Sunday, April 20, 2008

Laaa ...terlepas !!

" Lepas hantar Mimi nak pergi breakfast kedai kak pah, beli sayur kedai abang mie, kalau ada watermelon beli sekali , tak payah pergi pasar borong kat bandar , lepas tu pergi kedai fotostat ambik isi fail yang difotostat khamis lalu tapi lupa untuk diambil semalam, lepas tu ke rumah A yang nak bertolak ke Sabah pagi esok tapi ke KL dulu pagi ni , balik masak lunch dan ambik mimi semula..... " semua ni dalam kepala sambil memandu masa hantar mimi ke sekolah pagi tadi....

" Laaaa... dah terlepas simpang sekolah mimi lah !! " baru perasan simpang ke sekolah mimi dah di belakang.

" Tulah mama apa tak ingat ?? " mimi pulak kata.

" Tulah mimi apa tak bagitau mama ?" saya 'salahkan' mimi .

" Mimi mana nampak, mimi dah lambat sampai sekolah ni ," mimi pulak jawab.

"Okaylah mama masuk simpang lain , tak pe mimi kan selalu sampai awal ," kata saya memujuk .

Saya pun masuklah ke lorong lain untuk ke sekolah mimi , memang jauh sikit tapi masih di kawasan yang sama, memang mimi tak nampak sebab dia duduk depan sebelah saya dan kepalanya pun tak sampai aras cermin, mana nak nampak.Dari dekat jadi jauh... planning penuh dalam kepala masa driving memang adakalanya tak ingat halatuju yang pertama dalam senarai perjalanan...

Setakat tengahari ini semua yang saya plan berjalan mengikut jadual sampai masak mee tomyam pun sempat sebelum ambik mimi jam 12 tengahari tadi...Alhamdulillah.

8 comments:

mama said...

hahahhah
kak ina mengelamun ke mane tadi sampai tersepas simpang sekolah mimi tu... ingat pade orang yang jauh ye (your hubby) hehhheh

jangan mare...
bila abe kak ina nak balik?

cikgu jawe said...

huih! penuh dalam kepala tuh. mujur tak tersalah bawa kete jiran.. :)

eer.. betul ke tomyam tuh? mana le tau rancang lain jd tomyam pula. hehe

Neeza Shahril said...

hehehe.. kesian mimi disalahkan pulak.. Neeza pun pernah macam tu Kak Rina. Neeza nak hantar anak pergi nursery (baby lagi masa tu). Sekali Neeza drive terus aje nak pergi tempat kerja. Sekali pusing kiri tengok dia dok diam aje dalam baby car seat tu.. tak pasal2 kena patah balik. Takkan nak jasa baby sambil kerja kan.. Nasib baik tempat kerja tak jauh..

tu la akibatnya banyak sangat benda dalam kepala.. hehee

silversarina said...

mama,

memang macam bagus je..terus je .. tak ingat nak ke mana masa tu.. memang pagi sibuk tak sempat nak ingat kat darling pun, dah biasa kena tinggal.. mei InsyaAllah dia balik cuti sebulan...yeye.



cikgujawe,

nasib baik akak pakai kereta biasa dan jiran tionghua kat depan tu 4 buah semuanya 4WD jeep / pajero/pick ups.. kalau tak , mau jugak akak tersilap ambik kereta orang :)

betul ekk , tomyam sebab memang masa masak tomyam memang concentrate nak buat tomyam... hihihii.

silversarina said...

neeza,

pelik kan, padahal ingat dan tau dah masuk kereta nak hantar mimi, dah drive macam tak ingat nak ke mana ... biasanya sembang dengan mimi taklah lupa destinasinya, pagi tadi tak bercakap pulak.

kes neeza tu memang akak boleh bayangkan kenapa lupa sebab dia duduk atas carseat dan senyap pulak tu, macam tak de orang lain dalam kereta :)

mama said...

hehhehhe seronok la demo mei ni ye. hah apa lagi kalau ada masa ajak lah hubby akak jalan KL boleh p umah saya.... nanti saya masakkan nasi orang arab badwi kat urdun.

silversarina said...

mama,

balik kali ni memang busy dengn urusan kenduri sambut menantu ...

wah... ini sudah bagus dapat makan masakan jordan... mansaf tak nak please, please, please... hihi.

mama said...

saya belajar masak maqlubah je waktu di sana dulu... syurbah boleh la sket2.
mansaf memang tak lalu.