Syria semasa cuti sekolah November nanti. Cadangannya selama 12 hari dan pelbagai tempat sejarah dan tumpuan pelancongan di bumi anbiya' Jordan dan Syria . Sesiapa yang ingin turut serta bolehlah menghubungi saya di emel ... silversarina@yahoo.com .. Buat masa ini kos pelancongan termasuk kapalterbang,tempat penginapan , makan-minum serta tiket-tiket ke tempat lawatan adalah RM5600 . Jika sekiranya tambang kapalterbang diperolehi lebih murah, harga lawatan juga akan kurang dari anggaran ini. November masih jauh lagi, sempat lagi untuk menabung untuk bersama saya ke sana dan nikmati sendiri pengalaman meneliti dan mengamati kesan-kesan sejarah yang unik di sana.
Hari ini jadi travel agent pulak... marilah kita melancong ......


14 comments:

zino said...

kalau ada RM mau jugak ikut tu.. tak ada diskaun lagi he.. hehe

silversarina said...

zino,

harga tu harga maksimum sebab kalau letak rendah nak kena tambah pulak kemudian kalau harga tiket meningkat ,saya akan cari harga yang termurah, doalah dapat kurang dari harga yang saya nyatakan , musim sejuk biasanya harga flight lebih murah.

Kak Elle said...

kalau perlu misi saya nak ikut:)kalau kena bayar tak jadi lah....hahaha

Anonymous said...

Bagus sangat tu..nak juga ikut tapi nanti persiapan kak umah nak ditinggalkan mcm nak pegi hajilah pulak hehe

silversarina said...

kak elle,

mana aci.. patutnya pergi berbayar tapi bagi servis misi percuma.... hehehe.




ummi365,

nak join boleh atur semua urusan anak2 tu , cuti panjang tu :P

teacher baker said...

saloam perkenalan..
bestnye... nak ikut.. tapi.. heheheh.. x cukup pitih...wa....

NURAZZAH8 said...

Ina, I nak pergi Turkey...dan kalau boleh nak melawat ke Spain , Granada sekali... kalau lah dapat ke Istana Al-Hambra'...teringin menikmati tempat di mana kegemilangan Islam pernah bertapak kuat satu masa dahulu, dan dimana Salahuddin Al-Ayubi dpt mengalahkan tentera2 Salib suatu masa dahulu...
bila lah tercapai impian ini pulak...

Cat Cat said...

Wah, kalau Cath single mingle, mau jugak nak ikut gi jalan2 makan angin... Kena tunggu 15 more years... :(

cikMilah said...

Teringin nyerr.. tapi ada perancangan lain Nov tu...nanti buat trip ke tempat yg Nurrazzah suggest tu, nak tak!

silversarina said...

dee_dee,

lambat lagi Nov, kalau cukup pitih boleh je ikut..teriamkasih singgah.




nurazzah,

Turkey I dah pergi memang best and Spain my hubby yang nak pergi sangat tapi belum kesampaian lagi .



cat cat,

ohh nak pergi berdua ye.... yelah bila anak-anak dah besar baru senang nak bergerak... honeymoon semula :)


cikmilah,


November ni kalau sempat nak masuk Turkey sekejap, senang 3 in 1 trip sebab dari jordan dah tak jauh nak ke turkey, save a lot .

Neeza Shahril said...

Neeza ikut dari sini boleh? hehee.. ye la tu..

menarik jugak kan dapat pergi Jordan.. nantilah, kena plan lain kali ni...

silversarina said...

neeza,

bila2 nak pegi contact je anak akak , zaid memang keje dia bawak tourists, minggu ni pun ada malaysians yang duduk kuwait pergi ziarah jordan dan syria ... kalau nak join kami dari sana boleh je , cuma bayar ground service je .

maklang said...

nak ikut..tapi kalau 6 orang tu dah 33K...alamak..jauhnya lagi nak cukup kan!

silversarina said...

maklang,

lambat lagi , boleh lagi nak cukupkan, kanak-kanak murah lagi dan dewasa tu pun anggaran kasar, rasanya dapat murah lagi sebab musim sejuk.