Saturday, April 19, 2008

baru nak masuk gear satu....

Busy pagi tadi 'menyibukkan' diri menjadi pemerhati di mesyuarat macam dalam gambar di bawah... dapat jumpa rakan-rakan yang telah lama tidak bertemu..ada yang terus mahu 'menarik' saya kembali bergerak aktif... saya hanya katakan saya baru nak start gear satu... kena pelan-pelan sebab enjin dah lama tak start ... harap gear satu akan dapat terus masuk gear dua pulak lepas ni...wowwww... tak sangka lamanya enjin saya tidak distartkan....


Balik petang tadi dapat hadiah macam dalam gambar di bawah, rakan darling singgah bagi ... ( kak elle.....dapat dah jam idaman tu !! ) , hadiah yang diberi oleh bekas 'madu' saya ( malaysian, bukan arab tau!! ) dan darling saya pilih khas untuk wanita sebab memang nak bagi pada saya...
Thank you so much .. to my 'ex-madu' dan darling....... I LOVE U ALL.

17 comments:

PrinCeSS said...

i pengomen no1
fuyyo cantik jamtu..bergayalaa cik ina,,^_^

silversarina said...

princess,

hebat cik ina.....bergaya sakan... asyik tengok waktu jelah lepas ni.... hihih.

nurazzah8 said...

ina, kenapa I tak dapat tgk gambar2 yg u letak tu?

zino said...

lepas ni jalan tangan kembang je lah hehe

ZLAA said...

Kak Rina, terus gear 4 pun okay.

Kak Elle said...

wah puan rina jeles saya hehe...baik bekas madu you tu ye:)

Zino bukan tangan aje kembang agak asyik tengok waktu aje tu biar org lain perasan ada jam tgn baru kot.

Neeza Shahril said...

errr.. Kak Rina, pukul berapa sekarang ni?? cepat tengok jam Kak Rina!! hehehe.. cantik jam tu. Baiknya bekas madu heheh..

CikguZue said...

cantik jam...

ummu asiah said...

Kak Rina..

'Just do it'..dari gear 1 boleh terus ke gear 5. InsyaAllah..'gunakan masa sihat sebelum sakit, masa muda sblm tua, masa hidup sblm mati'..ingatan utk kita bersama..:))

bertuahnya, dapat hadiah dri kawan. Hilang letih kan.

cikMilah said...

Halatuju yang pasti - jalan terus KakRina.
Tangan kembang tak pe Zino, KakElle, jangan nanti tangan senget sebelah...he he he
I pun suka jam bentuk persegi tu..tapi kalau beli jam asyik pilih yang bulat jerr....

en_me said...

ammvoiii cantik jam ittewww.. jenis aper tuh?

Cat Cat said...

Cantik cadar merah jambu Kak Rina...
Jam pun cantik juga...

mama said...

wow bertuahnya kak ina dapat jam tangan dari orang tersayang...

bila la saya nak dapat jam tangan ni... dah lama tak pakai jam lepas rosak 4 tahun lalu.

nak beli yang rm10 hubby tak bagi plak. tunggu durian runtuh agaknya baru boleh beli yang best.

silversarina said...

nurazzah,

kadang2 memang takleh nampak gambar, .... harap you dah dapat tengok gambar tu.



zino,

kalau nampak orang tangan kembang kat singapore nanti, I lah tu..hihihi.



zlaa,

Tak kot, sekarang payah sebab I kena ingat ada dua orang kanak-kanak yang perlu dijaga di rumah .. masa amat terhad, memang kena slow and steady.



kak elle,

kalau nak beli memang I tak beli, bazir je rasa , nak tengok time je... tapi ada jugak ganti jam I yang hilang tu .. kira sekarang I lah penjaga waktu...hahahah.

silversarina said...

neeza,

ala, akak lupa pakai jam, nanti akak tengok ye ( nampak tak tangan akak ni..oopppsss... jam akak ni ? )

Mana tak baik , lama jugak akak 'bermadu ' dengan oarang malaysia ni :P



cikguzue,

terimakasih, nak tau pukul berapa sekarang ...hehehe.



ummu asiah,


Mungkin tak terlawan zaman muda belia dulu, ke sana ke mari tak duduk rumah, so macam tak nak laju sanagt dah, kena jaga anak2 yang 2 orang ni sebab orang lain dah tak de kat rumah ... kalau program pun memang kena pilih time yang betul2 match dengan masa yang saya boleh hadir... kena sikit2 dulu ni.

dah lama nak beli jam ganti yang hilang , rupanya ada gantinya yang memang suits my taste, alhamdulillah.

silversarina said...

cikmilah,

baru ada mood nak ikut program.. tapi memang akak tak boleh laju sebab kena jaga rumah dan anak-anak.

ni jam kedua yang bentuk macam ni... dah lama jugak tak pakai jam lepas yang dulu hilang.



en_me,


kena teropong sendiri nak tau jenis apa.. yang pasti bukan rolex.

kalau en_me pakai yang akak punya ni , tentu kawan you tu beli rolex pulak...heheheh.



cath,

first time akak pakai cadar pink... mimi nak jugak... jam hadiah memang cantik, nak beli sendiri dengan harga nya memang akak takkan beli :)



mama,

akak kalau beli sendiri memang taklah, baik akak melancong ... orang bagi ..ambik ajelah...hihihi.

mama said...

tuah badan kak ina..
saya pun suka melancong. jom kita p sesama satu hari nanti nak.
tempat yang saya nak pergi semula tapi belum dapat lagi sampai sekarang ialah bumi urdun...

banyak sangat memori indah di sana yang tak dapat dilupakan.