Monday, April 7, 2008

Memang Kena Tunggu Ke ??

Telah dua hari sahabat saya terpaksa tinggal di wad hospital kerana sebelah kakinya tidak dapat bergerak, tak pasti apa punca penyakitnya. Hari ini dia akan menjalani rawatan fisioterapi dan tak pasti bila dia akan keluar wad.

Saya sempat menziarahi beliau dan hari pertama saya ke sana, wad sesak dengan pesakit kerana sebahagian wad sedang dicuci dan pesakit terpaksa diletakkan di satu bahagian sahaja. Semalam semasa melawat beliau, keadaan wad lapang sebab pesakit semua telah kembali ke tempat asal.

Satu perkara yang rakan saya ceritakan ialah apabila dia meminta jururawat membantu beliau ke tandas dengan menolak beliau atas kerusi roda kerana beliau tidak dapat berjalan sendiri, jururawat terus bertanya ," tak de orang tunggu ke ? " .... kasihan rakan saya seorang janda dan hanya punya seorang anak dan malam tu pulak anaknya bekerja shif malam dan tak sempat nak uruskan hal cuti...


Saya tidak pernah berurusan dengan hospital kerajaan tapi kalau swasta , pesakit adalah tanggungjawab jururawat sepenuhnya.... dan setakat yang saya alami tidak pernah pulak jururawat di hospital swasta pertikaikan samada pesakit mesti ditunggu oleh waris 24 jam.

Satu lagi bila kawan saya memerlukan bantuan jururawat dia terpaksa minta tolong pekerja yang sedang mop lantai untuk memanggilkan jururawat sebab katilnya tidak disediakan alat butang pemanggil tidak seperti di hospital swasta katilnya lengkap dengan semua alat yang berkenaan.



Kepada sahabat saya ..semoga segera sembuh...INsyaAllah.



zwani.com myspace graphic comments


Petang semalam anak rakan saya ambil cuti untuk menemani ibunya di hospital malam tadi ...... Persoalannya..... Memang Kena Tunggu Ke ??????? ... saya musykil fungsi jururawat......

22 comments:

NURAZZAH8 said...

salam, itu hakikat di hospital awam/kerajaan sekarang. Jururawat pun agaknya dah lupa bidang tugas masing2 sbb keadaan yg sudah terbiasa sejak sekian lama, mesti ada orang tunggu. Tugas jururawat tunggu kat kaunter, bagi ubat bila tiba masa, ambil suhu, tekanan darah , lepas tu duk tulis rekod pesakit...
tugas hakiki yg sepatutnya menjaga pesakit sudah dipindahkan ke keluarga pesakit....

Anonymous said...

ingat kan benda macam nie sudah jadik sejarah rupanya masih ada lagi kumpulan nurse begini yang belum pencen.

sejak kecik kan, cerita pasal nurse yang biadap, kurang ajar, malas kerja, suka tengking pesakit etc selalu sangat didengar. kali pertama "tido" hospital kerajaan selama seminggu saya dapat melihat kebenaran dakwaan itu. Tapi itu tahun 1988 lah, sepatutnya ia dah jadik sejarah.

Sue.Aleen said...

dalam tahun 2000-01, arwah ayah saya kerap keluar masuk hospital. yep.. memang kena tunggu. so bergilir dengan mak. sejak itu azam saya kalau masuk hosp saya nak ke hosp swasta (mostly sebab beranak la).

kerap kali masa saya rehat di bilik menunggu masa saya menjenguk syafiah dulu, terdengar rungutan ibu2 yang baru bersalin ni. anak2 yang baru lahir perlu dijaga sendiri sedangkan badan sendiri masih lagi lemah. yang bersalin normal mungkin tak teruji sehebat ibu2 yang bersalin c-sect.

seorang ibu ini mengatakan bahawa hosp kekurangan nurse & doktor. kadang2 perlu tunggu lama semata-mata untuk tunggu keputusan ujian. ada yang sehingga 4-5 jam.

sungguh berbeza dengan hosp swasta (malangnya hosp yg saya selalu pergi tu tak de peralatan untuk prem baby. cuba bayangkan kalau ada dia punya charge untuk 77 hari berapa...), ibu dibenarkan rehat secukupnya, anak di nursery dan hanya akan diberi apabila diminta. pukul 10 mlm kena pulangkan balik anak tu ke nursery. suami plak bleh saksikan sendiri kelahiran anak & menjaga ibunya di wad..

ada perkara yang saya kagum sket dgn NICU hosp sg buloh. nurse dia masih muda dan tidak mengamalkan bercakap kasar dengan parents seperti generasi nurse dulu2

silversarina said...

