Friday, April 4, 2008

pakaian asli

Seorang kanak-kanak lelaki berlari keluar dari kolam renang dengan spender yang terlondeh dan nampak anunya. Bapanya mengikat spender itu dan kanak-kanak itu kembali ke dalam kolam renang . Kemudian saya terdengar dialog kanak-kanak lelaki ini dalam lingkungan 3 tahun dengan bapanya petang semalam... saya duduk betul-betul di sebelah meja bapanya ...

anak : pa, boleh tolong dok ?

bapa: tolong apa?

anak: tolong berenang dengan adik.

bapa: dok boleh, papa tak bawak baju.

anak: pa bukaklah baju tu.

bapak: ehhh mana boleh, pa tak dok baju lain.

anak : ala pa bukaklah baju pa.

bapak: pa dok bawak baju.

anak: pa pakailah seluar je.

bapak: nanti kalau pa pakai seluar habislah basah kete.

anak: pa bukaklah seluar, pakai spender je.

bapak: ehhhh mana bolehhhhhhhhh.... terus bapanya melihat ke arah saya yang masa tu dah tersenyum mendengar dialog mereka berdua.

tak lama lepas tu kanak-kanak itu kembali kepada bapanya dan terus melucutkan spendernya yang longgar dan kembali ke kolam renang dengan 'pakaian asli'nya... Saya terus memanggil mimi untuk pulang ... tak sanggup biarkan mimi mandi bersama kanak-kanak 'berpakaian asli ' itu......



dialog ini pula terjadi minggu lalu....

mimi : kenapa orang besar ada bulu ketiak ?

mama: sebab ada hormon.

mimi : hormon tu apa?

mama : hormon tu ubat bagi tumbuh bulu.

mimi : oooo .

mama : ( dalam kepala .... jawapan yang tak cerdik tu yang mampu aku bagi pada budak keciik ni... sesal... )



tu jelah nak kabo... nak siap pergi jalan, bowling, grocery shopping ... kuantan .

21 comments:

nurazzah8 said...

hehehe...budak-budak ni mmg cute kan... mcm2 benda yg ditanya kat kita, sampaikan kadang2 tak terjawab...(dlm kepala ligat berpusing nak bagi jawapan kat depa)

aduish...yg papa budak tu pun, dah tahu nak pergi kolam renang bawalah xtra spender kat anak dia tu, atau pakai swimming suit yg descent sikit... kat pasaran skrg dah byk jual baju mandi yg tutp aurat utk lelaki dan perempuan (kanak2 dan dewasa) ... even budak lelaki pin sepatutnya takleh pakai spender ajek... pakailah seluar mandi yg dari pusat sampai lutut...kan ada...

nurazzah8 said...

oppss.. salah eja pulak

pin --> pun

Kak Elle said...

rina oh gitu ye ketiak kuar bulu???...hehe ... kalau yg lian2 apa nak jawab?

nak ikut gi bowling...

suealeen said...

hehe... saya senyum sendiri baca posting ni.. anak2 saya dah start tanya macam2 perkara gak... karang soklan 'genius' mana plak la depa nak tanya.. yang 2 tahun tu di mulut asyik soal "apa" memanjang.. belum lagi keluar "kenapa" "bagaimana".. budak2 zaman sekarang..

sya said...

Bebudak memang cute.. hormon tu ubat ke? he he he

Ummi said...

Kak Rina,

Hormon tu untuk tumbuh bulu ek? Kalau kat ketiak ada, kat tangan ada, kat kaki tak ada..kat atas mulut tak ada.. nak kata macam mana ek? Hormon kejap ada kejap tiada? Macam chipsmore..he he he..saje je nak mengacau kak rina.

Nak ikut gi Kuantan..

CikguZue said...

sekarang dah ada burqini, senang nak gi berenang.
wah shopping di Kuantan..emm...best tu..

mama said...

hahhahahha
budak budak punye cerita ni kekadang memang boleh buat kita pening kepala nak jawab..

anak saya yang pertama si kakak tu baru nak masuk 5 tahun... huhhh memang kena pandai cari idea bernas sebelum beri apa2 jawapan atau alasan kt dia...

rasanya zaman saya kecik macam dia dulu takde pun camtu

so amacam kuantan? saya baru sekali je p kuantan ngan hubby, best jugak kan tapi jauh la..

mama said...

kak ina bila nak turun KL? boleh p umah saya sekali...

nanti boleh sembang panjang2 time duk jordan dulu

babazahra' said...

best yer jadik bebudak :)

juwaidah said...

