Sunday, April 13, 2008

BERAS OH BERAS.....

Beras makanan ruji kebanyakan penduduk asia kini heboh diperkatakan kekurangannya dan harga yang semakin naik serata dunia. Negara pengeluar beras seperti vietnam dikatakan kini tidak lagi mengekspot beras ke luar negara kerana mahu menyimpannya untuk kegunaan tempatan.

Kenaikan harga barang kini menjadi satu fenomena global.. tak kira di mana harga barang keperluan harian terutama bahan makanan meningkat naik dari sehari ke sehari.

Bulan lalu anak saya di Jordan memberitahu harga minyak masak dan gas masak naik harga hampir sekali ganda . Beras memang telah tersedia mahal harganya . Saya tak dapat bayangkan bagaimana rakyat Jordan secara umumnya golongan sederhana dan miskin dapat bertahan dengan kenaikan harga barangan kegunaan harian. Begitu juga anak saya di Ukraine yang bagitau harga beras yang kini berharga RM2.20 akan dinaikkan hingga ke 3 kali ganda dalam masa terdekat. Saya nasihatkan dia agar kerap makan roti kerana ianya lebih murah.

Bagi seisi rumah saya ( 1 orang dewasa yang tak berapa gemar nasi , seorang remaja yang suka diet dan seorang kanak- kanak 6 tahun yang suka roti ) , saya yang hanya menggunakan 4 kg beras sebulan tidak merasakan kesan kenaikan harga beras . Mungkin kebanyakan kita di malaysia juga tidak akan mengeluh walaupun harga beras akan naik dan naik dan naik lagi kerana setakat ini harga beras belum mencapai tahap yang terlalu mahal... namun persoalannya adakah bekalan beras mencukupi buat semua rakyat dan setakat mana negara dapat bertahan dengan bekalan yang ada??

Bayangkan pulak bagi negara miskin yang rakyatnya bukan sekadar sukar mendapat bekalan beras malah jika beras ada pun mereka tidak mampu membelinya ,dengan kata lain mereka akan kelaparan dengan ketiadaan beras dan wang.

Tak siapa tahu sejauh mana krisis kekurangn beras dan kenaikan harga beras akan berlanjutan... renungkanlah buat seketika...

20 comments:

Neeza Shahril said...

betul ke beras kurang sekarang kak Rina? Nampak sangat neeza ni tak mengikuti perkembangan semasa. By the way, rumah neeza ni memang selalu makan nasi tapi tak banyak sebab anak2, ikut mood. Kadang dia nak nasi, kadang dia tak nak.

Tapi, beras di sini memang lah mahal. Cuma, nampak masih banyak lagi... agaknya pengeluar beras ni export beras ke negara yang beli dengan harga tinggi saje tak? hehehhh... tapi kesian lah pada golongan yang tak mampu kan...

silversarina said...

neeza,

Akak nampak banyak je beras tapi tentang harga tu rasanya tak lama lagi mesti naik sebab bila negara lain naik harga, mesti malaysia juga kena tempiasnya... dulu minyak masak, ni beras pulak..

SoFie NuR said...

kat cni pun dgr citer beras akan naik...mase memula dtg cni bln september tahun lalu,harga beras 3.50gvn sekilo,now 6gvn per kilo n dgr citer akan naik smpai 10gvn sekilo dalam mase terdekat...

minyak masak pulak jgn kate la..last year 5.5ogvn per liter n skrg dah naik smpai 13-14gvn per liter...uhh...

bole kate sume harga produk2 makanan kat cni dah naik berkali ganda...

pasni nk mkn pe la pulak?!!!

Mak Teh said...

Anak mak teh Yanna report yang harga beras di cairo naik dari 60 ganah sekampit (? kilo ) ke 90 geneh. Dia kata dia dan kawan-kawan dia terasa sangat kenaikkan itu.

Lia di Irbid tak report kenaikkan beraspun agaknya sebab dia suka makanan Arab.

Kami di sini makan 1 kampit lebih sehari (12 kg ). Kami beli beras cap merbuk asal harga rm 18 sekarang rm 19. Kadang pening tak tau nak jimat macam mane.

cikgu jawe said...

kami tinggal di kuala selangor dn tanjong karang. antara pusat penanaman padi negara.

tak tau le apa cerita nanti. kot kt sini pun mahal gak.

tapi setiap pesawah mmg dpt kupon beras percuma dr bernas. dh rezeki mereka.

cikMilah said...

Ishhhh, nak buat macamana. Makanan ruji. Saya sendiri kalau sehari tak jamah nasi tak keruan jadinya.

maklang said...

kita pakat makan roti je...cepat kurus...

nurazzah8 said...

hurm..sikitnya you all makan ... 4 kg sebulan?.. hehehe... rumah I kena beli 2 kampit (2 @ 10kg) ... apataknya anak2 tengah membesar semuanya... dah makin kuat makan, esp boys...
Nasi suka makan, roti pun suka makan... kalau roti Gardenia tu, 2 paket besar setiap hari...
mmg terasa barang2 naik herga... sbb pergi Giant shopping groceries... kalu dulu satu trolley cuma 300-400 sahaja, sekarang ni paling kurang RM500++...
sekali shoping aje tu, barang2 kering pulak... belum masuk makanan basah beli kat pasar....

ZLAA said...