nurazzah,

I pun tak berani nak kata apa, mungkin kekurangan kakitangan , tapi takkan dah 50 tahun merdeka masih di tahap lama jugak .. agaknya susah nak buang budaya lama yang asyik dengan alasan kurang kakitangan ... nak kata ramai sangat pesakit tak jugak.

silversarina said...

babazahra',

sekarang ni ramai nurses yang muda dan yang garang pun dah jarang dengar , yang masih ada adalah yang kurang empati dan budibicara ... yelah akak pun pelik sebab macam perkhidmatan dan pekerjaan ini masih di takuk lama sedangkan ramai yang berhijrah kerja ke luar negara dan berkhidmat cemerlang di sana . Di negara sendiri di hospital awam seolah-olah tiada peningkatan ketara.

silversarina said...

suealeen,

Akak hanya pernah dengar apa yang dikatakan suealeen dan akak sendiri memang tak berani nak ke hospital awam dan Alhamdulillah setakat ini company suami yang tanggung medical di swasta.

Ada setengah hospital terutama hospital yang baru yang peralatan nya canggih serta jururawatnya ramai yang muda memang di katakan perkhidmatannya bagus sekali tapi masih lagi kurang kakitangannya. Selalunya nurses yang bertugas di ICU, NICU ,CCU dan emergency room adalah terdiri dari nurses yang mahir dan cekap dengan tugas mereka.... kira tak fussy... dedikasi terhadap tugas mereka.alhamdulillah... akak rasa kalau 77 hari di NICU mesti mencecah puluhan / ratusan ribu RM . Anak akak di US 1986 dulu 45 hari di NICU bil USD28K , alhamdulillah dia diira US citizen, ada yayasan untuk golongan miskin tanggung semuanya,, tapi khidmat nurses hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi mereka.

Ummi365 said...

Baru ni kan ada keluar kat newspaper yang msia memang kekurangnan doktor dan jururawat. memang hakikatnya jururawat lebih suka ada yang menunggu di hospital kerajaan. Sebab masa MIL masuk hospital, dia siap tanya siapa tunggu..kalau ada lagi baik katanya.

silversarina said...

ummi,

Kesian jugak bila tak cukup kakitangan memang banyaklah kerja yang berganda yang perlukan dilakukan... ramai jugak yang lari ke swasta sebab better salary and benefits... problem tak berkesudahan...

Kak Elle said...

oopsssss...saya tak tau apa nak komen ...wrong country...hehe

zlaa said...

Salam kak Silver,

Kalau di sini, nak jumpa doktor kena buat appointment. Kadang-kadang sakit lega dulu baru dapat jumpa doktor.

Kadang-kadang insaf bila teringat perkhidmatan perubatan di negara kita. 10 kali lebih baik dari negara maju. Di sini, jumpa doktor hanya untuk pemeriksaan. Habis periksa, pergilah sendiri cari farmasi untuk beli ubat.

Maka, dengan sebab itu kita lihat manusia di sini amat berdikari walaupun orang-orang tuanya.

Mungkin pesakit di tempat kita jika ada masalah kronik dan tiada orang yang dapat menunggunya boleh membuat permintaan khas untuk 'special attention'. Bila dah ada permintaan, mungkin pihak pengurusan boleh take note.

Khidmat perubatan swasta di negara kita memang excellent, tetapi dengan syarat kita perlu membayar untuk khidmat itu. No money no talk.

Tetapi, berapa ramai yang ada duit 'extra' untuk membeli perkhidmatan itu?

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah masalahnya hospital kerajaan. Saya tak mahu komen lebih-lebih, nanti dikata tak sudah-sudah 'kondem' kerajaan. Tapi bagi yang pernah ada pengalaman di hospital kerajaan pasti tau ada sesuatu yang tak kena.

Kasihan bagi saudara-saudara kita yang tak mampu mendapat rawatan di hospital swasta. Orang-orang kita juga, selalunya.

Mama Rock said...

kak rina, memang kena tunggu kalau tak, tak ber-service la orang sakit tu. pernah terjadi pada arwah nenek saya - nak tukar diapers pun tunggu saya datang melawat masa lunch time. tapi give them the benefit of the doubt la- memang dari tahun 90'an there are shortage of jururawat throughout the country - tu yang kita dok impot jururawat dari India tu. so moral of the story, kalau ada extra money, invest la dalam hospitalization insurance; ambik yang paling basic pun tak apa. sekurang2nya walau pun share bilik re-ramai, nurse still dtg attend walaupun orang tak tunggu.