Hahaha.. tak tahan nak gelak! Klasik sungguh jawapan mama nya!! :)

U.Lee said...

Hi Sarina, thought I'll just drop by say 'hello'.
You keep[ well and have a nice weekend, UL.

silversarina said...

nurazzah,

I memang nak tergelak tengok hat boy...mungkin tersinggah kat kelab, tak rancang dari awal kot , kelakar tengok dia keluar dari kolam dengan spender terlondeh....

I ni akan-anak yang lain dah besar, so tak ingat dah jawapan yang dulu-dulu... kena baca buku.."WHY...???? " .. hehe.




kak elle,

kalau yang lain ,sebab hormon/ubat terlebih makan lah... hihihi.

mehlah sini I belanja bowling :)



suealeen,

kalau dah start "kenapa" siaplah.... satu hari entah berapa banyak kenapa yang dia akan tanya.

cikMilah said...

La! kat kolam renang tu tak da dress code ka? Ni akak kena komplen kat management dia ni...

he he he.. sian Mimi..( tak leh berenti gelak ni...)hi hi hi

silversarina said...

sya,

budak-budak selalu buat kita yang jadi macam diaorang... hormon... apa ekkk ???? senang kata ubat je. ... kelentong budak kecik :)




ummi,

betul lah tu hormon, kejap ada kejap tak de, bila dah habis ubat hormon, bulu tak de dan hormon takleh tumbuhkah bulu kat semua bahagian tubuh... amacam... ok tak jawapan dari mama????

saja gurau..hihihi.



cikguzue,

I rasa that boy tersinggah nak berenang , tak plan kot... kalau tak takkan pakai spender longgar mandi:)

kuantan dekat je dari kemaman dan memang kami shopping kat situ, kemaman ni tak de apa sangat.

silversarina said...

mama,

Be prepared dengan jawapan-jawapan spontan sebab kita tak tahu apa soalan cepumas yang akan anak-anak kecik tanya ... tu kadang-kadang jawapan katun yang keluar...hehehe.

kuantan dah jadi macam kampung kami jugak sebab dekat dnegan kemaman, 45 minit je dah sampai.

nanti satu masa kalau sempat kita sembang2 di KL, tak berani janji sebab selalunya pegi KL ni macam melompat2 sebab banyak tempat nak singgah...anyhow, thanks for the invitation.



babazahra',

saat-saat manis adalah masa zaman kanak-kanak,apa yang diminta selalu dapat, apa yang disoal pun selalu dijawab walaupun kena kelentong dengan maknya...hihii.


juwaidah,

hahahaha sama2 kita gelakkan mak dia kan... jawapan yang 'bijak' ... you pun siaplah anak-anak kecik ada tu, mesti selalu kena jawap soalan ..."why??? "..

have a a nice weekend !!

silversarina said...

uncle lee,

thanks also for keeping in touch...

have a warm weekend with Mrs Lee !!




cikmilah,


Jaga kelab tu tak tengok pun orang pakai apa, bayar dan terjun je dalam kolam, tapi kan kalau dah telanjang memang rasa patut di komplen...nanti next visit nak cakap kat jaga tu.

k-riey said...

salam..
rancaknya update, setiap kali update entry sedap dibaca!
nak komen pasal makan jijik..
orang perancis suke sangat makan kaki katak.. pelik lak. ha ha
tapi duk negara bukan Islam ni selalu sangat berdepan khinzir dan katak.
huhuhu.
siap pernah termakan lardon hari tu.
kena berhati-hati sangat.
tapi melampau sangat kes bangkai kucing tu.

silversarina said...

k-riey,

Kalau boleh nak buat 3/4 entris sehari, tak mampu...hihih.


haaaa kalau duk oversea nak-nak bukan negara arab/Islam, memang kena perhati bahan-bahan nya dengan begitu hati-hati sebab memang feveret diaorang ni yang paling utama Bi ey bi ai ... french pun suka katak ....eiii gelinya..

have a nice sakura weekend !!!

Neeza Shahril said...

kihkihkihhhh... tak tahu nak cakap apa... neeza gelak tengah2 malam buta.. orang lain dah tido.. pndai jugak buat lawak Kak Rina ni kan.. hehehe..

silversarina said...

neeza,

haa apa lagi yang boleh jawab spontan dan untuk jawapan pada kanak-kanak... teruk kan mama dia ...hihi.