Kak Rina,

Sikitnya makan nasi. Kami lebih kurang Kak Azah, cuma kurang sedikitlah. Sini, beras Basmati murah dan banyak terdapat di kedai-kedai sekitar rumah. Nak cari beras long-grained macam kita makan kena pergi kedai yang agak jauh sedikit.

Kak Elle said...

semua barangan keperluan harian naik harga...betul tu macam mana agak yg tak berudaya mampu menanggong ni semua...saya semenjak atok di hospital 5 kg beras cukup sebulan lebih...

Aiyah Nonya said...

The price of rice has increased over here too. I do fill the pinch because as we have rice daily.
My H not very keen on bread.

Jingga Studies said...

came across your blog through suealeen's..interesting name! is it: silverchair + polyserena = silversarina?

+ nice layout too!

simah said...

saya tak dapat bayangkan orang mesia tak makan nasik paling kurang 2 kali sehari...

tapi kalau dah mula terbiasa makan pasta n roti... tak la rasa tertekan...tapi nak membiasakan diri utk kurang makan nasik tu.... memang sakitttttttttttttttt

silversarina said...

sofie nur,

Memang kena makan roti dan kurangkan makanan berminyak >makan sayuran dan buah-buahan... alah.. awak tu bukannya makan mana pun . tapi memang kesan harga barang naik ni tak dapat nak lari walau di mana.



makteh,

kalau mesir pun naik harga beras ( mesir lebih pandai makan nasi dari orang jordan ) , memang kesianlah orang mesir, susahlah jadinya.

12kg sehari ?? sebulan ...wowww... memang akan terasa jika harga beras naik.... sekolah-sekolah yang lagi ramai pelajar tentu akan tersa betul .



cikgu jawe,

Saya pernah ke area jelapang padi tu, cantik pemandangan sawah padi di situ... pesawah dapat kupon beras , bagus tu ...

silversarina said...

cikmilah,

tulah dah nama makanan ruji, walau macamana mahal pun memang tetap akan dibeli. sepatutnya negara kita masih kekalkan banyak kawasan pertanian padi ni agar tidak bergantung dari negara luar sebab makanan ruji .



maklang,

roti pun kena makan yang wholemeal ... tapi kat sini roti mahal jugak, baik makan nasi , negara arab roti nya murah, itu sekarang dah naik harga sebab harga gandum dah naik.



nurazzah,

masa maya dan hubby ada..kira 5 orang ada di rumah, 10kg 2 1/2 bulan baru habis, ni tinggal bertiga , paling banyak 4 kg, biasa 3 kilo je ... malam memang selalu tak ramai yang makan .. sekarang memang tak de sapa nak makan nasi malam, kalau nak masak I kena tanya nak makan ke tak, kalau tak bazir je... makan roti ke selalunya...

rumah you ramai remaja yang sedang membesar.. sekali beli grocery mesti 2/3 troli , pasti terasa harga barang naik...

silversarina said...

zlaa,

ooO basmati pulak murah, lagi best.... you pun macam nurazzah, anak-anak sedang membesar memang lebih penggunaan beras ...




kak elle,

kita semua naik harga pun akan tetap beli dan makan nasi, kesian yang negara miskin , apalah jadi dengan mereka yang tidak punya wang... I sekarang ni masak nasi 1 cawan je untuk sekali makan , 2 cawan tak pernah habis ... jenuh nak habiskan beras .

silversarina said...

aiyah nonya,

As compare to Malaysia , I do think rice is more expensive (RM) over there , right ??




jingga studies,

hahaha... so you are studying where I got my silversarina ..... I'm sarina and I'm from Perak.. silversarina.... it's that simple... nice layout.. thank you so much...

thanls for dropping by..




simah,

hai simah dah lama berkelana sakit jugak tak bertemu nasi ye... ni sekarang rasanya simah dah tak kisah ada nasi ke tak...dah biasa....

akak ada kawan kalau tak makan nasi sehari terus mood dia jadi tak baik... walhal sokmo ke oversea nya... dah memang wajib makan nasi... ke mana pun dia tetap cari nasi jugak. Masa akak ke turkey dulu, 12 hari akak hanya makan nasi 3 kali je...memang nak rasa makanan turkey sebab bukan mudah nak pergi lagi... anak-anak pun tak kisah ada nasi ke tak, tu yang senang.

yusztiey said...

salam..
betul anak mak teh cakap beraskat cairo ni naik mendadak..terasa sesgt..bukan nya 90 ginih dah naik 93 dah tu kat mansurah bukan kat kaherah..jenuh org kaherah semua brg lagi mahal dr mansurah...
memang semua brg kat dunia naik ....tambang kapal terbang nak balik mesia pun naik ...feninnnnn22222

Zareda said...

Kak rina
menteri pertanian akat srok beras hanya dapat bertahan untuk 3 minggu saja lagi..
walaupun harga beras naik tapi tak de supply, cam ne.. kita masyarakat tropika memang makan beras sedangkan India dah stop export beras kecuali basmathi..

silversarina said...

yusztiey,

kesianlah kalau mesir pun naik jugak harga barangan harian , walaupun harga roti murah tapi dengan naiknya harga gandum mesti naik jugak harga roti...


tambang naik sebab harga minyak dunia memang naik gila2 ... kena bajet betul 2 naru dapat balik... InsyaAllah boleh balik cuti.Amin.



zareda,

Tu yang akak tak berapa faham, stok hanya untuk 3 minggu lepas tu nak cari mana ek beras ... kena simpan stok jugak kat rumah kalau macam ni....sebelum naik harga...