CikguZue said...

stakat hospital2 krajaan dan swasta yg saya pergi dan masuk wad bbrapa kali di M'sia, alhamdulillah perkhidmatan yg diberi amat memuaskan dan saya hargai.
begitu juga di UK ni, doktor2 n staff amat friendly dan farmasi pun free, walau bukan origin di sini.
Cuma bezanye, di M'sia utk pemeriksaan doktor kekadang kene berbaris lama.
di Mesir pula, semua berbayar sendiri, walaupun xmahal sgt. sesuai dgn budaya Arabnye, Lambat, kasar, xkisah, zahmah/crowded dll...sungguh mengajar erti kesabaran.

mama said...

pakat masuk sjmc la... saya rasa hospital tu ok misi2nya baik... tapi kalau takde panel tak mampu rasanya orang macam saya ni kak ina oiii hahahahhah

Neeza Shahril said...

rasanya kat hospital kerajaan, kalau family tak bertegas dengan nurse, dia akan buat sambil lewa aje. Nurse2 pilih bulu. Orang yang berduit aje dia layan elok. Orang yang tak sekolah tinggi and kurang duit dia layan acuh tak acuh aje.

Pasal kena tunggu tu, kena tanya nurse kot tentang bidang tugas dia. Kalau tak silap, memang tu tugas dia tapi sebab ramai yang tunggu pesakit, they take for granted. Sebab tu ada yang sempat bersantai borak borak and baca magazine even bukan waktu rehat.. memang kesian pada patient yang takde sedara mara...

silversarina said...

kak elle,

Tak pe komen , ambik yang baik agar di tingkatkan khidmat di sini.



zlaa,

macam tu pulak... akak ingat lagi maju lagi mudah dan canggih.

Swasta di sini memang mahal tapi berbaloi .. yelah kena ada panel kalau tak jenuh jugak nak bayar bil.

silversarina said...

blackpurple,

Betul tu, ada je yang tak kena dengan hospital kerajaan, tapi nak banding dulu akak rasa banyak dah eloknya. Yelah kalau nak ke swasta memang mahal bagi purata masyarakat malaysia.



mama rock,

macam kawan I yang warded ini bekas guru dan GL nya memang patutnya dapat layanan first class, tapi macam biasa je... dia pun terkejut bila nurse tanya dia tak de waris tunggu...

kalau yang tak de panel ke swasta memang patut ambik insuran ni, I setuju but masih ramai yang masih belum kenal apa itu insuran kesihatan/hospital dsb.

silversarina said...

cikguzue,

makin maju kemudahan kesihatan bertambah mudah... arab tu macam you kata lain hal ..memang dah budaya diaorang. harap negara kita akan bertambah maju dalam pentadbiran/perkhidmatan hospital kerajaan ni.



mama,

kalau mampu semua orang akan masuk sjmc dan lain-lain hospital swasta..:)

itulah kemajuan yang diimpikan oleh semua rakyat malaysia.



neeza,

ada benarnya apa yang neeza kata.. ada duit semua layanan baik.. agaknya kalau rakyat malaysia ni kaya-kaya memang tutup dah hospital kerajaan ni.

aNIe said...

Sejak akhir2 ni...memang ramai pesakit lebih suka berurusan dengan hospital swasta...inilah antara sebab-sebabnya...tapi kalau org yang berkemampuan bolehlah masuk hospital swasta...kalau yang berpendapatan sederhana...bagaimana...?

Tak tau plak memang kene tunggu kalau kat hospital kerajaan tu..

Moga kawan rina akan sembuh...

silversarina said...

kak lady,

saya baru balik dari hospital melawat sahabat saya ni.. petang ni wad memang full... saya mulai faham beban kerja yang banyak yang terpaksa jururawat kena lakukan.. alhamdulillah anak kawan saya ni dapat ambik cuti buat masa ni tapi tadi dia dapat surat tawaran bekerja di Sabah dan kena lapur diri sebelum hujung bulan ni...harap kawan saya segera sembuh.Amin.

juwaidah said...

Kak Rina,

Setakat ni, dah 3 kali bersalin di HUKM, semua okay.. Nurse dan doktor superb. Anak pernah masuk ICU - pun kat HUKM - superb jugak layanannya.

Anak masuk Hospital Putrajaya dulu - nurse malas. Tak bagi pun ubat, tapi dalam rekod kata dah bagi. Last2 bila doktor dapat tahu, nurse tu kena marah.

Kat Hospital Serdang pulak, masa hubby masuk hari tu, service pun superb jugak.

Rasanya mmg ikut keadaan... Tak semua tempat ok layanannya..

silversarina said...

juwaidah,

Mak akak pun pernah warded di HUKM dan layanan memang bagus sekali... mungkin alat dan kakitangan cukup. so kuranglah beban kerja. Kekadang ikut nasib jugak sebab bila dah ramai sangat pesakit memang jururawat tak menang tangan nak melayan .